Ticker

6/recent/ticker-posts

Masih Wujud Lagikah Surirumah Sepenuh Masa Zaman Sekarang???

Suri rumah..  Kerjaya mulia... Tapi zaman moden ni.. Jadi perdebatan pula antara suri rumah sepenuh masa dengan suri rumah bekerjaya.

MF antara suri rumah bekerjaya... Dulu, terasa gak tau, bila geng suri rumah sepenuh masa ni dok kata kat geng suri rumah bekerjaya ni... Tapi sekarang relax je... Sebab... Bagi MF suri rumah sepenuh masa sekarang tak wujud macam zaman dulu.

Jika nak didefinisikan suri rumah sepenuh masa, maknanya sepenuh masa hanya untuk kerja-kerja rumah... Tapi zaman moden sekarang kebanyakan wanita menjadi rumah bekerjaya cuma kerjanya kat rumah... Jadi, tak salah kan... Tarafnya sama la dengan suri rumah bekerjaya juga... Cuma tempat kerja je lain... Kelebihannya dapat tengok anak membesar depan mata katanya... Tapi suri rumah bekerjaya juga dapat juga lihat anak membesar cuma masa terhad.. 

MF rasa syukur sebab dalam keluarga MF ada dua wanita yang betul-betul suri rumah sepenuh masa...  Iaitu mak dan kakak MF.

Mak dan kakak MF ni, tak pernah layan Internet bahkan tak tahu pasal Internet...  Bahkan guna telefon yang hanya boleh SMS dan Call sahaja... Rutin harian betul-betul sebagai suri rumah dan buat kerja rumah sepenuh masa... Maknanya suami yang cari nafkah sepenuhnya.

Tapi zaman kini... Mana nak cari suri rumah sepenuh masa yang tumpukan sepenuh masa kepada hal ehwal rumah tangga je??? Kalau tak buat bisnes pun... Paling tidak ada masa untuk layan facebook, Whatsapp dan sebagainya... Susah la nak cari kan..

Maaf la jika ada terasa... Cuma MF nak tekankan kat sini... Jangan la pertikaian hal orang lain... Setiap dari kita ada kehidupan masing-masing... Jangan nak kata..."ohh...aku dok rumah bagus...ada masa untuk keluarga, anak aku, suami terjaga... Tak macam orang yang kerja...kalau orang yang kerja ni cakap kerja sebab nak bantu suami,... Tak perlulah balas "rezeki Allah tu ada kat mana-mana je." kerja suri rumah sepenuh masa banyak pahala...

Maaf la cakap... Kalau dok rumah, dok layan facebook... Umpat sana sini, share fitnah sana sini.. Selfie tonjol diri... Tak jaga maruah suami... Pahala kot mana nak dapat tu??? Hmmm... Fikirkanlah...

Apa-apa pun... MF juga punyai impian nak jadi suri rumah yang tak bekerja... Tapi jadi pembantu suami di rumah... Sebab insha Allah suami bakal jadi jutawan... Jadi, dok rumah je la kan... Urus rumah tangga. Buat apa nak kerja makan gaji lagi masa tu...

Jangan pertikaian kehidupan orang lain... Kehidupan kita ni Allah tentukan... Ikut percaturan dan perancangan Allah... Setiap orang ada perancangan masing-masing... Jadi, tak perlu nak rasa diri kita bagus... Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita...

Maaf jika kandungan entry ni mengguris hati mana-mana pihak... Sekadar luahan pandangan peribadi...dan tak menuju kepada mana-mana pihak...


Catat Komen

6 Ulasan

  1. Terpulang pada diri..hormatilah hak individu..

    BalasPadam
  2. MF, kak ana suri rumah sepenuh masa haha:) penah berkerja namun sejak anak-anak mula melangkah ke alam persekolahan kak ana menguruskan rumahtangga sepenuhnya.")

    BalasPadam
  3. ibu saya masih suri rumah sepenuhnya. alhamdulillah. ;)

    BalasPadam
  4. ye betul masing2 ade tanggungjawab sendiri tak perlu nk kata siapa bagus siapa tak....

    BalasPadam
  5. yaaa, mak saya pun sepenuh masa......dy pkai hp lampu picit, hahhaaa~

    tp still tak ketinggalan sbb ade tv dan majalah sbg hobi untuk mndpt ilmu or pengetahuannn

    BalasPadam
  6. Saya seorg suri sepenuh masa...tak kiralah apa saja pekerjaan yg kita lakukan, yg penting nawaitu kerana Allah.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^