Maria Firdz - Lifestyle Blogger: Tips Cinta
‏إظهار الرسائل ذات التسميات Tips Cinta. إظهار كافة الرسائل
‏إظهار الرسائل ذات التسميات Tips Cinta. إظهار كافة الرسائل

يناير 09، 2020

Nak rumahtangga bahagia, amalkan 7 sikap ni sejak dari mula kahwin!

7 sifat mulia dalam rumah tangga
Sumber: google images

7 sifat mulia dalam rumah tangga

1. Jujur

Elakkan diri daripada berprasangka buruk terhadap pasangan. Buang jauh-jauh sifat negatif itu dari diri. Apabila hati sudah bersih, pasti akan lebih sayang dan cinta padanya.

2. Bertanggung jawab

Kedua-dua belah pihak mesti tahu tanggung jawab masing-masing setelah diijabkabulkan. Sekiranya suami dan isteri menjalankan tugas yang diamanahkan sebaiknya, pasti tidak akan berlaku pertelingkahan. 

Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggung jawabnya memastikan seluruh ahli keluarga dijaga dan dibimbing sebaiknya mengikut jalan yang diredai Allah. 

Bagi isteri dan anak-anak pula, mereka bertanggungjawab mengikuti segala tunjuk ajar dan perintah suami selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama.

3. Berwawasan

Semua pasangan suami isteri haruslah berbincang untuk menetapkan matlamat atau arah tuju keluarga. 

Matlamatnya haruslah sama agar perjalanan hidup lebih terarah. Dalam pada itu, masing-masing perlu sedar tujuan asal kita diwujudkan dalam dunia ini dan tahu kepada siapa kita akan kembali kelak. Barulah hidup lebih diberkati dan diredai.

4. Disiplin

Untuk memastikan matlamat tercapai, suami isteri malah seisi keluarga haruslah berdisiplin. 

Melakukan setiap yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang. Ketahuilah bahawa disiplin teras kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.

5. Bekerjasama

Apa yang penting kerja sama. Sesuatu pekerjaan jika dilakukan bersama-sama, mesti akan jadi lebih mudah. Berat sama dipikul, ringan sama dijunjung.

Kalau dalam rumahtangga ada berat sebelah itu yang boleh cetuskan pergaduhan dan tak puas hati. 

"Asyik aku je buat, dia dok goyang kaki." itu yang boleh jadi punca rumahtangga bergoyang.

6. Adil

Tidak kira suami ataupun isteri, mestilah sentiasa bersikap adil dengan semua orang agar rumah tangga aman dan damai sepanjang masa.

Adil bukan tunggu ada banyak isteri... Adil ni, adil terhadap isteri dan anak. Adil antara ibu bapa dan isteri, adil antara kerjaya dan keluarga. 

Memang susah nak berlaku adil kerana adil ni sifat Allah, tapi kena usahakan walaupun tak mampu nak adil dalam semua perkara.

7. Prihatin

Rajin-rajinlah mengambil tahu apa yang berlaku di dalam keluarga. Selalu bertanya apa yang telah dilakukan mereka setiap hari. 

Jika ada yang tidak kena, perbetulkan segera.

Ambil tahu dan peduli hal dalam rumahtangga walau sesibuk mana sekalipun. 

Kewajipan suami

  • Suami ialah ketua keluarga. Oleh itu, suami mestilah menjaga keluarga sebaiknya. Seorang suami mestilah mengawal, membimbing, mencari nafkah, menjaga keselamatan seisi keluarga, dan banyak lagi.
  • Selain menyediakan segala kelengkapan material untuk keluarga, suami juga perlu memastikan jiwa setiap ahli keluarga diisi dengan didikan agama secukupnya. Ketahuilah bahawa didikan agama sangat penting. Oleh itu, sekiranya suami tidak mampu mengajar sendiri, maka carilah orang yang berkelayakan untuk mengajar isteri, anak-anak dan diri sendiri.
  • Dalam hal mendidik ahli keluarga, suami perlulah menggunakan konsep menjadi contoh terbaik, belas kasihan dan berakhlak mulia.

Kewajipan isteri

  • Setiap isteri perlu taat pada suaminya. Segala tindakan tidak boleh membelakangkan suaminya.
  • Isteri juga perlu menjaga kehormatan diri dan nama baik suami ketika keluar rumah.
  • Isteri mestilah sentiasa kemas dan kelihatan menarik di hadapan suaminya dan mampu membahagiakan suami zahir dan batin.

11 amalan mulia dalam keluarga

  • Sentiasa bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang.
  • Sentiasa memaafkan orang yang melakukan kesilapan.
  • Saling tolong-menolong antara satu sama lain.
  • Bersikap jujur dengan sesiapa sahaja.
  • Saling sayang-menyayangi.
  • Boleh bertolak ansur.
  • Bertanggungjawab dan amanah.
  • Elakkan diri daripada sifat-sifat negatif.
  • Sekiranya ada masalah, berbincanglah bersama ahli keluarga.
  • Mesti bersikap terbuka dan bersedia menerima kritikan.
  • Sentiasa senyum.
Sumber: Pa&Ma

ديسمبر 16، 2019

9 Tips Kekalkan Kebahagiaan Rumahtangga Dengan "Air Tangan Isteri"

9 Tips Kekalkan Kebahagiaan Rumahtangga Dengan "Air Tangan Isteri" | Di zaman ini kebanyakkan isteri mempunyai kerjaya yang memaksa mereka untuk memikul tanggungjawab dan tugasan di pejabat lebih berat.

Tapi, jangan sampai  abaikan 100% aspek memasak untuk suami walaupun tanggungjawab memasak tu bukan kerja isteri 100%.


Macam orang dulu kata, nak jaga laki, jaga perutnya... Cuma cabaran lelaki zaman sekarang ni pelik... dok jaga perut pun kadang dok nampak yang lain juga... Owhh.. itu topik lain... Yang kena buat petua lain...

Tapi, kata orang dulu ada betulnya... yang penting buat je 9 tips ni, ikat suami dengan air tangan isteri.
.
9 Tips Kekalkan Kebahagiaan Rumahtangga Dengan "Air Tangan Isteri"

9 Tips Kekalkan Kebahagiaan Rumahtangga Dengan "Air Tangan Isteri"


1. Belajar memasak

Jangan jadikan alasan tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.

Tak reti masak boleh belajar asalkan jangan malas nak praktikkan nanti hilang skill memasak.

2. Tengok rancangan masakan 

Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus cuba resipi yang dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.

3. Beli buku masakan

Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran. Tapi kena praktikkan.

4. Window shopping barang dapur bersama suami

Pada hujung minggu, boleh ajak suami untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu.

5. Ajak suami masak sama 

Jika anda penat, pujuk suami untuk turut membantu di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan berdua.

6. Gilir-gilir masak

Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang.

7. Jangan biarkan dapur tak berasap

Jangan biarkan dapur langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami.

8. Sediakan bahan asas 

Untuk menjimatkan masa, boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. 


9. Luangkan masa untuk masak

Dalam sehari, sesibuk mana  pun, wajib meluangkan masa menyediakan masakan untuk suami .

Semoga tips-tips ini dapat membantu  untuk terus ‘tambat’ perut suami  dengan air tangan .

Tiada yang lebih bermakna dan indah selain  menerima kata-kata ucapan ‘terima kasih ayang’ daripada suami kelak ketika dia merasa masakan . Ketika itulah  akan merasai satu kepuasan sebenar anda hidup sebagai seorang isteri.

Sumber: Page Rahsia Perkahwinan

ديسمبر 08، 2019

Kata-kata Untuk Suami Isteri | Bila dah jadi suami isteri

Kata-kata hikmah ni, selalu ku ulang bersama, ku tampalkan pada almari pakaian di bilik.. untuk sentiasa ingat-mengingati.. Indah dan bahagianya  hidup jika kita ikhlas memberi dan menyayangi... kerana Ilahi... Inilah renungan bersama... Mari kita renung-renungkan...

Kata hikmah suami isteri u tuk renungan bersama

Buat para SUAMI,
renungkanlah...
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah pula setaqwa Aisyah,
pun tidak setabah Fatimah...

Justeru,
isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkawinan mengajarkan kita kewajiban bersama,
isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya,
saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
seandainya isteri tulang yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya...

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar meniti sabar dan ridha kepada Allah SWT.
Kamu bukanlah Rasulullah SAW,
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,
kamu hanyalah suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Buat para ISTERI,
renungkanlah...
pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahasia,
suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW,
tidak pula setaqwa Ibrahim,
pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa,
apalagi setampan Yusuf.

Justru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajiban bersama.
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
suami adalah nahkoda kapal, kamu pengemudinya,
suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya,
saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgasananya,
seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar obatnya,
seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...

Pernikahan ataupun perkawinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah SWT...
Kamu bukanlah Khadijah,
yang begitu sempurna di dalam menjaga,
pun bukanlah Hajar,
yang begitu setia dalam sengsara,
kamu hanyalah wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.

Kerana itu,
wahai para suami dan isteri,
jangan menuntut terlalu tinggi,
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya...
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,
seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman,
dan,

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Yaa Latief.... wahai Yang Maha Lemah Lembut..
berlemah lembutlah kepada kami....
amin.

Renungan bersama buat para suami isteri.... 

مارس 16، 2019

5 BAHASA CINTA ANDA WAJIB TAHU SUPAYA RUMAHTANGGA LEBIH ROMANTIK

5 BAHASA CINTA ANDA WAJIB TAHU SUPAYA RUMAHTANGGA LEBIH ROMANTIK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 BAHASA CINTA ANDA WAJIB TAHU SUPAYA RUMAHTANGGA LEBIH ROMANTIK


Cara otak manusia Mentafsir kan CINTA berbeza - beza. Ikut kajian, ada 5 Cara otak Manusia mentafsirkan Cinta ❤️:

1. Words of Affirmation : 

Ada orang, dia suka bila pasangan dia #Puji di Cantik, pandai masak, Wangi, Rajin. Bila di Puji otak dia akan tafsir yang dia sedang di Cintai.

2. Physical Touch: 

Ada orang dia suka di #Belai, di #Manja di usap-usap macam kucing Parsi. Bila di sentuh otak dia akan Tafsir yang dia sedang di Cintai.

3. Receiving Gift: 

Ada juga species yang suka bila orang bagi #Hadiah, or #Surprise. Bila dapat cincin Emas or Iphone 7. Otak dia akan tafsir yang di sedang di Cintai.

4. Quality Time: 

Ada pula yang jenis perlukan #Perhatian dan #Masa. Dengar luahan perasaan dia, duduk spend masa ngan dia. Otak dia akan kata kamu sedang di Cintai

5. Acts of Service: 

Last sekali, jenis suka bila orang #Tolong dia buat kerja, tolong masak, tolong kemas rumah, sidai kain dll. Bila orang buat macamtu, otak dia akan kata. Waaa, aku sedang di Cintai.

Masalah nya sekarang, kita tak tahu macamana cara otak #Pasangan kita mentafsirkan Cinta.

Bila tak tahu, apa yang berlaku? Kita cuba sampaikan cinta cara otak kita fikir. Bukan cara otak dia fikir.


Tafsiran cinta itu pelbagai, kita tak boleh paksa pasangan kita faham tafsiran cinta kita... Tapi kita masih boleh saling #giveandtake dalam bab cinta ni...

Kalau MF, Setakat ni, semua tu ada, cuma MF sendiri lebih kepada nombor 2 dan 4 kot... Sama juga dengan suami... Jadi, bila masing-masing faham... senang... dan insha Allah.. lebih romantik...

Jadi, sekarang, kongsikan 5 bahasa ni dengan pasangan dan muhasabah diri, yang mana bahasa cinta kita... INsha Allah ... lepas ni dah faham... akan jadi lebih romatik...

أبريل 18، 2018

9 Rahsia Rumahtangga Bahagia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

9 Rahsia Rumahtangga Bahagia | ORANG yang mendirikan rumah tangga pasti idamkan rumahtangga yang bahagia... Takde orang tak nak bahagia.

Tapi nak capai kebahagiaan tu bukan mudah... Bukan sama macam zaman bercinta. Nak kekalkan kebahagiaan tu lagi susah... Tapi tak lah susah mana kalau dapat amalkan 9 rahsia ni...

9 Rahsia Rumahtangga Bahagia

9 Rahsia Rumahtangga Bahagia


1. Jika ada perselisihan maka hadapi dengan kepala dingin,j ika yang satu marah maka yang lain berusahalah diam.

2. Kalau sedang marah cubalah berusaha mengalah untuk menang. Tak dapat apa pun kalau lawan pasangan kita kan..

3. Tegurlah pasangan kita dengan kasih sayang, seperti memeluk sambil membisikkan kata nasihat.

4. Lupakanlah kesalahan masa lalu pasanganmu.

5. Jangan pernah bersikap dingin atau bosan pada pasangan.

6. Jangan menyimpan amarah sampai matahari terbenam.

7. Seringlah memberikan pujian kepada pasanganmu.

8. Umumnya, dalam pertengkaran,yang paling banyak bicara dialah yang salah.

9. Jika merasa bersalah jangan pernah merasa segan untuk mengakui dan meminta maaf.

9 Rahsia Rumahtangga Bahagia

Tips tambahan :


  • Jaga komunikasi dalam rumahtangga. 
  • Kekalkan panggilan manja walaupun anak dah berderet 
  • Buat bersama tak kira la.. Memasak, membasuh, apa sahaja yang relevan... 


YA ALLAH...
Anugerahkanlah kepada kami suami/isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati dan jadikanlah kami Imam/Makmum yang baik.

Aamiin ya Rabbal'alamiin

فبراير 01، 2018

64 Cara Yang Suami Boleh Buat Untuk Gembirakan Isteri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


64 Cara Yang Suami Boleh Buat Untuk Gembirakan Isteri


64 Cara Yang Suami Boleh Buat Untuk Gembirakan Isteri

Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi..

Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi :

1. Rakan
2. Teman
3. Kekasih
4. Saudara
5. Bapa
6. Induk
7. Tukang masak
8. Juruelektrik
9. Tukang paip
10. Mekanik
11. Seorang tukang kayu
12. Penghias
13. Stylist
14. Sexologist
15. Pakar sakit puan
16. Ahli psikologi
17. Pembasmi perosak
18. Psikiatri
19. Penyembuh
20. Pendengar yang baik
21. Penganjur
22. Bapa yang baik
23. Sangat bersih
24. Bersimpati
25. Olahraga
26. Pemanas
27. Pemberi perhatian
28. Gagah
29. Pintar
30. Lucu
31. Kreatif
32. Penggoda
33. Kuat
34. Pemahaman tinggi
35. Toleransi tinggi
36. Berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. Mampu
39. Berani
40. Pembuat keputusan
41. Berkata benar
42. Boleh dipercayai
43. Bersemangat

TANPA lupa untuk:

44. Kerap memberi pujian
45. Pergi membeli-belah dengannya
46. Jujur
47. Menjadi sangat kaya
48. Tidak terlalu menekan
49. Tidak melihat perempuan lain

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:

50. Memberikan banyak perhatian kpdnya
51. Memberikan banyak masa kpdnya terutama masa untuk dirinya sendiri
52. Memberi beliau banyak ruang
53. Tidak pernah imbang tentang di mana dia pergi.

Namun yang paling penting.

INI SANGAT PENTING

54. Tidak pernah lupa hari lahirnya
55. Tidak pernah lupa hari ulang tahun perkahwinan
56. Mesti alim dan
57. Tolong buang sampah dan
58. Cuci keretanya
59. Bayar cukai jalan dan
60. Bawa melancong dan
61. Jangan LEBIH tidur dan
62. Makan habis2 masakan dia dan
63. Bila nak tidur cakap i luv u dan
64. Berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita dan beberapa lagi..

Dan oh ya anda juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa tertentu untuk menyelamatkan beliau…

Kepada suami yang sudah bekerja kuat jangan lupa bawa isteri pergi umrah sebagai menghargai kesetiaannya.

Jika anda rasa tak mampu nak jadi semua, jangan tinggal semua.. Tapi kalau anda mampu buat semua, pasti isteri anda adalah orang yang paling bahagia... Senyum sampai ke telinga punya.

Bagi yang belum kahwin mungkin kata susahnya..  Tak Susah mana jika anda betul-betul bersedia nak jadi suami. 

نوفمبر 20، 2017

11 Tips Pikat Suami

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

11 Tips Pikat Suami | Suami jika isteri yang memikat memang melekat.. Tak kira baru atau lama dah kahwin... Jadi, Jom kita praktikkan ilmu pikat suami ni.  

11 Tips Pikat Suami


1. Bangun awal pagi 

Bangun awal pagi daripada suami dan siapkan makan paginya walau sekadar nasi goreng dan kopi. Sibuk macam mana pun anda di hujung minggu, selitkan waktu untuk menyiapkan minum dan sarapan pagi suami.

2. Sediakan makan malam romantik

Sediakan makan malam yang romantik di rumah. Bukan selalu, sesekali bolehlah anda cuba candle light dinner berdua. Nak lebih erat, ajak pasangan masuk dapur bersama, tolong mana yang boleh.

3. Jaga penampilan dan gaya

Penampilan juga perlu dijaga, bersolek dan wangi untuk suami terus dapat pahal, bukan? Jadi jangan cantik molek hanya apabila nak keluar berjalan atau ke pejabat sebab cantik suami lagi bagus. Bonusnya, suami anda pasti senang hati dan sedap suka tengok anda ada di depan matanya. Tidak perlu solek berlebihan, yang penting bersih dan tidak selekeh.

4. Layan movie bersama

Sesekali boleh ajak suami untuk membeli DVD filem yang dia suka. Tidaklah si dia bosan apabila ada aktiviti bersama di rumah.

5. Bercanda dan bergurau senda 

Curi peluang untuk main air ketika cuci kereta bersama pasangan, ada anak-anak join lagi meriah!

6. Sokong hobi dia

Jika suami ada hobi yang unik, anda perlu tunjuk minat. Belajar dan sekurang-kurangnya ambil tahu tentang apa yang si dia minat. Lagi bagus jika anda perlahan-lahan turut sama minat hobinya. Senang pasangan nak kongsi cerita.

7. Riadah bersama

Penuhi hujung minggu dengan aktiviti yang sihat, mungkin boleh ajak pasangan bersenam. Tidaklah pasangan anda rasa bosan dan pastinya kesihatan dia juga lebih terjaga. Bagi lelaki yang minat sukan, ini rahsianya. Tidaklah anda ditinggalkan di rumah bersama anak-anak saja semata lelaki mahu keluarkan peluh.

8. Berkongsi Idea Deko Rumah

Ubah perabot juga boleh jadi sesuatu yang menarik. Cuba kongsi idea bagaimana untuk hias rumah atau cipta kelainan suasana dalam rumah. Kalau si dia jenis tidak suka bab ini, anda boleh minta tolong. Alang-alang si dia sudah sentuh, mestilah pasangan anda terus join sekali.

9. Buat makan-makan

Sesekali jemput jiran atau saudara mara makan bersama di rumah dengan suami. Ini boleh eratkan hubungan anda dengan suami dan jiran tetangga. Keluarga dan mentua pun mesti senang hati tengok anak menantu berkumpul bersama, meriah!

10. Dengar lagu bersama

Pasang lagu dan muzik yang dia minat, ini boleh cuit kenangan bercinta zaman masih muda.

11. Layan anak bersama 

Sediakan mainan untuk anak-anak main bersama suami anda, lagi elok mainan seperti puzzle yang memerlukan pertolongan ibu bapa atau bermain bola di luar rumah bersama keluarga. Lari-lari anak kejar bola pun boleh cipta suasana harmoni.

Bukan susah... Yang penting kerjasama... Apa yang penting kerjasama... Hidup bahagia bila semuanya buat bersama... Kerana rumahtangga itu saling melengkapi antara satu sama lain. Rumahtangga jadi tak seronok bila segalanya digalas oleh sebelah pihak dan berkira dalam urusan rumah tangga... 

Sumber : Google image 

Jangan terlalu terpedaya dengan iklan produk suami. Kerana perkahwinan bukan hanya untuk di atas katil... Tak guna badan meletup bergetah, tapi bau badan tak jaga, rumahtangga tak terurus... Dan tak memahami si dia... Kerana berkahwin itu saling melengkapi bukan untuk penuhi nafsu semata-mata. 

نوفمبر 19، 2017

7 Cara Semarakkan Cinta Suami Isteri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



7  Cara Semarakkan Cinta Suami Isteri | Cinta suami isteri anugerah Allah, Allah akan pelihara rumahtangga kita selagi kita ingat Allah... Tapi bagi yang dah kahwin lama, rasa cinta tu turun naik... Kena usaha untuk maintainkan rasa cinta tu... supaya tak kurang tapi bertambah...


7  Cara Semarakkan Cinta Suami Isteri


1. KONGSI HOBI PASANGAN

Hobi suami ialah make up kereta... Hobi MF ialah berblog... Jadi, kami saling bertukar hobi... Kadang suami bagi pendapat dalam dia nak modified dan make up kereta. Dan kadangkala suami MF pula bagi idea untuk update entry dalam berblog.

2. CUBA HOBI BARU

Kadang kami cipta hobi baru.. Pernah kami cuba bela arnab... MF cari info pasal arnab dan suami jaga arnab berdasarkan info yang MF cari... Dan hobi kami suka layan movie bersama... bila ada masa je... anak-anak dah tidur kami layan movie yang romantik bersama...

3. RANCANG PERCUTIAN BERSAMA

Walaupun anak dah berderet, tak terkecuali sesekali kena juga bercuti... Tak sesekali kami tinggalkan anak semata-mata nak bercuti...

4. TULIS NOTA

Ini pernah kami buat... Kadang selitkan nota di tuala mandi, di dalam dompet dan tempat yang dia selalu tengok tak sangka akan dapat nota tu... Mesti akan berlaku satu keajaiban kalau kita buat macam tu... Ianya tak kisah la suami kita romantik ke tak... Tapi cubalah...

5. WUJUDKAN HARI TANPA TELEFON

Ini memang dikurangkan bila berada di rumah... Jarang tengok HP, kalau tengok pun sama-sama tengok .. untuk bisnes atau beli belah online sama-sama.

6. MEMBACA UNTUK PASANGAN ANDA

Ini MF yang biasa buat... Bacakan info untuk suami... kalau MF jumpa info menarik, terus aje share link kat dia..

7. CUBA RESIPI BARU DI RESTORAN

Ini hobi kami... Suka JJCM, pantang ada resepi baru... atau tempat makan menarik... kami akan cuba sama-sama...

Bercinta tu wajib dipupuk setiap hari... Niatkan kerana Allah... berdoa moga Allah pelihara cinta kita... Bercinta kerana Allah, selalu solat berjemaah dan tengok rancangan keagamaan dan ceramah berkaitan suami isteri bersama untuk tambah ilmu dalam rumahtangga... Insha Allah... selagi kita ingat Allah dalam rumah tangga kita... Allah akan pelihara rumahtangga kita... ada keberkatannya... Suami wajib jaga solat... jadi pemimpin dalam rumahtangga... jaga aurat ... mohon keberkatan dalam rumahtangga dan rezeki, jaga nafkah isteri dan saling bekerjasama... Insha Allah... Allah akan pelihara juga rumahtangga kita... 

مايو 25، 2017

Pahala Buat Suami Yang Suap Makanan Ke Mulut Isteri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pahala Buat Suami Yang Suap Makanan Ke Mulut Isteri | Bila Kali terakhir suami suap isterinya makan??? Adakah waktu makan beradap masa hari persandingan? Jika begitu.. rugilah sang suami... Kerana tak merebut pahala yang banyak bagi suami yang suap isterinya makan... 

Renungkan hadis ini... 

عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ

Dari Sa'd bin Abu Waqash RA bahwasanya dia mengkhabarkan, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya, tidaklah kamu menafkahkan suatu dengan  mengharap reda Allah kecuali kamu akan diberi pahala termasuk sesuatu yang kamu suapkan ke mulut isterimu".(HR Bukhari No: 54) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap pemberian suami ke atas isterinya dengan mengharap reda Allah akan tetap mendapat ganjaran pahala.

2.  Pemberian suami ke atas isteri seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal adalah suatu kewajipan. Setiap yang diberi kepada isteri termasuk menyuapkan makanan ke mulut isteri akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Sabda Rasulullah SAW:

ولهنَّ عليكم رزقُهن وكسوتُهنَّ بالمعروفِ

“wajib bagi kalian (para suami) memberikan rezeki (makanan) dan pakaian dengan baik kepada mereka (para isteri)” (HR. Muslim No:1218)

Juga hadis yang diriwayatkan dari Muawiyah Al-Qusyairi:

قلت: يا رسول الله! ما حقُّ زوجة أحدِنا عليه؟ قال: أن تُطعِمَها إِذا طَعِمْت، وتَكْسُوَها إِذا اكتسيت، ولا تضربَ الوجه، ولا تُقَبِّحَ، ولا تهجرَ إِلا في البيت

Aku berkata: Wahai Rasulullah, apa yang berupa  hak isteri yang wajib kami tunaikan?’. Baginda bersabda: ‘engkau beri ia makan jika engkau makan, engkau beri ia pakaian jika engkau berpakaian, dan jangan engkau memukul wajahnya, jangan mencelanya, dan jangan memboikotnya kecuali di rumah” (HR. Abu Daud No: 2142) Status: Hasan.

3.  Para suami wajib menunaikan hak isteri yang menjadi tanggungjawabnya seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya.



Maksud hadis ini ialah memberi nafkah zahir iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal... 

Tapi kalau suami selalu melazimi menyuap makanan ke mulut isteri lagi bertambah pahala... 

Jadi, banyak pahala suami suap isteri makan... Memang terang-terangan bagi nafkah makan tu namanya.. jangan jadikan suap isteri pada hari makan beradab itu yang terakhir... Jadikanlah amalan dalam kehidupan berumahtangga agar hubungan suami isteri kekal bahagia hingga ke syurga... 

ديسمبر 23، 2016

20 TANDA ISTERI SAYANG SUAMI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Biasa tengok suami sayang isteri je kan.. Meh kita tengok pula.. tanda isteri yang sayang suami dia macam mana..



1.  Jaga aurat dan maruah
Satu-satunya paling utama kalau isteri tu sayang suami dia... dia akan usaha untuk pelihara auratnya dari tontonan lelaki lain... Dia tak nak kongsikan body dia dengan mata lelaki lain... hanya suami dia sahaja layak tatap kecantikan body dia. Isteri berusaha menghias diri supaya 
kelihatan sopan dan cantik di mata suami dia... Sepatutnya baju kita di hadapan suami lebih mahal dari baju kita g jenjalan atau majlis kenduri kahwin.

2. Isteri tidak mengungkit atau memburukkan kekurangan suami di hadapan suami atau orang lain.
Ni ada isteri zaman lo ni... suami salah beli barang dapur pun post kat Facebook... tak ke itu mengaibkan suami sendiri???

3.   Isteri tidak merungut sekiranya tidak dapat apa yang dihajati.
Nak beli pape, tag nama suami kat Facebook... hmm... suami tak mampu beli mula dicanang sana sini... Nauzubillah.

4. Isteri marah dan berleter sekiranya suami tidak memberitahu atau merahsiakan perkara buruk yang terjadi terhadap suaminya. Marah la kan... risau kan apa-apa jadi... tapi marah-marah sayang..

5. Isteri bersabar dengan karenah suami

6. Isteri berusaha menjalankan kewajipannya dengan baik

7. Isteri tidak membantah teguran suami yang tidak melanggar syariat. 
Suami suruh kurangkan selfie... kurangkan aktiviti bersosial, wajib ikut... 

8.   Isteri sering mengajak suami ke arah kebaikan
Sentiasa musyawarah dan tegur suami jika suami buat salah dengan penuh hikmah, lemah lembut dan kasih sayang.

9.  Isteri sering memasak makan kesukaan suami.
Yang ni takde masalah la kan... sebab tu kebanyakan suami ni asyik tukar saiz seluar tiap-tiap tahun.. hehe

10. Isteri sering membuat kejutan kepada suami melalui hadiah dan perkara dan peristiwa yang istimewa pada suami
Belilah hadiah online dan suprisekan suami sesekali kan.. mesti dia suka dan bertambah sayangkan isteri dia. 

11. Isteri berusaha melayani suami dengan baik di ranjang walau dalam keadaan agak penat
Yang ni pepaham la kan... sebab tu wanita kena sentiasa bertenaga dan sihat luar dalam... bukan senang nak layan suami... 

12. Isteri tidak mengungkit hal-hal tanggungjawab suami yang tidak mampu suami lakukan.
Kalau dah suami tak reti menukang... tak payah nak ungkit.. suami kita tak reti jaga anak.. tak payah canang kat Facebook... ajarlah dia..insha Allah lama-lama boleh punya.

13. Isteri berusaha menjaga anak-anak dengan baik
Jaga makan pakai dan kebajikan anak dengan baik..

14. Isteri melayani keluarga suaminya dengan baik
Layan mak mentua dan adik beradik suami macam keluarga sendiri

15.  Isteri sering membantu suami menguruskan rumah tangga yang merupakan tanggungjawab suami
Kalau ikutkan tanggungjawab isteri hanya layan suami... dan segala urusan rumahtangga tu tanggungjawab suami... tapi takde salahnya isteri tolong suami buat tanggungjawab dia cuma jangan ambil alih terus tanggungjawab tu... sesekali suami kena buat... contohnya basuh kain, sidai kain, basuh pinggan dan sebagainya.. 

16. Isteri sering mengucapkan atau melafazkan isi hatinya kepada suami seperti ‘I love u’ , ‘honey sayang ayg’, syg sayangkan abg’ kepada suaminya. 
Romantik dalam ucapan.. tak payah hari-hari... sesekali barulah best... kalau hari-hari nanti jemu plak dengar dan mungkin tak ikhlas kan.. 

17. Isteri manja dan buat perangai keanak-anakan, mudah merajuk dengan suami dan cepat tersentuh sekiranya suami berkasar dengannya tetapi cepat baik apabila dipujuk.

18. Isteri cemburu apabila suami mempunyai hubungan lain dengan perempuan bukan mahram secara akrab
Cemburu biar berpada... kawal cemburu dengan iman dan akal bukan nafsu... 

19. Isteri tidak sanggup berjauhan dengan suaminya walau sehari.
Cukuplah sekali PJJ masa baru-baru kahwin dulu... huhu... 

20.Isteri susah hati dan menjaga suaminya sepenuh hati ketika sakit.
Siapa yang tak susah hati kan... pengalaman pahit MF ni ialah ketika suami hilang ingatan sekejap sebab jatuh masa main bola takraw... huhu... tak tau nak cerita macam mana.. mujur ada anak penguat masa tu.. Alhamdulillah.. Allah pelihara lagi suami MF... mujur orang pertama dia ingat semula ialah isteri dia... 

Tengok list ni.. betui ka wahai isteri hangpa sayang laki hangpa??? suami pun checklist tengok ni... ada tak bini-bini hangpa sayang hangpa... kalau kurang salah satu, maka kena dan wajib perbaiki... barulah capai rukun dalam rumahtangga.. 

أكتوبر 05، 2016

WW | KETEPIKAN KEKURANGAN, CARILAH KELEBIHAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ada suami tak pandai uruskan rumahtangga; tapi pandai berjenaka memeriahkan suasana.
Ada suami yang jarang hadiahkan isterinya bunga, tapi selalu membelanjakan anak dan isteri dengan makanan istimewa.
Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata, tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sana dan sini.

Jadi,
ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihannya... pasti akan rasa bertuah beroleh suami!

مايو 29، 2016

Posisi Tidur Suami Isteri Yang Bersesuaian Mengikut Sunnah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Seperti yang kita tahu, posisi tidur terbaik yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ialah tidur dengan berwuduk dan baring sebelah kanan. 

Sebagaimana disebut dalam hadis sahih Riwayat Bukhari dan Muslim:

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَأْ وُضُوءَكَ للصَلاةِ، ثُمَّ اضْطَّجِعْ على شِقِّكَ الأَيْمَنِ

“Jika engkau hendak menuju pembaringanmu, maka berwudhulah seperti engkau berwudhu untuk solat, kemudian berbaringlahlah di rusukmu sebelah kanan…” (HR. Al Bukhari dan Muslim)


Jadi, jika para isteri nak amalkan sunnah ini dan dalam masa yang sama nak eratkan hubungan suami isteri ialah berpelukan semasa tidur... dan dalam masa yang sama amalkan sunnah..

-Gambar Hiasan-
Sumber: google images

Jadi, posisi tidur suami isteri yang bersesuaian dengan kedua-dua sunnah tersebut ialah:

“Suami isteri tetap miring ke kanan. Isteri ada di depan, suami ada di belakang sambil memeluk isterinya. Jadi keduanya dapat sunnah posisi tidur miring ke kanan"

Hal ini memang tak de jumpa dalam hadis pun.. yang dalam hadis ialah tidur miring ke kanan. cuma yang nak diterangkan posisi tidur suami isteri yang bersesuaian dengan sunnah... faham ye.. "Yang sesuai dengan sunnah" bukan "mengikut sunnah". 

Yang ikut sunnah ialah miring ke kanan... Jadi, kalau suami isteri nak dapat sunnah tidur tu.. sama-sama lah miring ke kanan, dan peluk isteri juga satu sunnah... Jadi, ianya bersesuaian kan dengan sunnah.. jadi, dua pahala sunnah kita dapat iaitu sunnah tidur miring ke kanan dan sunnah bermesraan/berpelukan antara suami/isteri.

مايو 01، 2016

[TIPS] 10 Cara Mendapatkan Cinta Sejati!

[TIPS] 10 Cara Mendapatkan Cinta Sejati!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cinta itu fitrah manusia.. tanpa rasa cinta hidup manusia suram dan tidak ceria... Cinta, perlu disalurkan kepada fitrah. Untuk mendapat cinta sejati, perlu ada rasa cinta utama iaitu cinta sejati kepada Pencipta Cinta. 
Sumber: google images

Tips untuk memperoleh cinta sejati iaitu cinta Allah:

1. Membaca al-Quran, merenungi dan memahami maknanya. Bukan sekadar membaca tanpa tahu makna dan mendalami maksudnya serta hayati pengajarannya. Mengamalkan perintah yang terdapat di dalam al-Quran. 

2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah yang sunnah, setelah mengerjakan ibadah yang wajib. Perbanyakkan amalan sunat setelah istiqamah dan kukuh melakukan segala amalan wajib.

3. Terus-menerus mengingati Allah dalam setiap keadaan, baik dengan hati, lisan atau amalan tubuh badan. Sentiasa mengingati Allah, setiap masa,susah atau senang tanpa kira masa dan keadaaan. Bukan ingat Allah bila rasa susah je, bila senang lupa Allah. Ucap Alhamdulillah waktu dapat nikmat je, tapi lupa untuk ucap Astghfirullah bila dapat musibah.

4. Lebih mendahulukan kecintaan kepada Allah daripada kecintaan kepada dirinya sendiri ketika dia dikuasai hawa nafsunya. Didik diri mencintai Allah lebih dari cintakan diri dan dunia. Contoh, jika kita nakkan sesuatu, renungkan dan fikir guna akal yang Allah bagi tu, "hati aku nak, tapi adakah Allah suka dengan apa yang aku nak ni?"

5. Merenungi, memerhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah. Selalukan diri untuk melihat dan merenung ciptaan Allah... Bagi orang yang suka travel, inilah peluang untuk meraih cinta Allah.. bukan sekadar travel untuk rasa kepuasan, seronok, bagi tau orang je. 

6. Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin. Syukur dengan apa yang Allah beri kepada kita. Setiap hari ada nikmat Allah bagi.. Paling utama waktu pagi, kita bangun, Allah masih hidupkan dengan nikmat Islam dan nikmat iman... 

7. Menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya.

8. Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir untuk beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca al-Quran. Ambil peluang untuk "dating" dengan Allah... Saat Allah turun ke langit dunia... inilah peluangnya untuk "dating"dengan Dia.

9. Duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah dan orang-orang yang benar, mengambil hikmah daripada mereka dan tidak pula mengeluarkan kata-kata kecuali yang akan menambah kemanfaatkan baginya dan juga bagi orang lain.

Orang sebegini kita tak boleh lepaskan: BACA SINI!!!

10. Menjauhi segala sebab yang dapat menjadi penghalang di antara dirinya dan Allah Ta’ala. Elakkan perbuatan maksiat dan perkara yang boleh menyebabkan kita lupa kepada Allah.

-Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah-

أبريل 12، 2016

Doa Agar Suami Isteri Saling Mengasihi

Doa Agar Suami Isteri Saling Mengasihi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Keyword doa supaya suami tak pandang wanita lain selalu je singgah kat blog ni... Takut sangat tu nampaknya.. Apa kata, kita ubah pula doa kita... supaya hati suami isteri saling bertaut kasih sayangnya hingga ke syurga... Bila hati dan bertaut, insya Allah juga tak kan berpaling kepada yang lain.. 

Jom amalkan doa ini..

اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: 
“Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam.

Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”.

Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

Sekadar renungan:

"Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu..."

Sumber: Dipetik daripada Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru.
Sumber: Facebook

مارس 03، 2016

20 SOALAN MENDUGA PERKAHWINAN UNTUK BAKAL PENGANTIN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak".

Sediakan pen dan kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawap "Ya" tanda ( / ), kalau "Tidak" tanda ( x ).

Soalan-soalannya...

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama? Maknanya, komunikasi, jika anda sahaja yang banyak bercakap dan si dia banyak diam, maknanya komunikasi bermasalah.

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat-menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing? Walaupun sama jenis pekerjaannya, jangan ingat boleh serasi...

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya? Matang dari segi pemikiran, percakapan dan tingkah laku.

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?  Siasat si dia melalui rakan sekerja, kawan rapat serta adik beradiknya...

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan? Ini tak menjamin kebahagiaan, kerana ada yang lama kenal, bercinta bagai nak rak tapi masih tak kenal satu sama lain.

(7) Selama perkenalan anda dengannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua? Jika pernah, cari punca dan belajar dari kesilapan.

(8) Adakah si dia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya? Inilah ciri utama dalam mencari pasangan.

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak? Restu keluarga sangat penting.

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers? 

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya? Pasangan yang jaga silaturrahim dengan ahli keluarganya, insha Allah baik juga akhlaknya dan akan menjaga keluarganya.

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus? 

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan? 

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti? 

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda? 

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya"  itu  tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.


Soalan-soalan ni seingat MF pernah ambil dari internet dan MF simpan sebagai koleksi bacaan MF sebelum berumahtangga... MF jawab soalan selidik ni sendiri untuk buat pilihan dalam mencari Jodoh. Jadi, ini soalan panduan untuk anda yang bakal kahwin... Moga dapat buat pilihan yang tepat dalam mencari pasangan hidup. 

Apa pun, ini hanya asas... selebihnya, kerukunan rumahtangga perlu diusahakan untuk mencari cinta dan kebahagiaan berteraskan redha Ilahi. 

يناير 31، 2016

Seri Seorang Isteri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Inilah isteri yang cintakan Allah
yang rela bersabar hadapi kesusahan
yang minta ditegur jika ia bersalah
yang mampu tersenyum bila saja bertemu
yang masih malu menghias seri diri

Tak mengapa seorang isteri itu
Hanya mempunyai wajah yang sederhana
Asalkan akhlak dan juga budi
Jadi perhiasan dalam hidup

Kalau kita nak tahu isteri yang sejati
Bila dan berusia pun masih disayangi
Oleh anak dan juga suami

Biasanya isteri yang solehah itu
Ia terkendali
Ada kawalannya di hati
Ada tarikan semulajadi
Teguran berhias
Keras tidak terasa
Bukti keikhlasannya

Nyanyian: Saff One


Terharu bila sidia kirimkan lagu ini.... Hmmm...
Alhamdulillah sahaja yang mampu ku ucapkan dan zahirkan kepada Ilahi...

يناير 30، 2016

Cara Gemukkan Hati Pasangan!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Istilah baru nih...
Gemukkan hati... Hehe...

Tapi tak mustahil...
Maksudnya, gembirakan pasangan la... Tu maknanya gemukkan hati..

Macam mana caranya...
Ok.. Ini caranya...

Caranya, BERTOLAK ANSUR 
Give and take... 

Terima kasih dan minta maaf amalkan selalu... Dua perkataan keramat ni kalau selalu sebut tanpa dipinta pun boleh gemukkan hati juga tau... 

يناير 27، 2016

PERFUME NIH MAMPU BERI KETENANGAN PADA ISTERI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Yang tak kahwin, tunggu hangpa kahwin nanti hangpa tau la sendiri... 

Tempat paling tenang bagi si anak adalah ketiak mak, tapi bagi seorang isteri adalah ketiak suami... 

No komen, tapi hanya suami isteri sahaja yang tau... Hehe

يناير 18، 2016

Doa Pengasih Untuk Mengerat Kasih Suami Isteri!

DOA PENGASIH UTK KEKASIH
=========================

Perkongsian hari ini adalah tentang cinta suami. 
Mahukah anda mejadi isteri yang sentiasa dikasihi? 
Tentu mahukan? Sapa lah.... yang tidak ingin cinta dari suami. 
Tahukah anda bahawa cinta antara suami isteri adalah tunjang utama sebuah keluarga. 

Doa ini adalah yang terbaik, selain dapat cinta suami, pahala baca Quran pun dapat!! 

Caranya;
1. Al-Fatihah
2. Al-Insyirah
3. Hembus ke ruang tengah kening sambil usap perlahan.
4. Pastikan ketika itu, suami sudah tutup mata dan tidur lena
5. Niatkan - Ya Allah, lebarkanlah cinta suamiku padaku.

ok! Selamat mencuba.. ! 
Amalkan selama seminggu.. dan lihatlah hasilnya!


Sumber: Ustazah Cinta


Suami juga boleh amalkan kepada Isteri...

AMARAN!!!!
Hanya untuk yang telah sah bernikah dan suami isteri yang halal sahaja!!! Yang tengok mabuk cinta, bertunang dilarang sama sekali... Sebab tak boleh tidur sekali pun lagi kan... Jangan dan jangan haram ye...

Kalau belum kahwin camne nak pula kan.. Ok... Sila amalkan istikharah cinta ye... Dan kedua... Teguhkan cinta kepada Ilahi...insya Allah... Cinta sejati anda akan hadir nanti..


يناير 13، 2016

WW | Cinta Doraemon!

Rasa cute sangat kata cinta nih... Sebab MF suka kartun Doraemon...

Zaman kanak-kanak layan dengan adik, sekarang ni layan dengan anak-anak... Suami pun join sekali... Bahkan kami ada koleksi filem pendek dan filem panjang citer Doraemon... Cuma tak fanatik nak kumpul barangan dia je... Hehe..

Jadikanlah cinta kita seperti cinta Doraemon...