Recents in Beach

Mitos dan Petua tentang Beras dan Nasi

Orang Melayu, macam mana sekalipun pasti akan cari nasi kan.. sekali sehari pun jadilah.. rasa tak puas tak dapat makan nasi sehari kan... kalau dah namanya perut Melayu kan.. hehe.. 

Sumber: google images
Beberapa mitos dan petua orang-orang lama tentang nasi dan beras yang pernah aku dengar dari arwah nenek, dan mak aku sendiri... maklumlah aku kan orang kampung... 

Mitos:
  1. Jangan main beras, nanti beras menangis. Padahal tak elok dan tak beradab main-main makanan sebenarnya.
  2. Jangan biarkan nasi tumpah, kutip balik dan makan. Yang ni nak kata petua atau pun mitos aku sendiri tak tahu... sebab kalau orang lama-lama diorg suruh kutip dan makan sebab tak baik, kononnya berkat. Nasi yang tak masuk ke pinggan atau tumpah tu ditolak syaitan, sebab yang tu la yang berkat. Tapi biasanya kita tak kutip la kan..sebab meja atau lantai tu kotor dan tercemar, kang penyakit plak yang dapat.
  3. Nasi cepat basi tanda ada makhluk halus di rumah tersebut. Padahal, banyak faktor nasi basi.
Petua:
  1. Elak nasi mudah basi. Basuh beras hingga airnya kejernihan.
  2. Air basuhan beras boleh dijadikan baja untuk sayuran dan tanaman hijau. Selain itu, air basuhan beras, jika diamalkan basuh pada muka boleh naikkan seri wajah dan hilangkan bintik hitam serta kulit berminyak.
  3. Air didihan nasi boleh dijadikan sebagai petua pembuka selera bagi anak yang susah makan. Air basuhan beras juga antara petua naikkan berat badan.
  4. Nasi lembik. Nasi lembik sebab terlebih air, caranya ambil plastik atau kertas yang bersih... letakkan pada permukaan periuk masa proses mentanak nasi... (lepas dah kering air kan.. naik "warm", amik kertas letak pada permukaan periuk, lepas tu baru tutup dengan tutup periuk).
  5. Petua elak kutu beras. Masukkan bunga cengkih dalam beras yang disimpan ataupun cili kering. cuma cili kering nanti beras berbau sikit la... bunga cengkih boleh wangikan beras juga.
Itulah petua-petua orang lama yang pernah aku dengar dan buat. Nama pun petua kan.. sudah pasti kalau nak tengok kesannya kena la konsisten cara pengamalannya.. 

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. jgn biar nasik tumpah tu nk suh kita mkan elok2 jgn sepah2
    kalau tumpah nanti membazir . bazir kan amalan syaiton :)

    BalasPadam
  2. petua yyg biase dgr mak2 marah ke anak nyee ;) sebenarnye xnk kite sume membazir..itu jee

    BalasPadam
  3. ini yang mak sellau ajar kalau nak masak nasi

    BalasPadam
  4. yup betul tu....alhamdulilah sy amalkan petua dan pesanan mak.

    BalasPadam
  5. Menarik maria..tapi betul jugakkan mitos ni sebenarnya adalah fakta tersembunyi..

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas petua2 tu...pasal letak cengkih, tak pernah tau pulak saya...emm..boleh dicuba

    BalasPadam
  7. Perkongsian yg baik.. t kasih..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^