GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Menyusukan Anak Lebih 2 Tahun!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hukum Menyusukan Anak Lebih 2 Tahun! | Pernah berlaku pertikaian antara ibu-ibu, menyusu anak lebih dua tahun... Bertambah pula bila ada mitos orang Melayu Lama ... antaranya, menyusu anak lebih tahun, nanti degillah, nakallah, takut berpenyakitlah.. macam-macam lagi...

Dari sudut sains tiada pula info mengenai kemudharatan... cuma mungkin susu ibu lebih 2 tahun dah kurang khasiatnya... Jadi, susu ibu bukan keperluan, anak kena makan ikut piramid makanan.

Dari segi hukum bagaimana pula? Adakah haram? sebab dalam al-Quran sebut sehingga 2 tahun je... Kalau lebih 2 tahun hukumnya bagaimana pula kan.. Jom teliti hujah mengenai persoalan ini yang dikemukakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan...

Hukum Menyusukan Anak Lebih 2 Tahun!


Soalan:

Adakah boleh anak yang berumur 3 - 4tahun menyusu badan lagi?

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.

Firman Allah SWT:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.

(Surah al-Baqarah, 2:233)

Firman Allah Taala:

أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنتُم مِّن وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ ۚ وَإِن كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ فَأَنفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّىٰ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ وَأْتَمِرُوا بَيْنَكُم بِمَعْرُوفٍ ۖ وَإِن تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ

Maksudnya: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.
(Surah al-Talaq, 65:6)

Ayat di atas merupakan dalil bahawa penyusuan anak sehingga 2 tahun genap adalah hak bagi ibu dan bukan kewajipannya. Wajib bagi si bapa untuk memberikan upah kepada isterinya, atau bekas isterinya yang melahirkan anaknya, bagi penyusuan tersebut jika dia meminta. Namun wajib ke atas ibu untuk menyusukan anaknya dengan al-liba’, yakni susu yang turun pada awal-awal kelahiran (kolostrum). Ini kerana anak itu kebiasaannya tidak hidup tanpanya, dan bahan lain tidak mampu menggantikannya. Bahan lain juga tidak menguatkan anak dan memberikan kekuatan pada perkembangan bayi.
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/290) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili.

Berkata Imam al-Qurtubi Rahimahullah: “Dan penambahan atas kadar dua tahun atau berkurangnya adalah dibolehkan dengan syarat tanpa kemudaratan kepada bayi dan berlaku dengan keredhaan kedua ibu bapa.”
Rujuk Tafsir al-Qurtubi (3/162)

Manakala menurut Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah: “Dan harus bagi ibu untuk meneruskan penyusuan selepas dua tahun sehingga separuh tahun ketiga atau lebih daripada itu.”
Rujuk Tuhfah al-Maudud (hal. 235)

Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili Rahimahulah menyebut dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (10/7288): “Jika berterusan penyusuan selepas dua tahun kerana lemahnya bayi maka tiada halangan untuk itu kerana keperluan. Akan tetapi tidak sabit lagi hukum mahram kerana penyusuan atau tidak boleh lagi bagi ibunya yang ditalak meminta upah.”

Hukum Menyusukan Anak Lebih 2 Tahun!

Justeru kami berpendapat bahawa harus hukumnya bagi ibu bapa untuk meneruskan penyusuan badan kepada kanak-kanak yang berumur lebih 2 tahun dengan syarat: 

  • tidak memudaratkan anak tersebut,
  • tidak mengkhususkan dengan susu badan sahaja sebaliknya ditambah makanan yang memiliki gizi seimbang untuk tumbesaran yang sihat, dilakukan atas hajat keperluan. Sebaiknya dirujuk kepada pakar pediatrik untuk nasihat mereka tentang kesan kesihatan akibat penyusuan selepas 2 tahun.
Wallahua’lam.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Had umur 2 tahun yang dinyatakan dalam Al-Quran sebagai panduan perancangan keluarga secara semulajadi.. Maknanya waktu yang elok untuk jarakkan anak ialah minima 2 tahun...sebab perlu lengkapkan penyusuan dua tahun... 

Tapi biasalah... Bukan mudah nak bagi anak putus susu... Tu yang kadang terlajak lebih 2 tahun walaupun hamil anak seterusnya... Apa pun tak sampai hukum haram jika ianya tak memudharatkan.. tapi jika memudaratkan wajib putus susu... Kerana mencegah yang mudarat itu lebih utama... 

3تعليقات

  1. Assalamualaikum. Wah info yang berguna ni Kak Maria. Walaupun Budu tak ada anak tetapi membantu para-para ibu dan bakal ibu untuk memahami hal2 demikian.

    ردحذف
  2. baru tahu kak.. tapi ada je kan kes sampai da memang besar pun nyusu lagi..

    ردحذف
  3. perkongsian yang bagus. Tq kak maria Alhamdulillah anak-anak dapat susu badan sehingga 2 tahun walaupun si kakak terpaksa berkongsi. hehe

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ