Puasa dah tinggal tak lama dah... Ramai dah sedia untuk berpuasa dan salah satunya masing-masing lumba nak menggantikan puasa.. sekadar ulang kaji... dan peringatan untuk diriku sendiri yang kengkdang lupa...
Sebelum kita lihat maksud qada', fidyah dan kifarah, jom kenali Golongan Yang Harus Berbuka Puasa...
- Orang sakit yang boleh memudaratkan diri jika berpuasa
- Orang sakit tenat yang tiada harapan untuk sembuh
- Orang yang bermusafir melebihi dua marhalah
- Orang yang tersangat lapar& dahaga hingga membahayakan dirinya
- Orang tua yang tidak mampu berpuasa
- Perempuan mengandung yang bimbang kesihatan dirinya atau kandungannya.
- Perempuan yang menyusukan anak untuk menjaga kesihatan diri atau anaknya.
- Orang yang bekerja kuat & berat sepanjang hari
BEZA QADA' FIDYAH DAN KIFARAH
QADA'
|
FIDYAH
|
KIFARAH
|
·
Pada bahasa : Membayar
·
Pada Istilah fikah Ialah : Mengerjakan semula
ibadat-ibadat yang tidak sah ,yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan pada
waktu lain atau hari lain
|
o
Fidyah bermaksud : sejenis gantian yang dikenakan kepada orang Islam
yang melakukan beberapa kesalahan tertentu ketika beribadat.
o
Gantian nya ialah : memberi sedekah kepada fakir miskin
makanan asasi penduduk negeri berkenaan sebanyak secupak bagi satu hari yang
ditinggalkan
|
Ø
Kifarah ialah : denda yang dikenakan kerana melanggar sesuatu
peraturan atau hukum agama
Ø
Dendanya ialah :
1.
memerdekakan seorang hamba . Jika tidak mampu
2.
Berpuasa dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu
3.
Memberi 60 cupak makanan asasi kepada fakir miskin
|
PENGKELASAN KEWAJIPAN MENGIKUT GOLONGAN
§ WAJIB QADA' SAHAJA
|
·
Musafir yang diharuskan syarak
·
Sakit yang memudaratkan jika berpuasa
·
Perempuan haid, Wiladah( melahirkan anak ) &
nifas
·
Perempuan mengandung kerana bimbang kesihatan dirinya
·
Perempuan menyusukan anak kerana bimbang kesihatan dirinya
|
§ WAJIB FIDYAH SAHAJA
|
ý
Sakit tenat yang tiada harapan sembuh
ý
Orang tua yang tidak berdaya untuk berpuasa
ý
Orang yang bekerja kuat dan berat sepanjang hari
|
§ WAJIB QADA' &
FIDYAH
|
§ Perempuan
mengandung kerana bimbang kesihatan diri & anaknya
§
Perempuan menyusukan anak kerana bimbang kesihatan diri & anaknya
§
Perempuan mengandung atau menyusukan anak kerana bimbang kesihatan anaknya sahaja
§
Lewat menqada'kan (mengantikan ) puasa hingga tiba
Ramadan berikutnya
|
§ WAJIB QADA' &
KIFARAH
|
v
Suami yang melakukan persetubuhan dengan sengaja pada
siang hari di bulan Ramadan
|
CARA PENGIRAAN FIDYAH
Kadar fidyah bagi sehari puasa yang ditinggalkan ialah secupak beras iaitu bersamaan 0.675kg. Ianya juga bersamaan dengan 1/4 gantang mengikut yang disyorkan oleh JAKIM melalui Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 Mac 2002. Menggunakan kaedah perkiraan gantang adalah lebih mudah kerana bayaran gantang ini telah pun ditetapkan pada setiap tahun melalui bayaran zakat fitrah, iaitu segantang bersamaan dengan 2.7kg.
Puasa yang ditinggalkan, wajib digantikan pada tahun yang sama sebelum masuk bulan Ramadhan tahun yang berikutnya. Sekiranya puasa tersebut tidak diganti sehingga bertahun-tahun lamanya, kadar fidyah bagi hari yang ditinggalkan itu akan digandakan mengikut tahun berpuasa Ramadhan yang ditinggalkan.
Contoh
Zakat fitrah pada tahun ini: RM7.00
¼ daripada RM7.00 adalah RM1.75
Oleh itu, bayaran yang dikenakan adalah RM1.75 bagi setiap hari yang ditinggalkan.
Contoh Pengiraan
Aisyah meninggalkan puasa pada tahun 1429 hijrah sebanyak 3 hari, tahun 1430 hijrah 5 hari, tahun 1431 hijrah 2 hari, tahun 1432 hijrah 3 hari dan tahun semasa 1433 hijrah 7 hari. Semua puasa yang tertangguh tersebut digantikan pada tahun 1433 Hijrah. Perkiraan puasa ganti dan fidyahnya adalah seperti berikut:
Jumlah puasa ganti dan fidyah:
(1429 - 1433) Puasa yang perlu digantikan adalah sebanyak 20 hari. Manakala fidyahnya pula adalah sebanyak 34 cupak.
Tahun
|
JARAK TAHUN
(Ditinggalkan dan diganti)
|
PUASA
(Jumlah Puasa dan Ganti)
|
FIDYAH
(Jarak Tahun Tidak Puasa)
|
1429
|
4 Tahun
|
3 hari
|
12 cupak
|
1430
|
3 Tahun
|
5 hari
|
15 cupak
|
1431
|
2 Tahun
|
2 hari
|
4 cupak
|
1432
|
1 Tahun
|
3 hari
|
3 cupak
|
1433
|
0 Tahun
|
7 hari
|
0 cupak
|
Ni lah contoh pengiraan jumlah fidyah yang wajib dibayar.
Nak mudah boleh juga buat kira menggunakan kalkulator online...
Sesiapa yang ada Maybank2U pun boleh bayar fidyah secara online... Fidyah ini boleh dibayar dalam bentuk bahan makanan itu sendiri (beras) menurut pendapat Imam Syafi'e. Namun begitu Imam Hanafi mengharuskan secupak makanan itu dinilai dengan harga tertentu lalu dibayar kepada fakir miskin.
Sumber rujukan: Buku Fiqh Wanita, buku Pend. Islam Ting.2 dan JAKIM
Terima kasih maria ; ulangkaji mcm ni bagus jugak , kalau harap nak bukak buku memang jgn harap la...
BalasPadamHehe.. Smaa la dgn org yg menulis ni juga...
PadamKucing comel ni pandai menulis@menaip?
PadamPerkongsian yg sgt bagus.. t kasih..
BalasPadamSama-sma..
Padamsalam singgah. alhamdulillah, ulang kaji untuk saya yg mudah lupa ni. kena print terus ni untuk rujukan :D
BalasPadamAlhamdulillah... Peringatan bersama...
Padamthanks for sharing this. berguna sangat ni untuk semua
BalasPadamtq berkongsi, KA pun ingat2 lupa cara pengiraannyer ni
BalasPadamInfo yg sgt berguna
BalasPadamramai yang tak tahu tentang pembayaran ni kan..alhamdulillah puasa ganti dah :)
BalasPadamKlu org yg melakukan onani pd bulan Ramadhan, selang beberapa tahun, cthnya 1 hari batal puasa kerana onani, selang 4 tahun baru digantinya, pengiraan fidyahnya adalah spt contoh diatas ya ustaz?
BalasPadamSAlam. Jika saya terpaksa membayar Kifarah .. boleh ke saya pilih untuk Memberi 60 cupak makanan asasi kepada fakir miskin dan tidak mahu berpuasa dua bulan berturut2 walaupun dari segi fizikalnya saya mampu?
BalasPadam