Virus ni biasanya menyerang netizen dalam media sosial...
Nama virus ni... Coronapalatau...
Haha... Cerdik betul orang yang bagi nama kat virus ni...
Virus ni menyerang oyak manusia.. Kemudian turun ke jari... Kemudian mengomen dengan gaya pakar segala perkara...
Kalau isu politik, dia ulas macam dia tau selok belok politik...
Kalau isu polis dan jenayah... Dia ulas macam dia seorang peguam ternama...
Kalau isu kesihatan... Dia akan ulas seolah dia doktor pakar gaya Ibnu Sina...
Hakikatnya, dia hanya tau mengomen saja... Tapi kalau tak caya.. Rasanya suruh tukar mentol terbakar pun belum tentu dia pakar...
Memang geram Jumpa orang spesis ni...
Tapi spesis ni banyak dalam post isu politik la.. Huhu...
Dan MF sendiri pernah jumpa dengan manusia gini di alam realiti..
Komen pasal orang bukan main dia sembang... Tapi bila bagi kerja.. Masalah ciput pun dia tak boleh settle bahkan jadi baran...
Itulah virus coronapalatau...
Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w ajar kita.. Cakaplah benda yang betul kita tau... Yang tak tau kita diam... Kalau bukan dalam ilmu dan bidang kita...
Tapi tu lah.. Akhir zaman ni.. Nabi kata... Orang jahil lebih dominan dari orang yang berilmu kan...
Nampak dah zaman 2020 nih... Dunia makin tua dan tanda kiamat tu makin dekat...
Jadi, beringat lah kita ye... Masing-masing muhasabah diri...
Sy x berani nak ulas apa2 pasal virus nie d'blog atau mana2 media sosial.. Sy hanya ikut perkembangan melalui media tv sahaja.. Sy kalau share lebih kpd pengalaman sendiri sahaja.. Apapun skrg mmg bahaya.. Take care kak.. Semoga Allah melindungi kita semua.. Aamin..
BalasPadamvirus ni menyerang sesiapa sahaja. dia tak boleh menyebabkan kematian, tapi boleh sebabkan orang bertikam jari... haha
Padamberia akak baca kot virus baru apa tuh... yelah netizen kt malaysia ni ramai yang suka baca-baca pastu share tanpa kita kaji dulu betul ke tidak... semua serba tahu
BalasPadamDahsyat nama virus ni. Memula tengok nama, eh virus apa ni. Bila dah baca penuh baru tahu 😂
BalasPadam