GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

24hb April Ni Wajib Cuti!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ada apa dengan 24hb April ni??? Tengok kat kalendar hanya ada cuti Israk Mikraj bagi je.. Bagi negeri-negeri yang ambil cuti Israk Mikraj ni.. memang la cuti.. tapi sebenarnya... Yang lebih penting ... 24hb ni diumumkan sebagai Cuti Umum satu negara... Jadi, wajib cuti... Tak kira kerajaan ke swasta wajib cuti... 

Putrajaya: Majikan wajib memberi cuti kepada pekerja pada 24 April ini sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem. 
Beliau berkata, kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan 24 April sebagai hari kelepasan am sempena pertabalan Seri Paduka di mana cuti itu telah diisytiharkan mengikut Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 dan diwartakan pada 3 April. 
"Oleh itu, cuti ini adalah termaktub sebagai hari cuti umum yang wajib diberi kepada pekerja menurut Seksyen 60D (1) (b) Akta Kerja 1955," katanya dalam kenyataan hari ini. 
Riot berkata, berdasarkan Seksyen 60D (1A) Akta Kerja 1955 itu, majikan boleh menggantikan hari lain sebagai cuti ganti umum bergaji. 
"Majikan dikehendaki memberitahu pekerja mereka sama ada memilih tarikh 24 April sebagai hari cuti umum atau menggantikannya dengan tarikh lain. Sekiranya tiada penggantian hari lain, pekerja yang bekerja pada tarikh tersebut layak menerima kadar gaji bagi cuti umum," katanya. 
Riot berkata, memandangkan 24 April adalah cuti umum negeri sempena hari Israk dan Mikraj di Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis, majikan yang memilih hari Israk dan Mikraj sebagai cuti umum di syarikat mereka perlu mematuhi kehendak Seksyen 60D(1)(b)(ii) Akta Kerja 1955. 
Seksyen itu menyatakan apabila cuti umum jatuh pada satu hari cuti umum yang lain, maka hari kerja berikutnya hendaklah diisytihar sebagai hari cuti umum bergaji, katanya. 
"Dengan itu, 25 April adalah hari cuti umum negeri bagi Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis," katanya.
Sumber - Harian Metro

Untung la bagi negeri yang amik cuti Israk Mikraj.. dapat dua hari cuti... Hehe... Dan bagi kerja swasta... Majikan wajib cuti.. kalau tak bagi cuti kena bayar double la sebab cuti umum... Jika majikan ingkar boleh report dan majikan la yang kena tindakan nanti.. jangan main-main... 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ