GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Nikmat Allah yang kita MALU

Alhamdulillah, penat juga siapkan kerja2 sekolah untuk esok. rehat sekejap dengan blog ku ni... 

selama seminggu aku dan faiqah kena serang penyakit angin.. letihnya tak terkata.. ni yang ku nak kongsikan sepanjang aku kena penyakit tu, satu nikmat yg kita sering malu... iaitu nikmat kentut.. opss..


Kan, malukan bila sebut kentut, de sesetengah org anggap pengotor kalau sebut kentut ni.. dan sanggup juga, tahan kentut sebab malu... dan ada juga falsafah org bercinta menggunakan perkataan kentut... hebatkan nikmat kentut.. cikgu aku dulu pernah cakap, kalau kentut kena bersyukur tau, sebab cuba bayangkan seminggu tak kentut, naik sebu dan lemau badan tau.. 

So, jangan pndang remeh dengan nikmat yg Allah kurniakan ni.. dalam masyarakat kita ia sesuatu yang memalukan dan dianggap pengotor.. tapi sebenarnya Allah ciptakan kentut adalah sebg satu nikmat untuk kesihatan badan kita.. 

Okeh.. jom tengok beberapa fakta pasal kentut.. berdasarkan wikipedia bahasa Melayu mengatakan:

Kentut dibebaskan dengan tekanan melalui dubur, dengan mana, akibat otot sfinkter dubur bertenang secara sengaja atau tidak sengaja. Ini membebaskan gas dari rektum bahagian bawah. Asasnya ini terjadi apabila tekanan kentut dalam rektum melampaui keupayaan sfinkter dubur untuk menahannya. Bergantung kepada keadaan semasa sfinkter (tenang/tegang) dan kedudukan punggung, ini seringkali menghasilkan sama ada bunyi bergemerisik atau bunyi trumpet, tetapi ia juga boleh berlaku secara senyap. Komponen olfaktori kentut termasuk sebatian skatole, indola dan sulfur. Gas tidak berbau kebanyakannya merupakan nitrogen (dihadam), karbon dioksida (dihasilkan oleh organisma aerobik atau dihadam), dan hidrogen (dihasilkan oleh mikrob yang sama), termasuk juga sejumlah kecil oksigen (ditelan) dan metana (dihasilkan oleh organisma anaerobik). 

Kentut merupakan gas boleh terbakar, kerana metana dan hidrogen yang boleh terbakar, dan keduanya terdapat dalam kentut. Apa yang kurang diketahui ialah menyalakan mancis akan menghilangkan bau dari kentut. Ini kerana bau kentut datangnya dari hidrogen sulfida (dari makanan) yang akan terurai kepada wap air dan sulfur dioksida apabila diberi haba.

Info dari satu artikel dari berita Harian:
Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.

Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika ‘terlepaskannya’ di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan. 

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen. 

Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang. 

Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon. 
Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet anda dan bagaimana saluran gastro usus anda berfungsi. 

Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu. 

Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut. 

Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada dua sumber; 

a) Udara yang anda telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok) 

b) Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus 

Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. 

Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut. 

Sesuatu yang anda perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain. 

Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi ‘berangin’. 

kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseornag itu kerap kentut. 

Makanan yang menyebabkan kentut ialah makanan yg tinggi anti oksida... 
  • Kacang 
  • Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus. 
  • Buah-buahan seperti pear, apple dan peaches. 
  • Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan 
  • Produk tenusu seperti keju, ais krim, bijirin. 
Okeh, itulah serba sedikit info pasal kentut... opss... so, lepas ni, kentut tu nikmat tau.. wajib syukurinya.. 

p/s: falsafah cinta: cinta ibarat kentut, ditahan seksa, dilepas lega.. hehehe

Sumber rujukan:
Berita Harian

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ