Kenapa perlu panaskan enjin kereta sebelum bergerak??? | Selalu aku perhatikan... start enjin kereta dan terus jalan... tapi en.somi aku pula pesan, jika nak bagi enjin tahan lama... sebaiknya, start enjin dan biarkan seminit dua, baru jalan.. Jangan start dan terus jalan...
Kedua-dua kaedah ni, ada pro dan kontra nya... melalui pembacaan ada yang kata memanaskan enjin kereta sebelum bergerak hanyalah mitos sahaja... sebabnya:
1. Sistem Penghantaran Bahan Api
2. Sistem pencucuhan
3. Minyak pelincir kurang bermutu
4. Pencemaran alam sekitar
Tapi dari pengalaman aku sendiri pula yang guna kereta keluaran Malaysia, iaitu Perodua dan Proton, memanaskan enjin selama kurang 5 minit, salah satu tips penjagaan enjin kereta yang berkesan. Kereta Perodua Viva 660 dah hampir berusia 10 tahun tu, dah menjelajah satu semenanjung Malaysia... dan kereta tu juga meredah highway Utara-Selatan dah berpuluh kali... Alhamdulillah... enjinnya masih macam baru.. takde nak bunyi pelik-pelik.. Alhamdulillah...
Bila aku kongsi info dengan suami, dia terangkan serba sedikit pasal kereta.. walaupun suamiku bukan pomen, tapi dia adalah peminat kereta dan berkawan dengan ramai tukang baiki kereta... dia kata,
1. memang tak perlu panaskan enjin kereta tu, jika kereta buatan luar negara yang mahal-mahal...
2. Sistem pencucuh enjin kereta Malaysia ni, tak sama dengan buatan luar negara... Ferrari tak sama dgn kancil...
3. Panaskan enjin, setakat dua tiga minit tak kan cemarkan alam pun sebab bukan kita tekan pedal minyak pun... sebab minyak yg digunakan utk hidupkan enjin tu sikit sangat...
Baca juga artikel ni.. Kebaikan memanaskan enjin sebelum bergerak...
AMALAN hidupkan enjin kereta dan terus jalan adalah tidak baik. Sebaik-baiknya setelah enjin dihidupkan, biarkan dua atau tiga minit sebelum memulakan perjalanan. Ini penting bagi memastikan enjin dalam keadaan panas.
Ketika proses pemanasan, minyak pelincir akan dialirkan ke semua bahagian enjin. Jika enjin terus dibebani sebelum dipanaskan, ini bermakna enjin terpaksa bekerja ketika minyak belum sampai ke setiap bahagian yang perlu dilinciri.
Dengan itu, setiap bahagian yang bergeseran akan mengalami kehausan akibat geselan yang berat sehingga enjin akan lebih cepat rosak.
Enjin dikira sudah cukup panas apabila jarum suhu air pendingin naik sedikit. Proses pemanasan juga berlaku untuk sistem transmisi serta bahagian lain yang bergerak. Apabila sudah mula memandu, jangan terus memecut. Bergeraklah perlahan untuk beberapa ketika sebelum memecut.
Selain itu, enjin kereta juga tidak boleh dibebani secara kasar. Janganlah biarkan enjin bekerja pada sesuatu gear rendah dengan terlalu lama, contohnya gear tiga ketika mendaki bukit.
Amalan �tarik� gear rendah yang lama untuk kuasa pecutan juga cara yang tidak sihat untuk kesihatan kereta. Jika dibiarkan dalam keadaan itu terlalu lama, selain daya enjinnya berkurangan, enjin juga akan terlalu panas. Enjin yang selalu berada dalam keadaan terlalu panas akan cepat rosak.
Enjin juga akan bekerja melebihi had maksimum putaran gandar dalam keadaan melahu atau pada waktu pemindahan gear ke posisi yang lebih rendah (contohnya, dari gear tiga ke gear dua) dilakukan pada waktu kenderaan masih bergerak dengan kelajuan tinggi atau ketika kenderaan sedang meluncur di atas jalan yang curam). Jadi, berjaga-jagalah.
Untuk menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempoh yang panjang juga, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba, kecuali dalam keadaan terdesak.
Selain itu, elakkan juga terlalu kerap menggunakan brek di atas jalan yang curam atau pada kelajuan tinggi untuk mengelakkan masalah sekatan wap. Elakkan juga memijak injak cekam apabila tidak diperlukan dan janganlah memindahkan gear secara kasar, tidak kira gear manual atau automatik. (Sumber: https://www.jkr.gov.my/ckub/a_main/q_rampaisaridtl.asp?fid=57)
Jadi sebaiknya, panaskan dulu enjin dua atau tiga minit sebelum bergerak.. terutama waktu pagi... untuk kesihatan enjin kereta anda... jangan start je terus gerak... nanti kereta pun boleh jadi enjin lori...
good sharing..:)
ردحذف