GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Gaji Seorang Blogger?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Petang-petang hujung minggu ni rasa buntu juga nak buat entry pasal apa kan... Nak buat review tapi mood tak berapa nak ada... 

Dapat idea nak mencoret entry ni masa tengah search keyword "blogger" sebab nak buka dashboard Blogger... 
Terpandang keyword "blogger salary" Maknanya ini antara keyword yang orang cari di Google juga ni... 

Blogger salary dalam bahasa Melayu nya... Gaji Blogger... Haishhh.. Blogger ada gaji ke??? Sampai ada sanggup search perkataan ni... 

Setahu MF yang masuk enam tahun berkecimpung dalam dunia Blogger ni... Blogger tiada gaji... Tapi melalui Blogger boleh jana pendapatan... Sama ada secara jadi Blogger sepenuh masa atau Blogger separuh masa... 

Blogger masih tak diiktiraf sebagai pekerjaan... Sebab kalau isi borang on-line mana-mana.. Bahkan nak isi borang sekolah anak secara online pun... Tiada dalam list lagi kerjaya sebagai Blogger ni... Apa pun... Melalui Blogger memang boleh jana pendapatan...  

MF juga jana pendapatan sampingan melalui blog... Mula serius berblog sejak empat tahun lepas... Menjadi semakin serius selepas tukar template dan ada domain sendiri serta bina MAMA pena sendiri sejak dua tahun lepas...  

Tapi income MF sebagai Blogger tak banyak... MF cuma Blogger separuh masa... Sambilan sahaja... Setakat ni "gaji" sebagai Blogger jarang-jarang di Cash out... Tapi MF buat tabungan online melalui blog iaitu meletakkan iklan nuffnang dan juga affiliate..  

Alhamdulillah... Jika dikira-kira ada lah juga cecah empat angka incomenya.... Tapi takdelah gaji getap kan.. 

Majoriti Blogger memang takde income tetap... Dan kebanyakan Blogger dapat gaji dari review produk, blog, design blog, dan pelbagai jenis gaji lain.. Dan gaji inilah yang jika kita lihat nampak macam mewah jadi Blogger kan... Tapi cabarannya hanya Blogger je la tau... 

Apa pun... Pesanan dan peringatan bersama... Dalam mencari gaji sebagai Blogger pastikan halal dan berkat... Jika seorang isteri, pastikan dapat keredhaan dan keizinan suami... Jika review produk pastikan produk tu halal atau tak... Tiada unsur syubhah di dalamnya... Jangan fikir duit semata-mata.... Kerana walaupun sumber gaji kita tetap kena hati-hati dengannya... Jangan mudah terpedaya dengan nafsu dan syaitan durjana... 

Semoga satu hari nanti... Mungkin Blogger diiktiraf sebagai pekerjaan di Malaysia...  

5Ulasan

  1. Dari blog la dpt merasa duit sampingan kan

    BalasPadam
  2. Betul..pendapatan sampingan itulah umpama gaji blogger..PC suka template blog MF..

    BalasPadam
  3. Ingatkan betul2 ada kerja kosong tadi...huhuhuu

    BalasPadam
  4. Jadi la tu. Rezki ada di mana-mana janji kreatif. Saya masih bekerja sepenuh masa dan buat part time trainning dengan sebuah company di Kedah. Saya banyak kongsi Idea-idea melalui blog. Pada satu hari bila sorang kawan saya baca blog, dia bagi cadangan untuk buat buku dan jual melalui blog. Dah alang-alang berblog, biar ada hasil. Maka saya pun tulis dan terbit buku saya dan dijual melalui blog saya. Alhamdulillah setakat ini lepas la duit untuk bayar elektrik dan bil strymx 4G.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ