Recents in Beach

Hukum Gantung Gambar Makhluk Bernyawa

sumber: google images

Adalah menjadi satu kebiasaan di kalangan masyarakat untuk menggantung gambar kenangan bersama keluarga, perkahwinan dan sebagainya di dinding-dinding rumah. Selain bertujuan untuk menghiaskan kediaman, ada yang menggantung gambar-gambar ini agar tetamu mahupun sanak-saudara mengenali susur galur mereka.

Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan. Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.

Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )

Jadi, gambar yang ada, cukuplah dibuat album sebagai kenangan, gantunglah perhiasan yang cantik seperti ayat al-Quran dan pemandangan menarik sebagai tanda kekuasaan Allah... 

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. ooopsssss, gambar graduate tu nampak gayanya kena diturunkan dari dindinglah tu... hu hu hu, thanks for sharing maria...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak, thanks kongsi hukum ni. sheila ingatkan gambar2 seperti haiwan je tak boleh letak. gambar orang pun tak boleh ye.. baiklah. nasib baik tak pergi print gambar kawin and so on.. heeee

    BalasPadam
  3. ooo, saya baru tahu pasal ni
    terima akish untukperkongsian ni ye

    BalasPadam
  4. great sharing..gantung ayat Al Quran more better :)

    BalasPadam
  5. Ada juga pendapat yang kita baca kata ok kalau gambar tu tak sempurna. Maksudnya tak in full..Allah Hu Alam..

    BalasPadam
  6. saya pernah gak terbaca pasal artikel lebih kurang macam nie somewhere...thanks for sharing kak..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  7. yeke maria? ermm..ada je gmbar kawin dgn gmbar grad bergantung kat rumah..kena tanggalkn lah ye..nnt malaikat rahmat xmasuk rumah pula..tq sharing maria.. :)

    BalasPadam
  8. CN pernah dengar gak pasal benda ni, tapi gmbo kwen tak boleh ker? banyak gak tu..hehe

    BalasPadam
  9. boleh juga cuba baca di blog ni...
    http://abutaqiyuddin.blogspot.com/2008/11/hukum-menggantung-gambar.html

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^