بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
9 Tanda Hubungan Suami Isteri Kacau Akibat Jin Atau Sihir Dan Cara Mengatasinya | Walaupun kita masuk zaman moden... tapi bab sihir menyihir rumahtangga ni tak juga hilang... tak rasa kolot pula kan orang kita bab ni... tapi kalau bab fesyen sentiasa nak up to date...
Dengki dan dendam mendorong untuk buatkan penyakit sihir ni... rasa marah dan benci atau rasa sayang terlampau kepada suami buatkan ada isteri yang sanggup sihirkan suaminya sendiri... jangan tak tahu.. perbuatan sihir seperti minyak dagu, ilmu penunduk dan juga nasi kangkang masih wujud zaman ini...
Semua ini adalah dosa besar yang sangat Dasyat azab nya di akhirat nanti... orang yang tak fikir mati dan tak takut dengan Allah je sanggup buat sihir ni... Dan juga minta pertolongan jin ni...
Apa pun terdapat tanda-tanda yang mana sesuatu hubungan suami isteri itu disyaki terkena sihir atau diganggu jin.
Tanda suami isteri diganggu jin
1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan seks. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.
2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
3. Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
5. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
6. Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
7. Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
8. Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
9. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.
Sekiranya ada banyak daripada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.
Cara atasi rumahtangga diganggu jin atau sihir
ANTARA ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat. Selain itu, boleh juga diusahakan sendiri agar gangguan dan sihir itu menjadi lemah (dan mungkin juga terbatal terus atas izin Allah) dengan cara:
1. Pastikan tidak ada gambar-gambar dan lukisan makluk bernyawa yang dipamerkan (di dinding, almari, meja dan lain-lain). Begitu juga dengan patung-patung kecuali patung mainan anak-anak. Gambar dan patung yang dipamer merupakan tarikan yang kuat kepada jin-jin, dan menjauhkan para malaikat daripada berkunjung ke rumah kita.
2. Tambah ibadah seharian. Biasakan buat amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun sekadar satu ayat.
3. Banyakkan memohon ampun atas dosa-dosa silam dan terkini, dan berusaha buat perubahan dengan meninggalkan terus perlakuan-perlakuan berdosa itu. Apabila dosa-dosa kita terampun dan terhapus, doa dan harapan kita mudah untuk dikabulkan Tuhan.
4. Elakkan daripada berkumandangnya lagu-lagu dan bahan tontonan yang tidak mendekatkan kita dengan agama. Perkara-perkara ini mengundang kehadiran jin-jin.
5. Wujudkan majlis taklim harian di rumah. Suami atau isteri kumpulkan ahli keluarga lalu dibacakan bahan agama selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehari. Contohnya beli apa-apa buku yang mudah (seperti buku hadis), seorang bacakan (sepotong hadis contohnya) secara lantang manakala yang lain-lain mendengarnya. Walaupun majlis ini kecil dan singkat, tetapi ia sangat kuat menarik kunjungan para malaikat, dan mengecewakan syaitan-syaitan. Sebarang perbincangan yang berlaku dalam majlis ini biasanya berlangsung dalam suasana yang tenang dan terkawal, berbeza dengan perbincangan yang berlaku di luar majlis. Tak percaya? Cubalah buat. Mengapa jadi begitu? Antaranya kerana kita sedang berada di bawah naungan sayap para malaikat dan kerana turunnya sakinah. “Mood’ untuk bertengkar dan meninggikan suara jarang berlaku dalam majlis taklim. Wallahualam.
6. Ahli keluarga yang lelaki (suami dan anak-anak) yang tidak ada sebarang urusan penting, hendaklah berusaha agar dapat solat fardhu berjemaah di masjid ataupun di surau kerana ia adalah tuntutan.
7. Mengadakan kenduri doa selamat jika berkemampuan.
Akhirnya, banyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang-orang beriman.
Sumber: Abu Zulfiqar Al-Amsyari
Antara yang penulis sendiri amalkan untuk elakkan gangguan jin dan sihir sebagai benteng dan pendinding ialah amalan membaca surah al-Hasyr ayat 3 terakhir... amalkan setiap kali selepas solat... penulis amalkan sejak dari umur 16 tahun selepas diajar oleh Ustaz disekolah agama tempat penulis belajar.. InshaAllah amalan dengan keyakinan kepada Allah... InshaAllah ada keberkatan dan rahmat dari Nya.. jauhkan diri dari amalan yang melalaikan dan guna perantaraan yang bukan2...
Terima kasih Cikgu...
BalasPadamsubhanallah..moga kita dijauhkan oleh amalan sihir ni...thanks maria atas info ini
BalasPadamTerima kasih infor semoga bermanfaat kepada ramai pembaca maya
BalasPadam