GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Isu Konsert K-pop: Kerana Kamu Aku Turut Malu!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kisah ni... Tak tahu nak diklasifikasikan sedih, marah atau kecewa... Tapi yang pasti...kisah ni buatkan MF malu...

Sumber: google images

Tragedi yang tak disangka di Plaza Low Yat hari ni, buatkan maruah MF sebagai wanita muslim yang bertudung turut tercalar... Walaupun bukan MF tak buat... Tapi perbuatan kamu!!! Buatkan MF malu...

Rasanya dah heboh semalaya... Kisah remaja perempuan bertudung berpeluk dan dicium penyanyi K-pop diatas pentas... Dan satu berita yang MF baca... Ramai remaja wanita muslim bagaikan dirasuk dan histeria... Menjerit suka...kerana terlalu taksub dan fanatik dengan kumpulan Korea a.k.a K-Pop...

Nauzubillah... MF hanya terbaca... Tapi kejadian tak disengajakan di Plaza Low Yat tadi buatkan MF rasa nak sorok muka dalam tong speaker kat kedai komputer tu...

Masa MF sedang jenjalan cari beberapa aksesori komputer... Tetiba kami berselisih dengan beberapa pekerja kedai tu...sedang borak-borak dan layan video... Mula tak ambil port... Sekali terdengar... Dialog "eh, pakai tudung!... Buat malu je... Buang ajelah tudung tu kalau nak berpeluk..." MF berkerut dahi ..sekali suami MF kata diorang tengok video budak pompuan yang bercium dan dipeluk penyanyi Korea tu la...

Hah!!! Huh!!! Aduii... Malunya... MF malu sebab yang berkata-kata itu lelaki berbangsa Cina dan wanita berbangsa India... Dan MF pasti mereka bukan beragama Islam...

Allahu Akbar...
Memang MF malu habis... MF cepat-cepat jalan dari pekerja-pekerja tu... Terus ke tempat lain teruskan cari barang... Tapi MF masih terngiang-ngiang je... Kata-kata diorang tu... Walaupun diorang tak pandang sinis...tapi MF tetap rasa malu...sebab MF bertudung... MF orang Islam .. Dan MF perempuan Muslim... 

Perbuatan remaja yang masih kurang akalnya tu telah mencalarkan seluruh wanita Islam yang bertudung sebenar .. Imej bertudung tu buatkan Islam teruk dikutuk... Dalam tak sedar...itulah hakikatnya... Orang Islam sendiri menjatuhkan maruahnya sebagai orang Islam.  

Ingat!!!
Tudung yang kita pakai, kopiah, jubah yang kita pakai bukan sekadar pakaian tapi itulah maruah kita sebagai orang Islam... Kita marah jika orang bukan Islam permainkan agama kita... Tapi kita tak sedar orang Islam sendiri mempersendakan agama kita sendiri..  

Malu sangat-sangat... 
Itulah dunia akhir zaman..  Takut MF memikirkannya... Bagaimanalah masa depan anak-anak kami nanti..  Nauzubillah..  Mohon Allah jangan pesongkan hati kami dan zuriat keturunan kami dari jalan Mu ya Allah... 

Buat yang melihat dan pernah lihat gambar dan video pelajar perempuan tu... Jangan kutuk dan hina... Sebaliknya berdoa... Dia tersalah langkah... Kerana taksubkan dunia...dia mencemarkan maruah diri dan agama... Moga kamu sedar wahai remaja..  

Ya Allah... Lindungilah anak-anak kami dari terjebak perkara kemaksiatan yang Engkau murkai...Sentiasalah Engkau  tunjukkan kami jalan yang lurus dan yang Engkau redhai..  Ameen.   

17Ulasan

  1. terukkan...rs tak terluah dek kata2..memang memalukan..!!

    BalasPadam
  2. Nauzubillah moga remaja tu sedar akan kesilapan mereka hingga trlalu taksub dgn dunia

    BalasPadam
  3. PC pun sedih..sedih sangat..sedih bila perkara ini terjadi..kita adalah duta kepada agama kita..Islam..setiap tingkah..ada yang memerhati..sedar atau tidak..orang lebih berminat untuk mencari salah dan silap untuk di highlight..kebaikkan lumrahnya dipandang sepi..

    BalasPadam
  4. betul tu sis..saya malu juga sebagai org bertudung ni, krn nila setitik rosak susu sebelanga -_-

    BalasPadam
  5. pendapat CT la.. apa apa pun kena tengok diri sendiri. pilihan diri sendiri semua tu nak pelok ke nak dibiarkan dipeluk ke dicium semuanya kita yang pilih.. diorang tu tak tahu beza halal haram.. jadi kita yang tahu ni harus tegakkan.. sedih. sbb CT suka kpop juga tapi mudah2an tidaklah sebegini taksub.

    BalasPadam
  6. Cik akak baru buka blog...tengok kemain lagi meriah isu nie..adoi...minta lah depa pakai akal sebelum buat sesuatu..emmm..jangan dek obses dan minat...emm

    BalasPadam
  7. Mashaallah.
    Ramai betul remaja yg fanatic dgn kpop.
    Masa maulidur rasul baru ni entah membongkang atas katil.
    Klu konsert, boleh berjaga sepanjang hari sambil terkinja2 plk.

    BalasPadam
  8. itu la. menjatuhkan maruah gadis melayu yg beragama Islam.

    BalasPadam
  9. Setuju. Terasa malu sangat. Especially nowadays ramai yang persoalkan nilai sehelai tudung yang kita pakai ni. Allahu, nak menangis pun ada. Kesal. Kecewa. Harap2 diorang tu sd

    BalasPadam
  10. Sedih kan.. xtau nak cakap apa. Hanya mampu doa yg terbaik utk semua. pedih sungguh

    BalasPadam
  11. Suami sha pesan, kalau sha nak menutup aurat... biarlah selari dengan nawaitu sha untuk menutup aurat.... jangan hanya bertutup tapi kelakuan tak berjaga :)

    BalasPadam
  12. moga mereka sedar apa yang mereka lakukan dan menginsafi apa yang telah berlaku.

    BalasPadam
  13. itulah MF..malu sangat2..moga sengalanya boleh diperbetulkan

    BalasPadam
  14. Lagi satu cerita pasal isu melampau ni.. http://suriaamanda.blogspot.com/2015/01/apabila-fanatik-mengatasi-kewarasan.html?m=1

    BalasPadam
  15. Mmg malu..ramai kwn2 cn nonmuslim pun kutuk2 gak remaja2 tu..
    Inilah dunia akhir zaman

    BalasPadam
  16. Mmg memalukan agama dan bangsa... taksub sgt!

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ