Recents in Beach

Kesalahan Mencuci Muka!

Sumber: google images

☛   MENCUCI DALAM KEADAAN TERGESA-GESA
Ya, memanglah mencuci muka adakalanya nampak remeh untuk di lakukan. Tetapi, ia sebenarnya sangat penting buat para gadis. Sikap kamu yang terburu-bura untuk mencuci muka boleh menyebabkan kotoran di muka tidak hilang sepenuhnya. Apa kata ambil sedikit waktu dalam masa 2-3minit untuk memanjakan kulit muka dengan urutan lembut jari jemari.

☛   MENGGUNAKAN AIR YANG TERLALU PANAS
Ada sesetengah berpendapat membilas basuhan muka menggunakan air suam adalah sesuatu yang bagus untuk kesihatan kulit. Namun itu tidak bermaksud kamu perlu menggunakan air yang masih panas berasap. Pekara ini akan menyebabkan kulit kamu kemerahan dan silap haribulan ada juga kulit yang melecur.

☛   KESALAHAN MENGGUNAKAN PRODUK PENCUCI MUKA
Tidak semua produk yang ada di pasaran sesuai di pakai oleh para gadis. Oleh itu wahai gadis, pastikan produk yang kamu pakai benar-benar bersesuaian dan memberi kesan positif pada kamu! Seeloknya carilah pencuci yang mempunyai kandungan susu  dan bahan yang boleh mengekalkan kelembapan kulit di wajah.

☛   TIDAK MEMAKAI PELEMBAP KULIT SELEPAS MENCUCI
Bercakap tentang kelembapan kulit, adalah satu kesalahan bila kamu tidak mengaplikasikan krim pelembap di wajah selepas mencuci muka. Oleh itu, belilah krim pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit agar ia memberi kebaikan pada kulit.

☛   TERLEBIH GUNA ‘WIPES’
Fungsi utama wipe adalah menghilangkan segala koto ran yang melekat di kulit wajah. Namun, jika terlalu kerap menggunakan tisu basah ini kulit muka kamu boleh mongering dan besar kemungkinan akan memberi kesan yang tidak baik. Oleh itu, elok jika kamu gunakan beberapa langkah yang betul seperti bersihkan ia dengan penangal solekan kemudian di ikuti dengan sesi membasuh muka agar kulit wajah sentiasa sihat dan segar.

Jika petua Islam, amalkan berwuduk untuk wajah cantik berseri... basahkan muka dengan zikirullah... insha Allah... cantik luaran dan dalaman... 

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. cuci muka pun de jugak kesalahannya kan

    BalasPadam
  2. SB selalu main cuci tak sampai seminit..katanya nak kejar masa..hihi

    BalasPadam
  3. selalu cuci muka nak cepat je..

    BalasPadam
  4. yumida cuci muka main bantai je...hihihi

    BalasPadam
  5. ooo macam tu terima kasih ilmunya ustazah

    BalasPadam
  6. saya tak pakai pelembap sebab sampai skang tak jumpa yg sesuai..s.emua yg sy pakai buat naik jerawat

    BalasPadam
  7. petua islam tu betul, bila selalu ambil wuduk, aura seri sentiasa ada di wajah kita, mak andam yang bagitahu masa dia andam kan CN dulu..

    BalasPadam
  8. oo.... baru tahu, nice sharing kak!

    BalasPadam
  9. Mmg betul tu.. dlm Islam palig asas pun wajib cuci muka 5x sehari dgn berwuduk.. subhanallah...

    BalasPadam
  10. Betul tu..muka akan jadi sgt kering kalau selalu sgt guna wipes. Nice sharing..thanks Puan Maria

    BalasPadam
  11. thanks for the tips sis :)

    BalasPadam
  12. kadnag2 kite terlepas pandang sume ni..tb pon kekadang gitu

    BalasPadam
  13. sy cuci ikut suka je. lgsung tak pakai pape produk pencuci muka. cuma saya suka sapu muka dgn vco. Kulit terjaga, lembut mcm kulit baby, tak mudah naik jerawat. nak buat lain2 sy xrajin..haha

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^