GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Menu Sarapan Yang Menggemukkan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Menu Sarapan Yang Menggemukkan | Sarapan pagi salah satu diet yang sihat untuk elakkan kegemukan.

Tapi kalau salah menu, bukan bertambah kurus, tapi bertambah gemuk..

Namun, 5 menu ni biasa sangat masyarakat kita ambil ketika sarapan. Sebab tu susah nak kurus walaupun ambil sarapan.


5 Menu Sarapan Yang Menggemukkan

1. Secawan Kopi atau Teh Susu


Kopi yang mengandung kafein dianggap sebagai menu sarapan yang tepat. Sebab kafein berguna untuk mendorong hormon adrenal dalam tubuh sehingga membuatkan kita selalu bersemangat. Kopi juga akan meningkatkan tingkat fokus dalam tubuh.

Tapi minum kopi atau teh membuatkan metabolisme badan kita bertambah lambat dan ini menyebabkan berat badan kita meningkat.

Jadi, nak kurus jangan minum kopi atau teh susu ketika sarapan. Gantikan dengan air suam atau jus buah yang di kisar bukan diperah.


2. Kuih-muih 


Kuih-muih ni menu biasa ketika sarapan. Tapi kebanyakan kuih di Malaysia ni manis dan berlemak.

Kandungan gula dan tepung itu yang menyebabkan berat bertambah secara perlahan.

3.Roti


Roti, terutama roti putih yang tinggi tepung bukanlah makanan yang ideal untuk sarapan. Sebab roti ni tinggi kalori serta tinggi gluten sehingga akan mengganggu kesihatan pencernaan serta menambah berat badan.

Roti canai pun sama juga sebab ada lemak, garam dan gula.

4. Bijirin Sarapan


Bijirin sarapan terutama yang cereal berprotein tinggi akan ada gula tambahan.
Macam emping jagung kan.. Nampak macam menyihatkan tapi ada gula.

Rasa memang sedap kalau campur dengan susu. Tapi menu ni boleh menyebabkan kenaikan berat badan kerana tinggi kalori dan gula.

5. Nasi


Nasi adalah makanan asas orang Malaysia. Dan setengah orang dah biasa sarapan dengan nasi.

Sebab tu pepagi dah ada bubur nasi, lontong ataupun nasi goreng ataupun nasi lemak.

Tapi sebenarnya, nasi memang tak sesuai dijadikan menu sarapan sebab tinggi karbohidrat dan gula sebab menyebabkan sistem pencernaan kita berat dan ini yang buatkan berat badan kita naik.

Kalau nak jaga kesihatan badan pilih menu sarapan yang ringan dan mudah dicerna.

Sarapan ni bukan untuk bagi kenyang tapi untuk menjaga kesihatan usus dan untuk kesegaran tubuh badan.

Sarapan dengan semangkuk buah, segelas jus, atau telur rebus tanpa garam akan membuat tubuh jadi sihat.

Sebab tu la kita ada 6 kali makan setiap hari.. Tapi kita ni kejar masa kadang kan... Sarapan dengan minum pagi sekali harung je. Lagi ekstrem, cover sampai makan tengah hari. Bila skip sarapan pagi dan minum pagi, tu lah punca buatkan berat badan susah nak turun dan makin menggemukkan.

Sebenarnya cara hidup kita tu yang buatkan kita susah nak turunkan berat... 

2Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. Tapi 5 menu tu juga yang sedap..hehe.. Cuma kita cuba kurangkan lah kuantitinya ketika mengambil sarapan

    BalasPadam
  2. tips yang bagus.....pagi tdi bru je makan nasi lemak...alahai..XD

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ