GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bahayakah Berlebihan dalam Ultrasound Kehamilan???


Ibu mengandung... mana tak excited yang nak tahu apa baby buat dalam kandungan kan... memang teruja tambah-tambah kehamilan pertama... kalau boleh setiap minggu nak scan kan... tapi persoalannya, adakah bahaya jika selalu buat ujian ultrasound ataupun scan??? kalau tanya doktor sendiri pun, ada yang kata boleh, ada yang kata tak berapa nak elok... Jadi nak berkongsi sikit ilmu ni... ada pro dan kontra nya.. elok ke tak elok... bahaya ke tak bahaya... Jom kita baca...

Apakah ultrasound scan?
  • Ultrasound juga dikenali sebagai imbasan ultrabunyi ataupun sonography yang melibatkan pemancaran gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi. Gelombang bunyi akan melalui rahim dan bayi dan dipantul balik. Pantulan yang kemudiannya diproses oleh machine dan komputer untuk mewujudkan imej pada skrin yang mendedahkan kedudukan dan pergerakan bayi. Oleh itu, ultrasound scan sering digunakan semasa rutin penjagaan antenatal check up untuk ibu hamil.
  • Tisu keras seperti tulang akan muncul sebagai putih dalam imej dan tisu lembut akan muncul sebagai kelabu dan berbintik-bintik. Cecair seperti air ketuban tidak menggambarkan mana-mana bunyi gema, oleh itu ia akan muncul sebagai hitam. Perbezaan antara warna iaitu putih, kelabu dan hitam membolehkan doktor ataupun sonographer mentafsifkan imej tersebut.

Adakah ultrasound scan selamat?
  • Ultrasound scan kini dianggap sebagai kaedah yang selamat, tepat dan menguntungkan. Ultrasound berbeza dengan X-ray. X-ray menggunakan pengionan yang membahayakan manakala ultrasound menggunakan gelombang bunyi.
  • Penggunaan imbasan ultrasound berintensiti tinggi dikaitkan dengan peronggan (cavitation) dan indeks pemanasan (thermal index). Walaubagaimanpun, banyak kajian klinikal mengenai penggunaan ultrasound untuk diagnosis yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal perubatan tidak menunjukkan kesan membahaya ke atas sel-sel haiwan ujikaji atau manusia. Penemuan dalam satu kajian melaporkan bayi yang terdedah kepada ultrasound scan mempunyai berat badan lahir yang rendah tidak menunjukkan kebolehberulangan. Faedah yang diperolehi dari ultrasound scan untuk mengesan perkembangan bayi dalam kandungan melebihi sebarang potensi risiko. Namun, persetujuan kebanyakan doktor dan ahli sains menyatakan ulrasound scan baik digunakan jika perlu dan tidak digalakkan scan terlalu kerap. Oleh demikan, ultrasound scan adalah selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada kandungan dan ibu.

Mengapa anda perlu melakukan ultrasound scan?
Ultrasound memainkan peranan yang penting dalam penjagaan setiap ibu hamil. Sebab-sebab utama doktor anda minta anda melakukan ultrasound scan ialah:
  • Menentukan usia sebenar bayi (GA) dan jangka tarikh lahir bayi (EDD).
  • Menentukan bilangan bayi sama ada tunggal ataupun kembar.
  • Menentukan kedudukan uri dan tahap air ketuban.
  • Memeriksa perkembangan fizikal bayi dan memeriksa kecacatan kelahiran.
  • Memeriksa perkembangan bayi sama ada sesuai dengan peringkat perkembangannya.

Berapa kali ultrasound yang anda perlu di sepanjang kehamilan anda?
Tiada peraturan yang menetapkan kepada bilangan ultrasound scan seorang ibu hamil harus menjalankan semasa mengandung. Jadual untuk ultrasound scan semasa kehamilan mungkin berbeza dari  klinik ataupun hospital.
Ultrasound scan yang dicadangkan:   
(a) Dating scan
Dilakukan seawal antara minggu ke-6 dan minggu ke-10 bayi.
Tujuan scan:
  • Untuk menentukan kandungan adalah dalam rahim dan bukan kehamilan luar rahim (ektopik) ataupun kehamilan molar.
  • Mengesahkan janin hidup di mana denyutan jantung bayi mungkin boleh dikesan seawal minggu ke-6
  • Menentukan kehamilan tunggal ataupun kembar.
  • Menentukan usia sebenar bayi (GA), menentukan jangka tarikh lahir bayi (EDD) dan mengukur panjang janin (CRL).

(b) Nuchal translucency (NT scan)
Dilakukan antara minggu ke-11 dan minggu ke-13 bayi.
Tujuan scan:
  • Mengesan hampir 90% penanda (soft marker) kecacatan bayi dengan mengukurkan ketebalan cecair di belakang leher bayi.
  • Mengesan kehadiran tulang hidung
  • Mengesahkan kehadiran denyutan jantung bayi
  • Menentukan kehamilan tunggal ataupun kembar.
  • Menentukan usia sebenar bayi (GA), menentukan jangka tarikh lahir bayi (EDD) dan mengukur panjang janin (CRL).

(c) Detail scan (anomaly scan in 2D)
Dilakukan antara minggu ke-18 dan minggu ke-24 bayi.
Tujuan scan:
  • Menilai umur bayi (GA), perkembangan dan kedudukan bayi.
  • Mengetahui perkembangan dan struktur keabnormalan bayi. Detail scan boleh mengesan 80% fizikal keabnormalan yang serius, contohnya spina bifida, bibir sumbing, anencephaly, lubang di tengah jantung, omphalocele dan sebagainya. Akan tetapi, scan ini tidak dapat mengesan kecacatan kromosom seperti sindrom Down. Hanya ujian amniosentesis ataupun CVS yang boleh mengesan kecacatan kelahiran kromosom yang lebih tepat.
  • Menilai tahap air ketuban dan kedudukan uri.

(d) Growth scan
Dilakukan antara minggu ke-24 dan minggu ke-34 bayi.
Tujuan scan:
  • Menilai perkembangan dan pembesaran bayi.
  • Menilai tahap air ketuban dan kedudukan uri.
  • Mengetahui kedudukan bayi.
  • Menilai Doppler pengaliran darah bayi.  (fetal doppler)

(e)  Presentation scan
Dilakukan antara minggu ke-35 sehingga kelahiran bayi.
Tujuan scan:
  • Menilai kedudukan bayi sama ada kedudukannya normal atau songsang.
  • Menilai tahap air ketuban dan kedudukan uri.
  • Menilai perkembangan bayi dan pembesaran bayi.

(f) 3d 4d scan: Artikel Penuh Baca SINI
  
Bilakah anda boleh mengetahui jantina bayi?
Jantina bayi boleh dikesan seawal minggu ke-15. Akan tetapi, jantina susah dikesan dan amat ketara jika bayi masih kecil. Minggu yang dicadang scan untuk jantina bayi ialah minggu ke-22 ke atas.


Itu info pasal ultra sound... Ini pula artikel tentang ultrasound
Kajian terhadap tikus bunting mendapati pendedahan terhadap sinar imbasan menyebabkan kecacatan pada embrio haiwan berkenaan. Bagaimanapun, tiada bukti menunjukkan imbasan memudaratkan ibu dan kandungan. 
Ultrasound adalah gelombang bunyi dengan frekuensi yang sangat tinggi, tidak kedengaran oleh telinga manusia. Ia boleh digunakan untuk memeriksa struktur di bahagian dalam tubuh dengan menghasilkan bayangan pemantulan dari kedalaman berlainan. Dalam bidang obstetrik dan ginekologi, mesin ultrasound dirangka khusus untuk bidang perbidanan dan sakit puan, bagi menjamin keselamatan ke atas janin yang diimbas. 
Imbasan normal memakan masa kurang 10 minit tetapi imbasan lebih terperinci membabitkan pengesanan kelainan pada janin mungkin mengambil masa lebih lama. Pengesanan aliran darah janin menggunakan ‘colour doppler’ yang membabitkan gelombang lebih tinggi tidak digalakkan memakan masa terlalu lama.  
Walaupun tiada bukti jelas, disarankan setiap imbasan tidak melebihi satu jam. Jika perlu menambah masa atau dilakukan berulang kali, digalakkan berehat sebentar atau atur temu janji lain. 
Pensyarah dan Pakar Obstektrik & Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Shuhaila Ahmad, menyatakan seseorang ibu yang sihat dan tidak mempunyai sejarah melahirkan anak cacat atau memiliki keturunan cacat dalam keluarga, memadai untuk melakukan imbasan tiga kali saja sepanjang sembilan bulan kehamilan iaitu pada trimester pertama (kehamilan tiga bulan pertama), kedua (kandungan 4-6 bulan) dan ketiga (5-9 bulan). 
Sumber: Berita Harian 

Kesimpulannya, tiada bukti jelas yang ujian ultrasound atau scan secara kerap boleh beri kesan kepada janin, jika tiada masalah, jadi cukuplah 3 kali sahaja sepanjang kehamilan... usah berlebih untuk scan baby... sampai masa dia keluar juga nanti kan... Untuk kandungan kali ni, minggu depan masuk kali ke-4 nak scan... dua kali di swasta, dan dua kali di KKIA... sama juga dengan Faiqah dulu... 4 kali scan sepanjang kehamilan... 

7Ulasan

  1. Tq info ini yg berguna buat ibu2 di luar sana.

    BalasPadam
  2. thanks 4 sharing info nie...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. Masa mengandung dulu..mesti excited kalau time nak jumpa doktor utk buat ultrasound..sbb nak tgk baby...
    Skrg dah keluar pun...tgk la puas2...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..sbb dok joget2je dia kt dlm tu yg nk tgk.. dh kuar..x puas juga tgk.. hehe

      Padam
  4. kawan CN tiap2 bln scan, CN pon ingat nk ikot mcm dia gak, tp bapa mertua tak bg scan banyak kali, so 4 kali jer ..hehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ