بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Jom Pi Pasar! | Pasar satu tempat yang memang wajib pergi setiap minggu… Sumber utama tu nak dapatkan bahan basah yang segar dan murah selain di Pasar Malam.
Masa MF dok di KL dulu, selalu dapatkan bahan basah setiap minggu di Pasar Tani dan Pasar Pagi di Danau Kota.
Best pergi situ sebab banyak pilihan barangan basah dan barangnya pun segar-segar.
Sekali pergi pasar memang tak sah kalau tak cecah RM100…
Paling tidak pun RM50 la.. tu pun dapat la, ikan sejenis dengan ayam seekor.
Cukup la buat lauk seminggu kalau keluarga MF yang tak besar mana,
Tapi kalau keluarga yang anaknya ramai… memang makan bercatu la kan… kesian kat anak-anak yang nak membesar, tak cukup zat kalau tak cukup makan…
Mahal beb, barang keperluan dapur sekarang.
Kadang teringin nak beli ikan yang sedap sikit, tapi mampu tengok je la. Kecuali time dapat bonus ke, waktu tu la merasa makan sedap sikit.
Tapi sekarang ni, untung sangat warga KL,
Dah ada program “Jom Pi Pasar”.
Jom Pi Pasar!
Dalam program 'Jom Pi Pasar', setiap bulan 150 pengunjung di pasar terpilih akan menerima kupon RM20 untuk mendapatkan barangan keperluan mereka.Best kan… walaupun RM20 je, macam-macam boleh beli tu kat pasar.
Kalau sayur dah macam-macam jenis dah. Boleh diet sihat setiap minggu macam ni.
Tujuan program ni nak membantu meringankan bebanan kos sara hidup.
Selain tu, cara begini dengan harapan peniaga dapat la kurangkan harga untuk meringankan beban orang yang kurang mampu ni dan tak fikir untung semata-mata.
Bestkan program ni… Jimat banyak tu kalau seminggu RM20, sebulan dah RM80 dah dapat jimat dengan program “Jom Pi Pasar” ni…
Bagus sangat dah tu… harap program ni berterusan la kat Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)… dapat bantu ringankan golongan miskin dan sederhana di Kuala Lumpur.
Dan program sebegini patut juga diperluaskan di seluruh Negara, terutama yang tinggal di kawasan Bandar macam kat Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh, Alor Setar….
Sebab satu Malaysia ada Pasar Tani dan Pasar Pagi…
Hasil di pasar pagi semalam suami beli.... beli camni pun dah cecah RM60 lebih dah ni... Untung betul kalau ada kupon tu, dapat save RM20 kan... |
P/S: Bestnya kalau program ni ada kat Johor juga…huhu… jimat belanja dapur setiap minggu, tambah MF sekarang tinggal kat kawasan kampong dan felda, jauh dari Bandar, memang barangan basah memang harganya mahal berbanding kat pasaraya… Best kalau program ni ada kat negeri lain juga.
Gambar: ihsan Google
Betul tu kak maria. Untung orang yang dapat bantuan RM20 tu. Walaupun nampak macam sikit membantu jugak kan. Harap boleh diteruskan :)
ردحذفSaya jarang ke pasar.selalu beli kat tesco jer sebab tesco dpn ofis.beli pun sikit2.tp ada kswan cakap kdg2 harga kat tesco lg murah drp pasar
ردحذفKan.. Nmpk kecik je amount rm20 tu tpi klu dpt, ada gak diskaun sikit..
ردحذفProgram sebegini mmg patut diteruskan. Bak kata org kecil tapak tgn, pdg bola hamba tadakan. Walaupun rm20 tp ia sgt meringankan bebab lebih2 lagi utk keluarga yg kurang berkemampuan ..
ردحذفBetul sangat. Kalau pergi pasar tak cecah RM100 memang tak sah. Bagus ada program macam ni, walaupun RM20.00 boleh beli macam-macam
ردحذفUntung warga KL dpt inisiatif ni kan
ردحذفBest juga sekiranya dipanjangkan ke selangor. Memang membantu utk beli barang keperluan harian
ردحذفHarap dapat panjangkan program ni ke kawasan luar bandar juga. Musim2 hujan begini, oramg kampung lah yang ramai terputus bekalan makanan
ردحذفBagus la dapat ringankn beban rakyat 👍
ردحذفBru thu program ni... Bgus jugak ya.. blh la ringankan beban bg mereka yg memerlukan
ردحذفAlhamdulillah. Dapat meringankan sedikit bebanan rakyat.
ردحذفRM20 boleh juga berjimat kalau dapat kupon ni kan
ردحذفBeli ikan sekilo pun lepas nie. Hihihi.. Rezeki
ردحذفbantuan RM20 tu sikit ja tp bsr bg mereka yg memerlukan
ردحذفooo ada ek, tak tau akak psl nih....
ردحذفtp nya jgn time nk pilihanraya je... lps2 tu lupa....
bg akak biarlah utk org yg betul2 memerlukan....
mcm kita yg kerja nih yg rasa ada pendapatan ttp bulan2 n mencukupi, tak perlu amik kot
bg pd yg betul2 memerlukan....
boleh borong sayur banyak2 ni ...
ردحذفbagusnya bila ada yang cakna dan prihatin untuk bantu
ردحذفAlhamdulillaj..RM20 pun dah syukur jugak tu
ردحذفuish banyak jugak pilihan barang dapur kat sini kan
ردحذفRm20? Wow! Sejak bila ada program ni?
ردحذفZaza mmg suka pergi pasar.. Sbb sayur2 semua segar je.. Mcm2 ada.btw... .beruntung mereka yg dpt bantuan ni.. :)
ردحذفBetul-betul betul, sokong kempen jom pegi pasar ni... at least kita membantu peniaga-peniaga kecil.
ردحذفDengan ekonomi sekarang nih kan kalau dapat jimat RM20 tuh memang sangat bagus kan. bagusnya bila program2 macam ni dilaksanakan
ردحذفBagusnyaa ada bantuan macam ni, rm 20 pun banyak benda boleh beli.
ردحذفSegar sayur dengan ikan kat pasar, dapat kupon RM20, lagi segar nak membeli.... :)
ردحذفKalau p pasar 1ari belanja rm20 dah bole saving kn.
ردحذفMarsha suka pi pasar beli daging...segar je
ردحذفRm20 pon rezeki kan.
ردحذفkan? patut kena pelruaskan ke negeri lain.. tpi skrg beruntung org KL.. de bantuan sebegini.
ردحذفRM 20 pada sesetengah org tak memberi kesan, tapi bagi sesetengah insan amat besar nilainya
ردحذفUsaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
ردحذفDah lama tak pergi pasar. Selalunya dulu ikut mama auni pergi. Memang excited kalau pergi pasar dan tengok barang basah. Best ada kupon rm20, berbaloi dan jimat :)
ردحذفwau..boleh beli lebih lagi la barang kat pasar tu
ردحذفRM20 tu besar nilainya bagi orang yang kurang berkemampuan.
ردحذفJommm. Alangkah best kalau kat negeri lain pun buat macam ni jugak
ردحذفNampak je camtu tapi cukup bernilai Rm20 tu
ردحذفTerima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ