GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

BAGAIMANA NAK JADI SOLEHAH?

BAGAIMANA NAK JADI SOLEHAH? BACA SEBAHAGIAN DARIPADA PANDUAN NI
✿"Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)."
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
✿"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
An-Nur : 31
✿"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
✿"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka."
An-Nur : 31
✿"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."
(Riwayat At-Thabrani)
✿"Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."
(Riwayat Muslim dan Bukhari)
✿"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."
Al Ahzab : 32
✿"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)
✿"Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sumber: PDH@fb

4Ulasan

  1. Terima kasih atas peringatan ini.. ena tahu ena masih belum sampai tahap solehah tapi ena mencuba.. insyaAllah

    BalasPadam
  2. assalamualaikum... dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan lagi segment ini .. http://lambaiancintailahi91.blogspot.com/2013/06/segment-sebarkan-salam-eratkan-ukhwah.html

    BalasPadam
  3. salam ..lama x singgah sini..:) nice sharing..:))

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ