div id='header-inner'>

Mata Kena Ketumbit


Mata dah sepet sebelah dah... dah jadi mata cina sebelah... huhu.. sangat tak selesa sebenarnya... hhu.. itulah penangan ketumbit... huu... sapa pernah kena ketumbit mata tahu la macam mana tak selesa tu... huhu... tak bestnye...

Sebelum kenal punca... ketumbit ni ada dua jenis.. iaitu jenis Stye atau Chalazion. Ketumbit bukan penyakit mata, tapi penyakit kelenjar pada mata... Kulit manusia punya kelenjar berdekatan kelopak mata yang menentukan bulu mata sentiasa kalis air. Untuk memastikan bulu mata kalis air, kelenjar pada bulu mata akan mengeluarkan minyak. Kadangkala sekitar tempat yang biasanya mengeluarkan minyak itu tersumbat mengakibatkan ia membengkak.

Untuk mengenalpasti sama ada ketumbit itu jenis Stye atau Chalazion, gunakan jari yang bersih untuk memeriksa pada kelopak mata. Jika terasa seperti ketulan atau benjolan, itu Chalazion, tetapi jika tiada rasa ketulan dan hanya sakit di kelopak mata, ia adalah Stye.  Dari segi rupa bentuk Stye, biasanya nanah akan tertonjol keluar di sekitar bulu mata, manakala Chalazion pula nampak seperti ketulan pada kelopak dan bengkak pada bahagian dalam mata.

Mata Kena Ketumbit

Apa punca ketumbit ni?

Punca Chalazion biasanya disebabkan oleh kelenjar yang tersumbat manakala bagi Stye pula, kadangkala bulu mata dan juga bulu roma di kelopak mata punya folikel yang dijangkiti kuman sehingga ia bengkak. Stye hanya berlaku pada kelopak mata (kulit) yang punya kelenjar minyak seperti kulit biasa yang punya kelenjar peluh serta liang roma. 

Macam kes aku ni, jenis Stye sebab sakit dan berair je... tapi takde plak benjolan.. huhu... 

Selain kelenjar tersumbat dan jangkitan kuman, masalah Blepharitis atau gejala kelemumur pada bulu mata juga boleh menyebabkan ketumbit. Masalah ini biasanya dialami warga tua dan perlu dirawat dengan menyapu pangkal bulu mata dengan ubat atau minyak bayi untuk merawat akarnya kerana akar ketumbit boleh merebak. 

Info Ketumbit 


* Bukan penyakit mata tetapi penyakit kulit 
* Antara gejala ketumbit bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata ialah bengkak sekeliling kelopak mata, sakit, kelopak mata merah, mata pedih, berair, rasa tak selesa dan sensitif pada cahaya 
* Kosmetik untuk mata yang diuji secara optalmologi dan dermatologi tidak menyebabkan ketumbit.

Rujukan dan Artikel penuh: Berita Harian

Setakat ni memang sapu atibiotik natural remedy iaitu minyak kelapa dara... Nampak makin kurang,... harap-harap esok baik la.. tak selesa + malu nak keluar rumah dengan mata sepet gini... Kalau kat kampung dulu, kena ketumbit sapu aje celak serbuk dari makkah tu.. kejap aje baiknye.. tapi sekrang mana nak cari kan... jadi gunakan aje bahan semula jadi yang ada... huhu.... malunya mata sepet... huhu

Catat Komen

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)