بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Wajibkah Niat Puasa Setiap Malam? | Majoriti ulama menyatakan wajib kerana puasa pada hari-hari itu merupakan ibadah yang berbeza-beza dan terpisah.
Manakala mazhab Malik dan satu riwayat Ahmad berpendapat cukup dengan satu niat untuk seluruh bulan Ramadhan.
Praktikalnya, setiap daripada kita pasti sudah berniat setiap malam. Ini dibuktikan dengan tindakan kita bangun sahur, kunci jam untuk bangun sahur dan sebagainya. Maka tidak timbul isu terlupa niat dan sebagainya.
Hal niat ini adalah satu perkara yang sering mengelirukan masyarakat. Kadang-kala ada yang tidak berpuasa di siang hari lantaran tidak melafazkan niat di waktu malam.
Ketahuilah bahawa niat itu di hati, dan bukannya di lidah. Bahkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah melafazkan niat di lidah.
Dr. Yusuf al-Qaradawi menerangkan dalam Fiqh as-Siyam:
والنية محلها القلب، لأنها عقد القلب على الفعل. والتلفظ باللسان ليس مطلوبًا، ولم يأت في نصوص الشرع ما يدل علي طلب التلفظ بها، لا في الصوم، ولا في الصلاة، ولا في الزكاة، إلا ما جاء في شأن الحج والعمرة. والإنسان في شؤونه الدنيوية لا يتلفظ بما ينويه، فيقول: نويت السفر إلى بلد كذا، أو نويت أن آكل كذا وكذا.... إلخ فكذلك أمور الدين. ولهذا لا تُعد النية مشكلة بالنسبة للمسلم الملتزم بالصيام فهو بطبيعته ناوٍ له، مصمم عليه، ولو كلفته ألا ينويه ما استطاع. ومن دلائل نيته قيامه للسحور، وتهيئته له وإن لم يقم، وإعداده ما يلزم لفطور الغد، وترتيبه أعماله ومواعيده على وفق ظروف الصيام. فلا داعي للإكثار من الكلام عن النية فهي حاضرة وقائمة لدى كل مسلم معتاد على الصوم.
Niat itu tempatnya di hati. Ini kerana hati telah bertekad untuk melakukannya. Melafazkan ia dengan lidah tidaklah dituntut. Tidak ada nas syara’ yang menunjukkan perlunya melafazkan niat, tidak ada dalam bab puasa, tidak ada dalam bab solat, tidak ada dalam bab zakat kecuali apa yang ada dalam hal umrah dan haji.
Manusia dalam urusan dunianya tidak pernah pula melafazkan niat contohnya dengan berkata: Aku berniat untuk bermusafir ke negara ini, atau aku berniat untuk makan ini. Maka begitu jugalah urusan agama.
Maka tidak perlu untuk mengulangi niat bagi seorang Muslim yang sudah biasa berpuasa kerana sudah secara tabiinya dia pasti sudah berniat untuknya.
Di antara petunjuk yang menunjukkan seseorang sudah berniat ialah bangunnya dia untuk sahur, bersedianya dia (contoh mengunci jam) jika dia tidak terbangun, bersedianya dia untuk persiapan berbuka pada keesokan hari.
Tertib amal dan jadual hariannya menunjukkan dia sedang berpuasa. Tidak perlu untuk berbicara terlalu banyak tentang hal niat kerana ia hadir dan wujud dalam setiap Muslim yang sudah biasa berpuasa.
Sumber: Telegram Channel
Islam itu mudah... Niat ni apa yang terdetik di hati kita... Jika kita niat dan menunjukkan kita melaksanakan apa yang diniatkan... dah diambil kira seperti yang dijelaskan di atas...
Cuma dalam masyarakat kita... niat tu perlu dilafazkan... contohnya puasa... kena lafaz niat puasa tu.. baru jelas puasanya... Tapi kalau dah bangun sahur atau kunci jam untuk sahur.. untuk puasa esok hari kira nak puasa dah tu... jadi.,tak lafaz niat tu tak mengapa... kira sah puasanya.
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ