GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sayang Anak Belikan Motosikal!

Sumber: google images

Sayang Sangat Anak ... Bagi Motorsikal Ke Sekolah.

Sayang anak biar anak keluar ke mana pun dengan motorsikal.
Sayang anak biar anak tengah malam keluar ronda-ronda
Sayang anak biar anak dara bergaul bebas dengan mat rempit.
Sayang anak bagi lagi duit anak nak upgrade motor
Sayang anak jangan bagi basikal ke sekolah, malu lah anak !
Sayang anak semua anak minta bagi.Bagi bagi bagi.
Sayang anak biar anak Tahun 5 dan 6 sekolah rendah pun bermotorsikal
Sayang anak biar dia merempit jam 2 pagi ... muda sekali saja

Mak ayah sibukkan cari duit untuk anak nak beli motor
Mak ayah sibukkan cari duit untuk anak beli handphone
Mak ayah sibukkan cari duit untuk anak belanja girlfriend sana sini
Mak ayah sibukkan cari duit untuk anak dara boleh beli make up jadi lagi cun
Mak sibuk cari duit nak bagi duit poket banyak2 kat anak ... sayang kat dia !

Studi ... apa boleh buat dia tak minat. Mana boleh paksa
Buat homework ... cikgu pun satu bagi homework banyak sangat
Ulangkaji ... ahh exam lambat lagi.

Peperiksaan ... kami dulu tak lulus pun, boleh hidup senang juga
Masuk IPT ... bukan tentu boleh kerja baik-baik

Mati semua orang mati. Ada yang jatuh tangga pun mati. Demam denggi pun mati. Biasalah tu. Kalau anak saya ditakdirkan mati dijalanraya, sudah sampai ajalnya di situ. Kita jangan lawan Tuhan nak halang ajal di jalan raya. Apa kita boleh buat.

Yang engkau sibuk anak aku Dr.Shukri apasal ?
Aku punya suka. A K U S A Y A N G A N A K A K U. F A H A M !!!!

Baca catatan seorang doktor mengenai kesan merempit:
"teringat masa saya medical student dulu, amik elective kat forensic 6 minggu. Setiap hari buat postmortem budak belasan tahun 'mati katak'. Memang la maut ditentukan Allah tapi mati cara merempit??? Ada sorang mak meraung2 kat mortuary bila tau anak dia mati merempit. Yang mati adik, si abang yang pun sekali merempit dan tengok cara adiknya mati, muka bersalah dok kat tepi. Rasa nak sepak je mamat tu. Rasa nak pegi je cakap kat makcik tu, tak gun a dah nangis sebab dah jadik. Dia kene buat self reflection nape anak2 merempit. Makcik ni orang kampung, miskin pulak tu. Sedangkan anak2 dia patutnya jaga and tanggung dia bila dah besar. Ni menyusahkan orang".

Memang sayang anak. Kan kan kan !!! Sebab tu apa dia minta bagi semua.

Sumber: Catatan Dr. Shukri Abdullah

Biarlah anak kita menangis kerana dia tak dapat apa dia untuk kesenangan dan kseronokan dia masa sekarang, asalkan kita tak menangis masa depan kerana penyesalan yang berpnjangan...


Posted via Blogaway: Entry Autopublish

6Ulasan

  1. Budak-budak zaman sekarang bknnya macam dulu. Budak sekarang, ibubapa leka skit ja terus terbabas. Jauhkanlah perkara gini dr anak2 kita..

    BalasPadam
  2. Sayangkan anak elok tangan2kan.
    Jom terjah entri terkini Mindakabur : Tugasan Kedua Untuk Cabaran iPhone 5s

    BalasPadam
  3. untunglah..timm sendri pun tgh kumpul duit sndri nk beli mto..huhu..

    BalasPadam
  4. Sayangkan anak bukan begini caranya..menyesal tak sudah nanti

    BalasPadam
  5. Budak sekarang, makpak takmo beli dia kata depa x sayang. Ape tah nak jadi?

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ