Geng Tadarus Online

Maria Firdz
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Geng Tadarus Online | Bulan Ramadhan ni, salah satu amalan orang kita suka dan berkejar nak buat ialah baca al-Quran.

Baca al-Quran bulan puasa ni seronok kalau baca ramai-ramai. Membaca al-Quran secara beramai-ramai ni orang kita panggil tadarus.

Maksud Tadarus

Kalimah Tadarus التَدَارُس adalah berdasarkan timbangan التَفَاعُل ia bermaksud المشاركة الجَماعيّة keterlibatan sekumpulan orang. Maka Tadarus al-Quran ialah keterlibatan sekumpulan orang dalam membaca dan mentadabburi atau usaha mengambil pengajaran dan mendapatkan ilmu dari ayat-ayat al-Quran. Al-Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA katanya:

أن جبريل عليه السلام كان يلقى النبي صلى الله عليه وسلم في كل ليلة من رمضان، فيدارسه القرآن

Maksudnya: “Bahawa Jibril AS dahulunya akan menemui Nabi SAW pada setiap malam dalam bulan Ramadan, Jibril akan bertadarus al-Quran dengan baginda.” Dalam riwayat lain dinyatakan:

 إن جبريل عليه السلام كان يلقاه في كل سنة في رمضان حتى ينسلخ فيعرض عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم القرآن

Maksudnya: “Sesungguhnya Jibril AS dahulunya akan menemui baginda SAW pada setiap tahun dalam bulan Ramadan pada setiap malam. Baginda SAW akan memperdengarkan kepada Jibril al-Quran (bertadarus al-Quran).”

tadarus al-quran



Geng Tadarus Online 

Tapi sekarang ni, dah makin canggih, orang kita guna kegunaan teknologi moden untuk sama-sama buat pahala ini.


Maka, ditubuhkan group-group khas untuk buat geng tadarus online. Setiap ahli group akan pilih surah atau juz yang nak dibaca, dan kalau kita tengok ianya lengkap lah kalau disusunkan.

Contoh, A baca juz 1 hingga 3, B baca juz 4  hingga 6 dan begitulah seterusnya hingga habis satu al-Quran.

Dan bila habis semua orang baca, akan ditanda sudah habis part dia. Dan akhir sekali semua lengkap... Dibuat majlis khatam al-Quran.

Itu cara geng tadarus online. Tapi persoalannya, boleh ke macam tu? kira kita khatam ke satu al-Quran kalau buat macam tu?

Nah! ini jawapannya:

Geng Tadarus Online
sumber: google images

Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadis di atas berkata, Tadarus yang berlaku antara Jibril dan Nabi SAW adalah dalam bentuk Nabi memperdengarkan bacaan kepada Jibril, demikian juga Jibril memperdengarkan bacaan kepada Nabi SAW. Ia memerlukan masa yang lebih berbanding hanya membaca sahaja.

Oleh itu, yang dikatakan Tadarus al-Quran ialah pembabitan bersama dari beberapa individu dalam usaha mempelajari dan mengambil pengajaran dari al-Quran.


Justeru penganjuran aktiviti seperti yang kita buat seperti geng tadarus online bukanlah Tadarus al-Quran, sebaliknya ia dikira sebagai aktiviti membaca al-Quran secara individu sahaja.

Demikian juga dengan aktiviti membahagikan 1 juzuk kepada setiap ahli kumpulan untuk dibaca, dalam ertikata setiap orang membaca bahagiannya sahaja. Perbuatan ini tidaklah dikira telah menghabiskan atau mengkhatamkan al-Quran.

Di dalam Fatwa Lujnah al-Daimah 2/480 dinyatakan:

توزيع أجزاء من القرآن على من حضروا الاجتماع ليقرأ كل منهم لنفسه حزباً من القرآن لا يعتبر ذلك ختماً للقرآن من كل واحد منهم بالضرورة

Maksudnya: “Mengedarkan juzuk-juzuk al-quran kepada orang-orang yang hadir dalam sesuatu majlis perhimpunan, dimana setiap orang dari mereka akan membaca satu hizb dari al-Quran, perbuatan seperti ini tidaklah dikira setiap orang dari mereka telah mengkhatamkan al-Quran.”

Namun setiap ahli kumpulan akan mendapat pahala berdasarkan bacaan yang telah dilakukannya.



Kesimpulan:

Jadi, jelaslah ianya bukan tadarus al-Quran, cuma geng baca al-Quran bersambung namanya. Nak mudah, kita baca je sendiri. Kalau nak buat tadarus juga, buat je seperti yang nyatakan dalam hadis di atas. Baca dan semak serta hayati makna al-Quran bersama.

Namun, jangan risau... kita buat camtu pun ada pahala juga, asalkan ikhlas baca bukan kerana nak cepat habis atau khatam saja.

Tapi ada cara kalau baca al-Quran seorang dan cukup untuk khatam dalam tempoh bulan Ramadhan.


Sekian, semoga bermanfaat.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !