GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Penjawat Awam Berpakaian Mencolok Mata???

Sumber: FB

Hebat juga isu ni.. hingga diadukan pada pihak media kan.. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan mencolok mata tu???

Ok.. Jom rujuk kamus dewan bahasa dan pustaka..
mencolok mata
Rujuk di SINI
Sebenarnya, pernah terlintas nak tulis pasal ni... sekadar renungan bersama sebagai penjawat awam. Alhamdulillah, tahun ni dah masuk tahun ketiga aku bertugas sebagai penjawat awam... Walaupun kerja utama aku bukan di pejabat tapi setiap hari aku berhadapan dengan anak murid yang sedang meningkat remaja.. 

Dari pemerhatian aku, aku akui apa yang diadukan oleh pengadu dalam berita harian tu.. sebab aku sendiri pun memerhatikannya.. walaupun wujud etika dan perkeliling pasal pemakaian penjawat awam, tapi tak semua orang patuhi pun.. pekeliling, hanya sekadar lembaran kertas sahaja... ditampal atau dibukukan mungkin.. tapi perlaksanaan masih tak menyeluruh. 

Aku sendiri rasa malu kengkadang... tambah-tambah bila aku ajar bab aurat pada anak murid.. diorang mempertikaikan kenapa cikgu-cikgu lain tak ikut??? Aku pernah terima aduan dari seorang pelajar.. naik nafsunya bila melihat seorang guru perempuan berpakaian baju kebaya moden yang ketat dengan liang lengguk tubuh berkasut tumit tinggi... Maaf aku cakap terus terang. Ini situasi di sekolah menengah ea.. Harap jika ada cikgu-cikgu yang membaca entry ni, berpikiran terbuka dan renungkan bersama. 

Tugas sebagai guru, bukan sekadar menyampaikan ilmu, tapi kita sebagai guru perlu juga didik anak murid dengan akhlak dan sahsiah yang baik bukan.. supaya kita tak jadi seperti "ketam mengajar anaknya berjalan betul". Aku terus terang cakap.. aku tak mampu nak tegur guru-guru ni, apatah lagi rakan sekerja aku... tapi renungkanlah.. berpada-padalah dalam berpakaian.. tak salah nak melawa sebab itu salah satu sebab pelajar minat dengan pengajaran kita tapi jangan over acting bukan.. 

Maaf jika ada tak setuju dengan apa aku katakan.. aku berani nyatakan sebab aku penjawat awam di sekolah.. tempat aku kerja.. tapi di tempat lain, tak terkecuali mungkin... Hari Jumaat, ramai berjubah, tapi pilihlah jubah yang longgar, bukan yang menampakkan semua bentuk dan lurah yang tak patut didedahkan.. Kalau aku perempuan pun malu nak tengok, apatah lagi lelaki kan.. kecuali lelaki mata miang aje lah... Tapi jangan marahkan lelaki kalau ditengok korang berpakaian macam tu, tapi tak kan diorang nak tutup mata pula kan.. 

Kita baru aje sambut Maal Hijrah kan.. apa kata.. berhijrah sikit aje.. labuhkan sikit tudung bawah paras dada.. takyah lah sampai ke perut tu.. dan longgar kan sikit baju tu.. nak berhijrah kena berkorban iaitu pertama sekali korbankan nafsu... nafsu jahatlah yang dok sruh kita pakai sendat2 tu sebenarnya.. siapa boleh lawan..jika bukan nafsu baik yg dibaikkn dengan kekuatan iman.. 

Buka hati..buka minda.. berubahlah..


p/s: jika dah terbiasa berpakaian longgar, kita akan rasa malu dan janggal nak pakai ketat lagi.. 

13Ulasan

  1. betul tu. bukan nak menuding jari, tapi saya sebagai perempuan pun segan tengok orang berjubah. especially if dari lycra. nampak.huhuhu

    BalasPadam
  2. ada juga baca ni keratan akhbar ni kat fb tadi..

    BalasPadam
  3. amal ma'ruf nahi mungkar :) sama2 muhasabah diri.

    BalasPadam
  4. betul sy stuju..bukan takat bdk sekolah menengah je cmtuh smpi menaikkan nafsu..budak sekolah rendah pn da mcm tuh gak..jadi cikgu ni satu icon kat sekolah dan perlu menjadi contoh yg baik la kpd pelajar.

    BalasPadam
  5. Nauzubillah.. syukur Allah beri kita kesedaran & rasa malu.. alhamdulillah.
    Menabung churp2 di sini, semoga murah rezeki.. aamiin..

    BalasPadam
  6. semoga di ambil pengajaran.tunjukkan contoh yang baik :)

    BalasPadam
  7. Hehehe,mencolokk? tak buat proof reading dulu ni kot

    BalasPadam
  8. sy pun penjawat awam jg, ada betul juga apa yg ditulis oleh penulis tu, skrg ni byk yg pakai dress labuh (bukan jubah) nak2 lg yg jenis kain jersey tu, lglah menampakkan bentuk badan, tak taulah takkan tak peka apa yg disarung ke badan sendiri kan

    BalasPadam
  9. Hmmm..mencolok mata ya...salah typo ke ada istilah baru ni Maria? nway jom sama-sama jaga diri dan jaga aurat kita....

    BalasPadam
  10. Sama2 lah kita berhijrah demi kebaikan...
    Guru adalah contoh...kita smua adalah cth pd generasi akan datang...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ