GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Simpan Ubat yang Betul!

Cara Simpan Ubat yang Betul! | Tadi pagi ada terbaca kat whatsapps dan facebook kononnya da kanak-kanak dimasukkan ke ICU kerana kritikal selepas makan ubat batuk lama yang disimpan di dalam peti sejuk. Huhu... Bahaya betul... Sebenarnya, kat mana nak simpan ubat yang kita dapat dari hospital atau klinik tu ea...

Cara Simpan Ubat yang Betul!


Kalau dulu, zman aku kecik2 rumah takde peti sejuk simpan aje atas para atau buh dalam plastik beg, sangkut ke kat tiang... Maklumlah rumah papan.. Tapi sekarang ada juga ubat yang aku simpan di luar peti dan ada yang simpan di dalam peti sejuk... Jadi, kat mana nak simpan ubat sebenarnya???

Adalah amat penting bagi anda untuk menyimpan ubat anda dengan cara yang betul. Cara penyimpanan ubat yang betul termasuklah:
  1. Simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat ataupun dicapai oleh kanak-kanak. Simpan ubat kecemasan di tempat yang senang dicari.
  2. Simpan ubat di dalam kabinet atau laci berkunci.
  3. Simpan ubat dalam bekas asal dan pastikan label pada bekas adalah jelas. Kestabilan ubat-ubatan tertentu akan terjejas sekiranya ia disimpan dalam bekas selain daripada yang telah dikhaskan untuk produk tersebut. Label pula mengandungi informasi penting mengenai cara pengambilan ubat yang betul.
  4. Simpan ubat jauh daripada cahaya dan suhu tinggi.Simpan ubat di tempat yang dingin dan kering. Jangan simpan ubat kapsul atau tablet di dalam bilik mandi, berdekatan dengan sinki dapur, ataupun di tempat yang lembap.
  5. Simpan ubat anda di tempat yang sesuai seperti bilik tetamu atau bilik tidur. Ini adalah kerana kepanasan dan kelembapan boleh menyebabkan ubat rosak. Kapas di dalam bekas ubat harus dibuangkan selepas bekas dibuka untuk mengelakkan kelembapan berkumpul di dalam bekas ubat.
  6. Simpan ubat anda di tempat berdekatan dengan meja supaya anda boleh membuka bekas ubat di atas permukaan rata. Sekiranya ubat tertumpah, ia akan terjatuh di atas meja dan bukan di atas lantai atau ke dalam longkang. (Pastikan anda tidak membiarkan bekas ubat terletak di atas meja selepas mengambil ubat).
  7. Keadaan cahaya yang cukup terang berdekatan dengan tempat penyimpanan ubat dapat memastikan ubat yang betul diambil. Jangan sesekali mengambil ubat dalam keadaan gelap.
  8. Jangan campurkan beberapa jenis ubat yang berlainan dalam satu bekas yang sama. Anda akan menghadapi masalah untuk mengecam ubat anda semasa kecemasan. Akibatnya, anda mungkin akan terambil ubat yang salah. Malah, keberkesanan ubat-ubatan yang disimpan bersama mungkin akan berkurang disebabkan oleh interaksi.
  9. Ubat makan harus disimpan berasingan dengan ubat sapu (seperti krim, ointment atau losyen).


  10. Ubat untuk diri sendiri harus disimpan berasingan daripada ubat untuk suami/isteri dan ahli keluarga lain. Contoh: disimpan berasingan di kabinet lain ataupun sekurang-kurangnya berasingan walaupun dalam kabinet yang sama. Ini dapat mengurangkan kemungkinan anda mengambil ubat yang salah.
  11. Elakkan ubat cecair daripada beku dalam peti sejuk. Ubat yang disimpan dalam peti sejuk harus diasingkan daripada makanan dan minuman. Anda boleh simpan ubat anda dalam satu bekas plastik yang berasingan di dalam peti sejuk.Jangan simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi.

Sumber: Portal MyHealth

Aku sendiri pun baru tahu... bukan semua ubat boleh masuk dalam peti sejuk... dan setiap ubat ada jangka hayatnya.

Cara Simpan Ubat yang Betul!


Perkara yang perlu kita tahu mengenai luput tarikh setiap ubat:

Jangka hayat ubat yang selamat dimakan dan berkesan berbeza mengikut jenis, pe­ngeluar dan cara simpanan. Sesetengah jenis ubat hanya bertahan beberapa hari tetapi ada yang boleh disimpan sehingga beberapa tahun lamanya. Tidak kira berapa lama pun jangka hayatnya, anda perlu memastikan tarikh luputnya sebelum makan.

Buang ubat dalam simpanan anda jika ia:
  • Pil atau kapsul yang disimpan lebih dari dua tahun yang berubah warna, retak atau berdebu.
  • Krim atau balsam menjadi keras dan hilang warna.
  • Ubat cecair menjadi pekat dan berubah warnanya.
  • Ubat kapsul menjadi lembut berbanding asal, melekat sesama sendiri atau retak.
  • Ubat titis mata yang sudah dibuka melebihi 28 hari.
  • Semua ubat yang sudah luput tarikh. 

Jangan memainkan ddengan ubat moden. salah simpan boleh jadi racun... Langkah terbaik rujuk pada label setiap botol atau bungkusan ubat... paling kurang, kalau rasa lebih sebulan tu tak payah la makan... pergi je hospital atau farmasi beli je yang baru.. biar lah habis duit pun, sebab nyawa tiada nilainya kan... 

11تعليقات

  1. betul tu...baru jugak dapat sms...sekarang nak bagi ubat, suka terus g klinik...bagi doc cek btol2 sakit apa...

    ردحذف
  2. lepas baca ni terus rasa nak kemas ubat-ubat kat dalam peti ais rumah.thanks for sharing Maria.useful tips!

    ردحذف
  3. Saya pun baru terbaca tentang kisah ini.Biasanya ubat yang tak habis memang saya buang terus.Kecuali ubat beli di farmasi ubat demam dalam botol.Tengok juga jangka hayatnya.Bukan simpan lama pun.Hati- hatilah..malang tak berbau

    ردحذف
  4. nice sharing. hmm sebenarnya ubat tu dia tersalah tengok pada label. ubat methadone yg dia bg. kesan dia sama dengan ubat morphine. hmm so be careful. nak2 pada budak2. hnm

    ردحذف
  5. kena selalu beware pasal ubat ni..kalau tak jadi racun pulak kan

    ردحذف
  6. mak diirg slh bg ubatkan...kena hati hati bila nk bg hbat dkat ank ank

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ