Kanak-kanak pasti menyukai sesekali disediakan snek. Beberapa menu sihat untuk kanak-kanak yang mudah dan senang disediakan... Jom Cuba...
Batang Keju Parmesan
|
Kentang Bakar Rangup
Potong kentang seperti saiz sederhana (tidak terlalu tebal dan nipis). Gaul bersama sedikit minyak zaitun, serbuk cili dan secubit garam. Masuk ke dalam ketuhar selama 25 minit dengan suhu 180 darjah celcius sehingga kentang bertukar warna keemasan.
Tortila Keju
Ada sesetengah kanak-kanak kurang gemar mengambil makanan lengkap. Apa kata sediakan tortila yang mempunyai hidangan lengkap di atasnya. Potong tortila menjadi saiz kecil seperti bentuk segitiga. Terlebih dahulu, tumis bawang putih yang sudah ditumbuk bersama isi ayam dan tomato hancur sehingga kering. Letakkan di atas tortila dan tabur keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga keju cair.
Kek Snek Mil Oat
Resipi tahan lama ini sesuai untuk dijadikan bekalan sarapan yang sangat mudah dan mengenyangkan. Satukan ½ marjerin, ¼ gula perang dan ¼ gula biasa sehingga sebati. Masukkan tiga sudu air panas ke dalam cawan untuk dicampur bersama ½ sudu penaik soda. Air ini tadi dimasukkan ke dalam adunan pertama tadi. Setelah sebati, masukkan ¾ tepung, 1 ½ mil oat dan secubit garam. Apabila menjadi doh, tekap mengikut bentuk kegemaran anak-anak. Bakar dengan suhu 350 darjah selama tujuh minit dan keemasan.
Batang Keju Parmesan
Resipi mudah ini boleh dilakukan bersama anak-anak di hari minggu sebegini. Gaulkan satu cawan tepung gandum, sebiji telur, sedikit air, satu sudu serbuk paprika dan ½ cawan keju parmesan yang diparut. Jadikan seperti doh. Bentukkan seperti beberapa batang straw dan bakar dengan suhu 300 darjah selama 18 minit sehingga kekuningan. Anda juga boleh tambah serbuk ikan bilis sebagai perasa.
Kek cawan Zucchini
Anak-anak tidak akan perasan anda memasukkan sayur zucchini di dalam kek kegemaran mereka. Malah mereka seronok membantu anda menyiapkan kek cawan zucchini ini. Gaulkan kesemua bahan seperti dua cawan tepung gandum, satu cawan gula perang, dua sudu serbuk penaik, satu sudu serbuk kayu manis, ½ sudu serbuk buah pala, ½ sudu serbuk halia, secubit garam, dua cawan sayur zucchini yang diparut, tiga biji telur, dua sudu esen vanila, ½ cawan susu pekat dan ½cawan minyak jagung. Bakar selama 30 minit dengan suhu 200 darjah.
Zucchini boleh diganti lobak merah.
Menarik nie... nanti nak try batang keju parmesan tu.. :D
BalasPadamTq Sis.. !
Itulah.. Sy pun nk try yg btg keju tu..
Padamwah, ada juga yg sihat utk kanak2. kalau tak, ade pewarna la, itu la ini la.
BalasPadamAda..tpi kna buat sndri..
Padammmg sihat bkn utk anak2 utk mak sekali.... macih share dik
BalasPadamHa.a.. Utk mak yg lebih mkn nnt.. Hhhe
Padamooo baru tahu ada snek sehat :) thanks sharing cikgu
BalasPadamSama... :-)
PadamThanks sharing ye..
BalasPadamSama2...
Padammakanan skg ni sume ade pewarna tambahan.itu yg xeloknye utk makanan si anak
BalasPadam