Renungan...
:: Duhai wanita.. Usah dikau menangisi akan nasibmu.. Ketahuilah bahawa ALLaH SWT teramat mengasihi wanita.. Berikut adalah kelebihan wanita berbanding lelaki..
1] Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
2] Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
3] Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia dido'akan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLaH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid. Manakala dosanya diampun ALLaH.
4] Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
5] Seorang wanita boleh memasuki Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
6] Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLaH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLaH... Sayangnya ALLaH pada wanita ...
Sumber: Rahsia Perkahwinan
bersyukurnya menjadi seorang wanita.. :D
ردحذفSubhanallah....indahnya mnjadi perempuan...bsyukur sgt :)
ردحذفsetiap kejadian Allah itu ada keistimewaannye :)
ردحذفAlhamdulillah....banyak keistimewaan wanita ni:)
ردحذفsetiap apa yg Allah jadikan pasti ada kehebatan dan keistimewaannya. so kena bersyukur kan.
ردحذفBersyukur menjadi seorang wanita...tanggungjawab seorang ank lelaki memang besar...
ردحذفBERTUAH MENJADI SEORANG WANITA...
ردحذفTerima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ