Baru-baru ni ada terbaca kat blog kak +Farah Waheda Wahid tentang perayaan Deepavali.. Dah makin hampir dah masyarakat India di Malaysia nak sambut perayaan mereka kan... Jadi, dari pembacaan tu, difahamkan Deepavali lebih kepada perayaan keagamaan juga.. jadi apa hukumnya kita sebagai orang Islam mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam yang sambut hari perayaan mereka???
Sumber: google images |
Majlis Fatwa Kebangsaan ada mengeluarkan fatwa berkaitan dengan hukum mengucapkan salam dan selamat sempena perayaan bukan Islam:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
- Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
- Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Keputusan :
Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;
1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.
Contohnya;
i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.
2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.
Contohnya:
i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.
3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Contohnya:
i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;
ii. Berpakaian yang menjolok mata;
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;
iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.
4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.
Contohnya:
i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;
ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;
iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;
iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.
5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.
Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/
FATWA PARA ULAMA
Imam as-Suyuti: Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka".
(As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba' wa an.Nahy 'an al-Ibtida', hlm. 150.)
Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:
“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”
Dari Eropa, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropa
(Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`),
Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata:
"Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”.
Kesimpulannya:
Walaupun ada yang fatwa kata boleh ucap, ada kata tak boleh, lebih baik kita elakkanlah dari ucapan selamat tu jika kita tahu perayaan tu melibatkan kepercayaan dan agama diorang kan... memelihara akidah itu lagi penting dan utama dalam Islam...
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.”
(Surah Luqman, 31: 13)
Seperti yang selalu diingatkan Dr Zakir Naik kepada kita bahawa mengucapkan 'salam' kepada sambutan perayaan mereka adalah ditegah kerana bimbang pengucapan kita akan membawak kepada mempersekutukan Allah walaupun tiada niat untuk berbuat demikian.
BalasPadamMaka, sebaiknya ucaplah Happy Holiday kerana ia memang ternyata pada hari tersebut sumer bercuti pada hari tersebut. Sepertimana kita tidak boleh ucap 'merry christmas' maka ia juga sama pada sambutan perayaan kaum lain. Wallahualam.
Terima kasih atas perkongsian ini sis (^_^)
entri yang sangat bagus Maria...thumbs up!!! memahami asal usul serta sejarah perayaan sesuatu agama tu tak salah tapi jangan kita lupa diri dan sampai terpesong akidah kan??? dalam hidup ni dan dalam menjadi seorang muslim ni banyak perkara yang perlu diambil kira dan dititikberatkan...akak suka baca entri ni...
BalasPadamtq untuk sharing info ni
BalasPadamperkongsian yang menarik ni kak. saya mmg akan wish kat kawan2 india yg sambut deepavali ni
BalasPadamoo yumida baru tahu la kak..nice sharing
BalasPadamnnti nak wish happy holiday je la
Perkongsian yg baik.. sangat jelas huraiannya.. :)
BalasPadammemang terbaik la sis..
BalasPadam