Maria Firdz - Lifestyle Blogger: Hal Si Comel
Memaparkan catatan dengan label Hal Si Comel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hal Si Comel. Papar semua catatan

Disember 26, 2019

Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater) | Lain anak, lain dugaan. Salah satu dugaannya ialah payah nak makan nasi.

Masa kecik seronok suap apa pun makan... Tapi, ingatkan sampai ke besar macam tu... Tidak... Bila dah pandai merasa itu ini, dah reti memilih makanan.

MF diduga dengan anak bongsu yang alah susu lembu tambah dengan susah nak makan serta memilih makanan, buatkan... arghhh... stress nak fikirkan susu dia...

Beberapa kali tukar susu, tak tau dah nak fikir susu apa yang ok...

Pertama kali, lepas susu badan kurang, dia minum susu Anmum...

Sampai satu masa dah tak boleh minum... Bila minum, naik gatal satu badan.. bengkak habis kaki tangan... Doktor injek dengan ubat alergik... reda...

AKhirnya, tukar ke susu kambing...

Itu kisah Mu'allim, anak bongsu...

Si kakak dia sama juga, dari umur 7 bulan alergik susu lembu... dapat ibu susuan, bila lepas setahun, cuba susu Anmum, alhamdulillah... dah boleh minum...

Sampai usia 2 tahun, alergik lagi... tukar susu soya semula, sebab tak boleh minum susu kambing... Nanti cirit birit...

Bila dah tukar susu, rentak makan berubah... jadi, tak selera nak makan... asyik nak susu je... hadoii.. pening...



Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater)

Akhirnya, MF mencuba susu Pediasure... Antara  Susu paling mahal kat Malaysia ni. Tapi nak buat camne.. reda je la.. rezeki anak-anak.

Pediasure Complete

Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater)

Setelah sebulan mencuba susu Pediasure, alhamdulillah... berat naik dan selera makan ada dah... Dah nak makan nasi, dan imunisasi badan tu nampak meningkat la sikit.. Kalau tak dalam seminggu dua, mesti ada demam.. letih oo...

Alhamdulillah, kita usaha dan Allah yang punya kuasa, mengizinkan dan berkehendak ke atas usaha kita tu.

Memang mahal susu Pediasure ni... setin pun hampir ratusan ringgit... Tapi MF redha je... yakin dengan rezeki Allah.. takpe lah kita ikat perut, janji anak membesar dengan sihat dan kuat.

Jadi, Pediasure memang susu yang lengkap dengan nutrisi dan vitamin untuk keperluan anak-anak.

S26 Gold (Picky Eater)

Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater)

Susu ni boleh cari kat pasaran, ada tulis lagi untuk Picky Eater. 

Harga murah sikit dari Pediasure. Boleh cuba... Tapi bagi yang tak alah susu lembu la ye... 


Farm Fresh (lactose free)

Susu Formula Untuk Anak Yang Susah Nak Makan (Picky Eater)

Susu ni susah nak dapat kat pasaran. MF puas juga mencari... Tapi tak jumpa la... yang ada Farm Fresh biasa je... 

Tapi susu fresh ni bagus untuk anak-anak sebab kandungan gula yang minimum. 


Ini yang MF kongsikan berdasarkan pengalaman MF sendiri...

Walaupun susu ni diorang minum, insha Allah boleh bantu tambah selera makan anak-anak. Takde lah bergantung kat susu je...

Anak MF ni tahap, buatlah apa jenis makanan menarik pun, tak kan dia nak makan... Kadang sampai putus asa nak masak... Jadi, apa pilihan MF ada melainkan susu sebagai bantuan untuk keperluan nutrisi harian diorang. Dah itu yang diorang minum kan... 

Apa pun pun MF tak paksa untuk orang beli susu ni... Cuma kalau ada masalah anak susah nak makan boleh cuba yang mana-mana sesuai untuk anak-anak. 

Memang kos tinggi, tapi nak buat camne, rezeki anak.. insha Allah akan ada rezeki untuk mereka selagi kita syukur dan reda beserta usaha kita... 

November 29, 2019

9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil

9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil | Musim cuti sekolah, pasti ramai yang merancang untuk pergi bercuti kan... bagi yang ada anak-anak dan anak kecik, mesti banyak benda nak fikirkan..

Ada beberapa panduan dan tips yang membantu ibu bapa untuk menjadikan percutian itu satu yang menyeronokkan. 

9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil

9 Tips Melancong Dengan Anak Kecil

Perkara yang perlu difikirkan:

1. Pilih Destinasi Yang Sesuai

Pilih destinasi yang sesuai dengan usia anak. Sebagai contoh, jika anak masih kecil, jangan pilih lokasi percutian yang berpotensi untuk menyusahkan seperti percutian di dalam hutan. Seeloknya pilihlah lokasi yang tepat, misalnya yang ada kedai serbaneka bagi memudahkan kita mencari barangan keperluan bayi sekiranya diperlukan.


Macam MF ada anak kecil dari usia 8 tahun hingga 2 tahun, jadi memang cerewet sikit nak cari yang sesuai. 


2 Jarak lokasi pilihan

Jangan pilih lokasi percutian yang terlalu jauh kalau ada anak kecik ni, sebab diorang ni mudah rasa bosan dok dalam kereta lelama.

Tapi bagi MF, lokasi percutian kami ialah balik kampung. Jarak antara Kedah dan Johor, makan masa 12 jam perjalanan... Jadi, nak tak nak kena hadap. Cuti sekarang ni, kami akan transit dulu di KL, Selangor atau Negeri Sembilan semalaman, sebelum sambung perjalanan esoknya.

Owhh.. jangan risau, hotel bajet banyak dah sekarang ni... Tak perlu habiskan banyak duit untuk bermalam di hotel sekarang ni. 


3. Kemudahan yang disediakan

Ketika memilih destinasi percutian, pastikan tempat tersebut ada menyediakan kemudahan yang ingin digunakan untuk keselesaan anak seperti cerek elektrik atau ‘jug kettle’, bilik air yang dilengkapi dengan alat pemanas air dan katil bayi (jika perlu).

Memang penting kemudahan ni... Jadi, kalau nak tempah hotel tu, hatta hotel bajet sekalipun, pastikan ada keperluan asas tu.


4. Pengangkutan yang akan digunakan

Kalau anak sorang dua yang dah boleh berjalan, menaiki kenderaan awam sangat menyeronokkan dan kurang penat berbanding drive sendiri.

Tapi kalau anak ramai, memang naik kereta lebih sesuai lah.

5. Pakaian

Pastikan pakaian yang dibawa sesuai untuk dipakai di lokasi percutian. Misalnya, jika anda ingin membawa anak ke kawasan peranginan yang beriklim sejuk, mestilah membawa pakaian yang tebal dan jangan lupa pakaian tebalnya. Kuantiti pakaian yang dibawa juga mestilah mencukupi.

Kalau ada anak kecil, sebaiknya asingkan beg pakaian dia dengan pakaian kita. Anak kecil perlukan pakaian yang lebih dari anak yang dah besar. 


6. Barangan keperluan

Sebelum bercuti, buat senarai semak barangan keperluan yang diperlukan seisi keluarga ketika bercuti. Hal ini bagi mengelakkan ada daripada tertinggal barang-barang yang penting untuk anak.

Ni memang penting, barang anak dulu yang diutamakan berbanding barang sendiri. Dah siap barang anak, baru setup barang peribadi pula.

7. Ubat-ubatan

Jika anak ada penyakit, pastikan tidak lupa membawa ubat-ubatan yang perlu diambilnya. Dan pastikan juga kuantiti ubat tersebut mencukupi sepanjang tempoh percutian tersebut.

Kalau MF, memang satu beg khas untuk letak segala ubat-ubatan saja. Kiranya macam first aid la... semua ada dalam tu. Termasuk ubat untuk diri kita sendiri. Senang, sebagai rawatan awal jika sakit.


8. Makanan dan minuman

Jangan galakkan anak makan makanan atau minuman yang dijual di tepi-tepi jalan. Pastikan makanan dan minuman benar-benar bersih sebelum diberi pada anak. Jika ada peluang dan kesempatan, lebih elok kalau sediakan sendiri makanan untuk anak.

MF memang bawa bekal biasanya bila travel. Bawa dari rumah. Kalau nak beli pun di restoran yang bersih atau makanan yang dibungkus dengan baik.

9. Keselamatan anak


Setiap aktiviti yang ingin  dilakukan mestilah yang sesuai untuk anak kecil. Hal ini penting bagi mengelakkan terjadinya kemalangan. Selain itu, bagi anak-anak yang sudah agak besar, beri dia beg galas untuk dimasukkan barangan kegemarannya. Di dalam beg itu juga letakkan bersama nombor telefon ibu dan ayah supaya dapat dihubungi segera jika dia tersesat.

Tapi MF tak pernah biarkan anak jalan sendiri tanpa pengawasan dari kami. Bahayakan zaman sekarang ni.

Info tambahan: 

  • Bawa bersama mainan kegemaran anak dan buku cerita untuk menghilangkan rasa bosannya di sepanjang perjalanan kelak.
  • Pastikan anda sentiasa membawa bekalan ‘tisu basah’ di dalam beg untuk menjaga kebersihan anak sepanjang masa.
  • Pastikan makanan yang diberikan kepada anak ketika bercuti sentiasa bersih bagi mengelakkan keracunan makanan yang akhirnya akan merosakkan percutian anda seisi keluarga.
  • Jangan membawa terlalu banyak barang kerana semua ini akan menyusahkan anda untuk mengangkatnya.
  • Gunakan masa cuti itu untuk bermesra dan bergembira dengan seisi keluarga. Lupakan semua masalah. Dengan cara ini, walaupun destinasi percutian anda dekat sahaja dengan rumah, ia akan menjadi percutian yang cukup bermakna dan dihargai.

September 29, 2019

Alergik Susu Lembu?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alergik Susu Lembu! | Ni kisah apa yang berlaku hujung minggu baru ni.

Kisah Mu'allim lagi... Mu'allim satu-satunya anak lelaki MF yang lahirnya tanpa disangka.

Lahirnya satu ujian... Dan ujiannya itu tak habis selepas kelahirannya.

Selepas diuji dengan fasa berjaga waktu malam... Mu'allim diuji dan kami juga diuji lagi dengan Alergik.

Mu'allim memang ada Alergik sebelum ni. Alergik telur. Memang kami kawal lah pemakanan dia.

Tapi... Hari Jumaat malam, tetiba dia menangis dan meraung serta menggaru satu badan...

Eh.. Kenapa nih...

Sekali tengok penuh merah badan... Muka, Kaki dan telinga dia dah mula membengkak merah...

Alergi susu lembu, alah susu formula, susu untuk bayi alah susu lembu,
Sumber: Google images

Tapi, kami hold dari pergi ke klinik.. Waktu tu jam 10.00 malam. Ada ubat radang yang memang tersedia kat rumah.

Terus bagi ubat... Keadaan reda... Alhamdulillah... Dia main seperti biasa.

Bila jam 3 pagi... Dia merengek mengantuk... Ajak masuk tidur... Tak nak.. Masuk buai.. Pun menangis... Masih menggaru semula... Mula serba tak kena...

Rupanya gatal dan merah tu menyerang semula... Selepas puas ubat dan cream disapu.. Tak juga berkesan...

Selepas berbincang dengan suami... Jam 5 pagi kami ke Hospital. Asalnya nak bawa ke klinik dekat dengan rumah. Tapi tengok Mu'allim dah tak keruan.. Terus ke hospital... Jaraknya lebih 30km tau.. Tu yang berkira-kira betul nak ke hospital.

Lebih sejam perjalanan... Kami sampai ke hospital. Terus ke Wad Kecemasan. Lepas daftar dan check up biasa. Dapat jumpa doktor. Alhamdulillah.. Hospital Kluang memang cepat servis dia.

Sementara tunggu doktor tu, MF dok belek cara gatal tu... Baru MF teringat pasal gegata...

Alergi susu lembu, alah susu formula, susu untuk bayi alah susu lembu,
Gegata
Sumber: Google images 

Lepas jumpa doktor, Memula doktor  India tengok-tengok camtu je... dan ambil keterangan... Dia macam kata Alergik... Terus dia nak tahan wad untuk pemantauan.

MF dah risau... Bukan apa... Zupp.. Terus terfikir kerja.. PT3 yang bakal bermula...

Tapi dalam masa yang sama masalah anak.. Dilema sungguh...

Lepas MF tanya pula doktor lelaki Melayu.. MF tunjuk kat dia... "Ni bukan gegata ke doktor"... Doktor lelaki tu mengiyakan...

Bila MF kata kenapa doktor tadi nak suruh masuk wad... Dia cuma risau takut Alergik teruk... Dalam sehari je kalau kena tahan pun.. Kata doktor tu...

MF lega... So, MF tunggu dalam 5 Minit camtu sebab doktor India tadi ada patient lain kejap.

Elok dia datang semula, dia kata, cubalah kita cucuk ubat Alergik dulu.. Macam mana kan...

Lepas cucuk.. Berkampung la kat hospital tu 2 jam untuk tengok hasilnya. Alhamdulillah... Nampak reda lepas tu... Telinga dan kaki tak merah lagi.. Dia pun dah tak menggaru... Maknanya betullah alergik.

Elok dua jam.. Kami dibenarkan balik dan diberikan ubat alergik.

Tapi!

Dalam perjalanan balik.. Alergik dia naik balik... Fuhh.. Kenapa? Bila diingatkan balik.. Dia minum susu kotak Dutch Lady tadi... Sekotak plak tu habis...

Mula lah dia menggaru semula...

Dalam hati.. Eh.. Tak kan sebab susu lembu.. Sebelum ni elok je dia minum... Masih tak yakin kan sebab susu lembu...

Hingga lah... Waktu petang tu.. Dia bangun tidur bagi susu tepung yang biasa dia minum...

Dalam 10 minit naik semula merah kat badan dia... Jadi..

Mu'allim Alergik Susu Lembu? 


So, petang tu juga terus stop susu lembu... Ke kedai terus beli susu kambing dan susu soya jenama Isomil. Bukan apa, kot kalau dia tolak susu kambing, susu soya dia terima..

Alergi susu lembu, alah susu formula, susu untuk bayi alah susu lembu,

Alhamdulillah... Susu soya dia minum... Dah tak naik ruam dah... Tapi masih menggaru...

Masih mencari punca...

Dan jika masih berlarutan... MF kena bawa dia jumpa pakar Kanak-Kanak... Apa masalah kan sebab tetiba dia alergik susu lembu..

Memang nak kena kaji betul nih...

Itulah kisah Mu'allim yang sangat menguji... Dugaan sungguh... Tapi dalam dugaan ni.. Kelahiran dia membawa rezeki buat kami yang tak pernah putus. Alhamdulillah..

Apa pun.. MF redha.. Kelahiran dia buatkan MF banyak sangat belajar.. Macam-macam... Banyak ilmu keibubapaan dapat sejak dia lahir...

Moga dia besar dengan sihat lepas ni... Insha Allah... Besar nanti dia senangkan kita la kan.. Masa kecik ni je menguji sikit.. Macam Ahmad Albab kan...


Gambar: sumber Google... Tak sempat nak snap gambar main kalut anak sakit kan.. 

Disember 22, 2018

Huggies Dry Pants Diaper Seluar Cepat Serap dan Selesa Untuk Anak Kami

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Huggies Dry Pants Diaper Seluar  Cepat Serap dan Selesa Untuk Anak Kami | Bila ada anak, sememangnya segala pasal barang baby dan anak kita akan survey di pasaraya sama ada online atau offline.

Salah satunya lampin pakai buang... Orang kita biasa panggil pampers... Sedangkan pampers ni juga merupakan salah satu jenama Diapers yang pernah popular satu ketika dulu.. Sebab tu semua jenis lampin pakai buang orang kita panggil pampers.

Diaper sekarang ni dah macam-macam jenis dah…

Ada jenis tebal, nipis, mahal, murah dan paling penting ada dua kategori… Jenis tape atau pelekat dan satu lagi jenis seluar… Terus sarung je.

Diapers jenis sarung ni, sebelum ni pernah pakai pelbagai jenama untuk anak. Tapi disebabkan anak bongsu MF ni lelaki, jadi MF kena cari Diapers yang cawat labuh sikit. Pepaham la kan sebab apa… hehe

Masa anak belum boleh merangkak dan bergerak sana sini senang pakai yang tape aje…

Tapi sekarang ni, MF kena cari jenis seluar… sebab… lepas mandi atau salin diapers, nak pakaikan diapers semula, macam nak berperang gayanya…

Susah yang amat… dia punya meronta… aduii… macam kena dera… adehh…
Tu, MF cari juga lah diapers yang cawatnya labuh dan potongnya bagus serta mampu milik..

Belek pun belek… tilik punya tilik akhirnya MF cuba Huggies Dry Pants.

Pilihan MF tepat.



Diapers seluar jenama Huggies ni kena dengan citarasa MF… sebab… ada 3 sebab utama..

Huggies Dry Pants Diaper Seluar  Cepat Serap dan Selesa Untuk Anak Kami

1. Cepat serap


Huggies Dry Pants ni cepat serap betul berbanding diapers biasa lain… Dan ini ada orang buat demo kat pasaraya. Korang boleh tengok video kat bawah ni.




Padanlah dia pakai hashtag #HuggiesMyFastest sebab memang pantas menyerap pun…

2. Ada 1000 Lubang Mikro Pantas Serap

Inilah sebab kenapa Huggies Dry Pants ni cepat serap.


Sebab ada micro halus yang berfungsi menyerap cecair dengan cepat. Bila anak kencing, diapernya terus serap, dah serap terus lubang mikro tu akan lock cecair tu tadi…

Jadi takdelah cecair tu naik ke permukaan diapes tu tadi.  jadinya diapers sentiasa kering dan anak pun tak mudah meragam.

3. 5 Langkah Untuk Keselesaan Anak

Apa ke benda pula la 5 langkah tu?
Senang kata, 5 langkah tu adalah rekaan atau design Huggies Dry Pants ni memang sesuai untuk keselesaan anak kita. Terutama yang tengah melasak bagai nak rak tu…


Rekaan pada pinggang yang grip tapi elastik… memeri dengan elok je pada pinggang tak melorot bila diapers penuh. 

Lepas tu, rekaan getah lembut pada celah kelangkang, jadi tak mudah nak bocor walaupun anak kerap berjalan dan berlari.

Boleh kata, memang bestlah diapes ni… dan sesuai dengan anak.
Sebab dia cepat serap dan kering, anak MF tak mudah nak alah atau naik ruam.

Memang Huggies Dry Pants ni pilihan terbaik untuk anak yang tengah melasak kan… Tapi kalau tak lasak pun boleh pakai juga terutama bila kita travel.. senang nak pakaikan diapers anak dalam toilet, kat RnR dan sebagainya.

Bagi mak-mak yang dok pening nak cuba Diaper apa untuk anak yang tak reti diam ketika nak salin diapers… MF suggest Huggies Dry Pants ni… Harga pun mampu milik… kakak MF pun guna jenama ni untuk anak-anak dia…

Kalau nak harga lebih murah… Boleh je klik kat link ni  http://bit.ly/2LgcBwt … jimat dan berbaloi…

Jun 05, 2017

Isomil Plus Susu Alternatif Untuk Bayi Alah Susu Lembu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Isomil Plus Susu Alternatif Untuk Bayi Alah Susu Lembu | Lain anak lain ragam, lain cabaran dan lain juga rezekinya.... Begitulah cabaran anak ketiga yang kami suami isteri hadapi dengan anak ketiga ni... Boleh dikatakan dugaannya agak hebat berbanding anak pertama dan kedua hingga pernah rasa serik juga nak tambah anak dalam masa terdekat... Tapi itu hanya kata dan perancangan kita.. tapi Allah yang Maha Kuasa. 

Anak ketiga ni cabarannya hebat sejak mengandung lagi... Awal kehamilan hingga usia kandungan lebih empat bulan melepek je sebab evening sickness. Bila dihujung kehamilan diuji pula dengan air ketuban lebih... Ini lain kalilah MF kongsikan ilmu dan pengalaman ya... 

Bila melahirkan.. alhamdulillah dipermudahkan... Sejak dari dalam kandungan lagi memang niat menyusu badan hingga dua tahun... Namun, kehendak Allah mengatasi segalanya... Susu badan hanya cukup untuk usianya enam bulan... 

Masuk tujuh bulan susu badan makin berkurangan.. pelbagai usaha dan petua MF buat, bahkan macam-macam produk untuk tambah susu MF usahakan tapi itu hanya ikhtiar kita.. yang mengizinkannya Allah... jadi dengan redha dan pasrah cari susu formula dulu dan dalam masa yang sama cari juga ibu susuan... Susu pertama dicuba ialah susu Dutch Baby... Alhamdulillah baby minum... Tapi rupanya tak serasi... Dia alah.. tak sampai 15 minit selepas minum terus muntah semula... Tiga kali cuba, tiga kali macam tu... Maknanya memang tak sesuai susu lembu dengan badan dia... 

Alhamdulillah.. dalam masa yang sama dapat ibu susuan ... Rakan Facebook merangkap rakan blogger juga sudi bagi susu... Selepas beberapa halangan dan cabaran... Dapatlah susu dari ibu susuan dari Kuala Lumpur... Pos guna bas... Alhamdulillah... 

Namun, susu tu hanya bertahan dua minggu... Selepas dua minggu.. nampak kena juga cari alternatif lain selain susu lembu... Lepas tanya rakan-rakan Facebook.. ramai juga cadangkan susu Isomil Plus... 

Hari tu juga suami carikan susu Isomil Plus.. alhamdulillah ada jual di farmasi dekat dengan rumah kami ni... Alhamdulillah juga, baby terima susu ni dengan baik.. tiada alahan dan dia suka... 

Alergik susu lembu

Alhamdulillah... Kini dah habis pun setin kecil... Susu ni memang mahal .. setin kecil 400gram pun dah harga RM36.90, tapi demi anak, insha Allah.. yakin aje dengan rezeki Allah tu... Dan alhamdulillah juga berat badan dia nak nampak naik semula... Sebelum ni beratnya tak naik banyak... Bahkan boleh dikatakan agak perlahan la sebab tak cukup susu... 

Alhamdulillah... Itulah... Redha je la tak dapat nak susu penuh dengan susu badan hingga dua tahun... Perancangan Allah itu lebih baik... Walaupun dah campur susu Alhamdulillah dia tetap manja... Yang penting sihat dan aktif. 

Alhamdulillah... Susu Isomil Plus berasaskan soya yang juga kaya dengan vitamin yang diperlukan oleh bayi dan kanak-kanak... Sesuai untuk bayi yang alah susu lembu... Memang kuat bau soya susu ni... Apa pun ... Sedap je tengok dia minum habis dan habis... Alhamdulillah... 

Moga Allah pelihara anak-anak amanah Allah ini sebaiknya... InshaAllah... 

November 13, 2015

Mesti Nak Sama!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ada yang pandang dengan simpati bila kami dapat anak perempuan yang kedua... Alahai... terima kasih la kepada yang simpati... Tapi kami relax je.. itu kan rezeki dan ketentuan Allah...

Seronok ada anak perempuan dua-dua... ni.. apa yang seronoknya..

Pertama,
Pakaian kakak, adik boleh pakai, kasut kakak adik pakai... Beli baru tapi tak semua baru..  Alhamdulillah..

Kedua,
Semua nak sama... bukan kehendak anak pun, tapi mak bapa nye ni yang lebih... mesti nak beli yang sama... kalau baju pun macam tu... sebab nampak sweet je adik kakak pakai sama sedondon.. seorang kecil dan seorang besar.

Kasut yang sweet comel untuk kakak dan adik.

Telefon mainan untuk kakak dan adik.. 
Ketiga, 
Beli mainan yang sama... kalau beli masak-masak, pun sama juga... Kalau sepasang kena beli mainan yang unisex la kan... tapi sebab dua-dua perempuan seronok la... beli satu jenis mainan je dah cukup... 

Jadi, Alhamdulillah... seronok je ada anak perempuan dua-dua pun... hanya mulut orang mengata. tak kisah pun anak lelaki dan perempuan pun... semua kurniaan Allah jua... syukur seadanya...

Cemburu Tapi Sayang...

Cemburu Tapi Sayang...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Perempuan dan cemburu itu satu fitrah.. sejak kecil boleh lihat betapa cemburunya si adik dan si kakak. Kadang pening kepala dibuatnya... Tapi apa boleh buatkan cuma boleh dikawal la... Jangan tunjukkan kita pilih kasih... Kalau bergaduh, dua-dua kena... 

Jom lihat, apa boleh buat untuk tangani anak cemburu nih.. 
Sumber: google images

Ambil langkah-langkah ini untuk mengelakkan dia cemburu pada adiknya selepas dilahirkan kelak:

  • Beritahu bakal akak atau abang tentang kehadiran adiknya tidak lama lagi sebaik sahaja anda mengetahui anda hamil. Ajaklah anak berbual dengan adiknya di dalam kandungan. Langkah ini akan menyebabkan ia tidak ketinggalan dalam penantian kelahiran adiknya dan tahu kelak dia akan menjadi kakak atau abang.
  • Cuba libatkan anak anda dalam membuat persediaan menyambut kelahiran adiknya.  Sebagai contoh ketika membeli-belah barang keperluan seperti pakaian atau mainan. Berikan ia kebebasan memilih satu barang untuk bakal adiknya. Langkah ini akan menyebabkan dia berasa seronok, teruja dan berlagak seperti abang atau kakak.
  • Terangkan padanya berulang-ulang kali bahawa adiknya nanti akan memerlukan banyak perhatian selepas dilahirkan. Sebagai contoh-“Nanti bila adik lahir, mama kena susukan adik sebab adik tak boleh makan dan minum macam Sara. Dia boleh minum susu mama sahaja. Dia tidak boleh mandi sendiri, tak boleh pakai baju sendiri. Jadi mama dan Sara kena tolong mandikan adik dan pakaikan baju. Bila adik dah besar macam Sara, adik dah boleh buat sendiri”.
  • Elakkan mengubah rutin harian anak anda selepas kelahiran adiknya. Anda sepatutnya mengubahnya sedikit demi sedikit untuk mengelakkan dia rasa anda berubah selepas melahirkan adiknya lahir. Sebagai contoh dari segi pembahagian masa  untuk mandi, siapa menemaninya makan atau mengajarnya mewarnai dan melukis mengambil alih tugas ibu. Cuba praktik jadual baru membaca dan menonton sekurang-kurangnya lima atau enam bulan sebelum adik baru menjengah dunia.
  • Minta bantuan anak anda semasa anda menguruskan adiknya. Sebagai contoh minta bawakan lampin atau tisu  lembap untuk menukarkan lampin adiknya. Ia akan membuatkan ia berasa seperti kakak atau abang yang boleh diharap dan boleh memupuk perasaan sayang kepada adiknya. 


Apa yang perlu dielakkan?
  • Memberitahu kehadiran adiknya nanti adalah sebagai teman bermainnya. Hal ini kerana tempoh hamil sangat panjang dan selepas kelahiran adik barunya hanya akan menyusu dan tidur sahaja, tidak akan menjadi teman sepermainannya sepantas itu.
  • Melarang dia  daripada menghampiri atau menyentuh adik kerana caranya yang agak kasar. Biasanya anak pada usia ini akan memeluk adiknya dengan terlalu kuat atau mencium dengan kerap. Tindakan ini menunjukkan ia sedang keliru dengan perasaan sendiri. Sebaik-baiknya tegur dengan cara yang baik dan ajar dia cara untuk menyentuh dengan cara yang lembut.
  • Pada peringkat umur ini, anak akan mudah cemburu melihat orang lain mendapat perhatian. Ia ditunjukkan dengan pelbagai hal seperti mahu ibu memakaikan baju untuknya, mahu didukung seperti adik dan disuapkan ketika makan walhal dia sudah pandai melakukannya sendiri. Usah cepat melenting. Kawal emosi dan anggap anak anda sedang menyesuaikan diri dengan keadaaan baru.
  • Mendukung adik baru ketika memperkenalkan kepadanya. Tindakan ini akan menyebabkan anak anda berasa terpinggir dan anda lebih menyayangi adiknya.
  • Orang sekeliling lebih menumpukan perhatian kepada adiknya berbanding dirinya. Anda perlu meminta ahli keluarga atau rakan-rakan untuk tidak ketinggalan bercakap mengenai si kakak atau abang agar perhatian yang diberikan lebih seimbang. 

Tahukah anda

Jarak umur antara anak dua hingga empat tahun akan mencetuskan perasaan cemburu yang ketara kepada anak yang lebih tua. Manakala jarak umur 18 bulan atau lima tahun  ke atas mempunyai risiko yang lebih rendah.
(Sumber: Majalah Pa&Ma ) 

Pengalaman MF tangani anak cemburu ni sangat mencabar sebab dua-dua perempuan... jarak usia dua beradik tu 2 tahun 6 bulan... Kira tak lama sangat la, tapi kira mencabar juga la... kena banyak ambil hati dan paling penting kena SABARRR...

Oktober 22, 2015

Homeschooling: Aktiviti Mengenal Warna dan Undang-undang Jalan Raya!

Aktiviti homeschooling yang terhasil masa cuti jerebu... 

Bila si adik tidur kakak bosan la main sengsorang...

Jadi,  tercetus idea MF nak bina satu aktiviti homeschooling yang ringkas untuk dia kenal warna...

Tengok kereta warna warni... MF terus lukis peta dan tempat parking...

Tempat parking tu, letakkan warna yang berlainan ikut warna kereta...

Letakkan juga anak panah... Supaya anak dapat ikut undang-undang jalan raya... Ikut laluan yang betul semasa nak masuk parking...

Alhamdulillah.. Teruja dia main. Tapi biasalah...  Homeschooling dengan si kakak ni... Bertahan la 10 minit... Lepas tu mula lah kereta tu jadi bahan masakan dia... Haha...

Memang kegemaran dia main masak-masak...  Dari kecil lagi... Ilmu ERT ni... Memang lulus dah la... Tapi ilmu lain belum dicapai lagi... Takpe.. Biar pelan-pelan ikut perkembangan dia... Asalkan dia belajar...


Oktober 07, 2015

D.I.Y Magnet Fridge ABC FOR HOMESCHOOLING

MF antara ahli dalam Group Homeschooling Genius Syurga di facebook... 

Tujuan utama join, adalah untuk korek sebanyak mana idea dan sumbangan kreatif ibu-ibu yang buat homeschooling di Malaysia ni...

MF jadi silent reader... Tapi seronok la join.. Sebab banyak idea kreatif untuk kita buat pembelajaran di rumah untuk anak-anak.

Semalam, tercetus idea nak hasilkan magnet fridge ABC... Kami kan buat bisnes.. Memang ada buat pun magnet fridge sebagai cenderahati... Jadi, bahan dah tersedia...   Terus je buat... Tu pun berperang juga dengan anak-anak yang teruja nak tahu apa yang kita buat...

MF design yang simple je... Tak nak gambar banyak sebab nak bagi dia kenal huruf dan warna. Si kakak dan adik boleh belajar sama.

Alhamdulillah... Seronok kakak dan adik dapat main walaupun Kadang-kadang berebut juga... Biasalah... Anak-anak sama jantina dan perempuan pula tu.. Cemburunya lain macam sikit.. Jadi, kena pantau..

Bertambah lagi la aktiviti anak-anak... Jadi, masa kita kat dapur, adalah aktiviti diorang untuk main.. Biasanya main bekas plastik je buat masak-masak...

Alhamdulillah... Seronok tengok anak-anak seronok. MF bekerjaya... Jadi, gunakan masa yang sedikit tu untuk praktikkan apa yang MF dapat dari group MF join tu...

Tapi satu je yang MF perasan... Walaupun MF cikgu, anak-anak tak nak ikut sangat... Anak-anak akan ikut bila Abi dia yang ajar... Kalau MF sekali je ikut, lepas tu mula la memberontak buat hal sendiri... Hmmm...

MF tak pernah paksa anak-anak untuk belajar... Sebab waktu begini waktu diorang main lagi... Jadi, mainlah sepuasnya kan... Nanti waktu belajar, belajar betul-betul kan...


Oktober 06, 2015

Apa Yang Perlu Ibu Tahu Tentang Homeschooling???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Homeschooling.. Satu istilah yang mungkin baru bagi ibu baru... MF mula tahu bab istilah ni pun masa dah jadi cikgu... Sebab ada kes pelajar tak bersekolah kerana maknye nak buat homeschooling sepenuhnya di rumah. Ini bertentangan dengan undang-undang negara kita.

Di luar negara, tiada masalah bab homeschooling. Memang kebanyakan ibu di luar negara buat homeschooling untuk anak-anak. 

Apa itu homeschooling??? 
Homeschooling iaitu pembelajaran anak-anak di rumah. Ibu bapa membuat sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap anak-anak di rumah. 

Namun ada beberapa perkara yang ibu bapa perlu tahu mengenai homeschooling... Antaranya:

Tiada had umur untuk lakukan homeschooling.. Boleh mulakan seawal anak dalam kandungan hingga dewasa. Tapi biasanya, ibu bapa di Malaysia kurang beri penekanan dan homeschooling pada anak-anak apabila meningkat remaja. Sedangkan waktu remaja perlu diberi lebih perhatian kerana waktu remaja anak-anak banyak terdedah dengan pengaruh luar. 

Homeschooling dilakukan secara tidak formal lebih menarik minat anak... Ajar nak secara santai bukan ambil buku sebut, suruh anak ikut.. Tapi secara tak formal... Sambil mandi nyanyi ABC, nak tidur baca doa, adab ketika makan... Segalanya dilakukan secara sambil-sambil.

Jangan paksa anak untuk ikuti sesuatu pembelajaran...



Ajar anak ikut minat, gaya dan juga kemahiran dan bakat anak-anak. 

Jangan paksa anak ikut sesi pembelajaran yang kita mahu, tapi kita yang perlu ikut rentak dan gaya pembelajaran anak. 

Masa untuk sesuatu homeschooling biasanya tak lebih dari 20 minit. Kerana anak-anak mudah bosan dengan sesi pembelajaran yang lama dan sama.

Banyakkan teknik belajar sambil main agar pembelajaran mudah diterima.

Konsisten dengan teknik pengulangan.. Biar sekejap tapi selalu diulang. Kerana itu lebih mudah diingat. 

Gunakan bahan guna semula dalam buat homeschooling. Kotak terbuang, kertas surat khabar atau bekas tisu boleh digunakan untuk homeschooling. Ini bukan sahaja untuk jimat tapi untuk jana minda anak supaya lebih kreatif dan kritis.

Masuk ke dalam dunia anak-anak untuk menjadikan penyampaian ketika pembelajaran lebih berkesan. Bila menyanyi, nyanyilah dengan penuh kesungguhan dan macam anak-anak... Anak akan seronok, ibu pun akan release tension sekali. 

Jangan stress jika anak tak nak mengikut dengan apa yang kita ajar. Tapi ubah teknik untuk tarik minat dia. .. 

Ibu dan bapa perlu sama-sama untuk membentuk pembelajaran di rumah... Jika bekerjaya, sama-sama cari masa untuk homeschooling dalam masa 10-15 minit sehari. 

Jangan bandingkan anak-anak dengan anak orang lain. Atau adik beradik lain. Setiap anak tak sama walaupun lahir dari rahim yang sama. Dan tak semua teknik homeschooling boleh digunakan dan sesuai untuk semua anak-anak. Setiap anak Allah ciptakan dengan kelebihan dan bakat masing-masing. 

Disebalik usaha, sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah... Betulkan niat, tetapkan matlamat.. Dan tawakal moga Allah permudahkan urusan kita mendidik anak-anak kita menuju syurga Allah. 

Homeschooling tidak semudah teori yang kita belajar, tapi praktikalnya, homeschooling ini penuh cabaran dan keseronokan. 

Teruskan buat homeschooling buat anak-anak selagi hayat kita ada seperti usrah keluarga dan tazkirah ringkas. Sebagaimana Nabi s.a.w tetap menasihati dan menyampaikan pesanan kepada Saidatina Fatimah walaupun puteri Baginda dah menjadi isteri. 

Homeschooling yang perlu kita fahami ialah, pembelajaran berterusan di rumah. Tiada had umur dan masa untuk lakukan homeschooling. 

Ibu-ibu dan bapa-bapa yang ingin jadi idea untuk buat Homeschooling untuk anak-anak boleh sertai Group Homeschooling Genius Syurga di Facebook. Banyak idea menarik untuk jadikan pembelajaran di rumah menjadi menarik dan berkesan. 

Moga Allah permudahkan urusan kita mendidik amanah Allah menjadi hamba Nya yang beriman dan beramal soleh.

Sumber gambar: Google images

September 27, 2015

Bahagianya Dapat Main Tisu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Habis tisu sekotak dikerjakannya...

Pantang lepa... Mulalah ada je projek dia buat...
Bahagia betul dapat main tisu... Siap berenang dalam dalam tisu tuh lagi..

Hai la anak...
Ada je akal mu yang bijak tuh ye...
Layankan aje... Asalkan dia sihat dan gembira...

September 22, 2015

Jangan Beri Jawapan Jika Anak Tanya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... Si kakak dah masuk usia 4 tahun 21 hari... Semakin hari, semakin petah dia berkata-kata... Banyak cakap... Dan paling suka bertanya.

Jika dahulu MF suka menjawab pertanyaan dia... Namun, sejak akhir-akhir MF tak lagi jawab pertanyaan kakak... Kenapa??? Bukankah sepatutnya kita jawab pertanyaan si anak???

MF memerhati... MF adaptasi ilmu yang ada, pengalaman yang masih bersisa...

Dari ilmu dan kuliah serta ceramah yang sering  MF dengar di TV, teringat penjelasan dari Ustaz Badli Shah mengenai Generasi yang suka bertanya... Iaitu generasi Y. Biasanya generasi Y ni memang suka bertanya... Bila perhatikan si kakak... Memang ada betulnya...

Salah satu kelebihannya MF jadi guru, MF memerhatikan anak murid MF sendiri... Murid MF ni bukanlah sekolah pelajar yang bijak, tapi golongan sederhana.. Jadi, dapat lihatlah bagaimana perkembangan anak-anak yang sama generasi dengan anak sendiri nih...

Boleh dikatakan, majoriti anak-anak generasi Y ni, banyak bertanya dan kurang berfikir... Jadi kesannya jika kita selalu atau didik anak ni dengan jawapan tersedia apabila ditanya, otaknya kurang berfikir.

Memikirkan MF tak nak anak MF jadi camtu, MF dah mula ubah cara didikan... Dulu rajin angguk juga bila kakak tanya sekarang nih, MF banyak jana pemikiran dia... Biar dia fikir jawapannya sendiri. Tiada jawapan secara terus MF bagi. 

Biasanya, jika kakak tanya soalan MF jawab dengan soalan juga... Dan si kakak ni nampak mula tak nak berfikir... Adakalanya bila kita tanya soalan jawapannya "entah", " tak tahu". Jadi, kena usaha dan ubah pemikiran si kakak nih... Nak kena bagi otaknya rajin berfikir.

MF tak bandingkan MF dengan anak orang lain. Biarpun kakak agak lambat la kenal abjad dan nombor tapi dia hafal itu satu perkembangan positif dah... Cuma MF yakin, bakat anak-anak lebih cenderung ikut suami.. Itu bakat seni... Jadi, bab akademik ni kira sederhana sahaja. MF bukan dalam golongan cerdik pandai... Kira sederhana je. MF tak pernah pergi tadika masa kecil, belajar sendiri kat rumah, umur 7 tahun masuk darjah satu. Kira lain dari rakan sebaya yang lain... Tapi Alhamdulillah dengan kurniaan Allah bagi dulu hingga sekarang...

Jadi, itu caranya nak jana minda anak supaya rajin berfikir. Dia suka tanya sebab nak tahu, tapi jangan beri jawapan secara terus... Jawab dengan soalan atau jana mindanya supaya dia dapat mencari jawapannya sendiri.

Insha Allah... Harap kakak lebih bijak dan berdikari... Insha Allah. 

September 09, 2015

WW | Top 10 Skill Children Learn From the Arts!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Biarkan anak mengukir seni dan imiginasi.. 
Imiginasi anak-anak tak tercapai dek akal orang dewasa...

September 01, 2015

Pewaris Blog???

Pewaris Blog???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

A photo posted by Maria Firdz (@maria_firdz) on

Gaya anak zaman IT, kecil-kecil dah pandai dah tekan keyboard.Jangan jadi keyboard worrior sudah... Si adik ni nampak minat dia ke arah IT dan komputer. Walaupun dok kata atas meja, dia panjat kerusi dan nak menaip juga... tu la sebabnya susah nak update blog guna laptop lagi.. Banyak guna mobile phone je walaupun skrin kecil. 

Adakah itu tanda adik minat berblog??? Bakal pewaris blog ke dia??? 
MF rasa tak kot... MF tak galakkan untuk dia jadi blogger macam MF buat masa ni... lagipun kecil lagi kan.. Blog ni pun MF tak berniatkan nak wariskan kepada sesiapa.. Andai MF dah meninggal pun., biarlah blog ni begini sahaja... Sebab tu input berguna je MF kongsikan, boleh juga buat bekalan apabila dah mati nanti kan...  

Ogos 16, 2015

Kad Nama Anak-anak Solehah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Akhirnya siap juga nak print kad nama nih...

Kad nama anak-anak ni di buat oleh kakak ipar MF a.k.a Admin dan Pengasas utama Group Nama-nama Indah Yang Bermakna di Facebook.

Nama ni hasil idea kami suami isteri, tapi kami rujuk maksud dan juga ejaan sebenar nama ni dari kakak ipar. 

Tujuan buat kad ni, senang nanti nak rujuk.. bila masuk ke sekolah, nak eja dengan ejaan yang betul.. sama ada dalam tulisan jawi atau rumi. 

Kad ni MF print sendiri... kemudian simpan dalam wallet je.. macam mykids.. 

Kakak ipar memang buatkan untuk sesiapa yang ambil nama dari group tu.. tapi e-Kad... dia akan send kat email.. adalah upah sikit... tapi ramai juga yang abadikan kad ni sebagai frame gambar, buat goodies dan sebagainya.. Tapi nama dalam bahasa Arab sahaja dia akan buat. Bahasa lain dia tak buat.

Sekurang-kurangnya, kad ni memudahkan kita ingat maksud nama anak kita sendiri.. dan juga anak kita tahu maksud namanya bila dah besar nanti... Sebab kebanyakan orang, tak tahu maksud nama sendiri pun... itu yang MF survey kat anak murid MF la.. bila tanya maksud nama sendiri tak tahu.. Sebaiknya tahu lah kan.. sebab nama tu kan doa... 

Ogos 13, 2015

Happiness is....

Happiness is laughing with a toddler about something entirely nonsensical...

Haha... Memang setuju sangat dengan kata-kata nih...

Ketawa dengan anak memang bahagia... Tambah bila anak buat sesuatu yang tak masuk akal...

Anak tengah membesar banyak idea yang tak masuk akal dan boleh buatkan kita ketawa besar kengkadang kan...

Itulah penawar duka kita...
Kerja penat... Balik penat... Tengok wajah anak... Hilang penat... Tambah dia buat lawak plak... Hadoii... Tak terasa penat tu...

Bahkan boleh sampai angau dan terbawa sampai ke tempat kerja...

Hai... La anak...
Geram... Tapi dalam geram tu... Dialah penghibur...

Ragam si kecil dengan caranya, si besar dengan caranya...

Tu yang buat orang perempuan ni tak serik nak mengandung dan beranak lagi...

Kan???


Ogos 08, 2015

Watak Bayi Berdasarkan Hari Lahir!

Watak Bayi Berdasarkan Hari Lahir!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Watak atau perangai bayi berdasarkan hari lahir.. Ni hanya kajian psikology.. jika benar tu mungkin satu kebetulan... Tapi yang kita yakin, hari lahir kita adalah rahsia Allah jua... pasti ada hikmahnya kan. Jom lihat, anak kita lahir hari apa..









Macam betul... Si adik hari Selasa, dan si kakak hari Rabu...
Si kakak banyak bercakap... dan si adik banyak memerhati tapi diam...

Itulah yang dikatakan tarikh kita adalah rahsia Allah... dan pasti ada hikmahnya...



Sumber gambar: facebook

Julai 10, 2015

Permainan Percuma Yang Mampu Buatkan Anak-anak Terleka!

Permainan Percuma Yang Mampu Buatkan Anak-anak Terleka!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: google images

Biasanya, zaman teknologi ni ramai yang belikan tablet sebagai mainan untuk biarkan anak-anak terleka. Sebenarnya, banyak kesan negatif jika terlalu dedahkan anak dengan tablet pada usia yang tak sepatutnya... Memang anak-anak terleka... tapi kesannya, otak mereka hanya tertumpu satu benda saja. Ada beberapa mainan percuma tanpa modal pun, tapi mampu buatkan anak-anak terleka dengan mainan tu. dan kita pun dapat buat kerja dengan senang dan mudah. 

Lampu suluh mini
Lampu suluh atau apa sahaja yang boleh keluarkan cahaya kecil... seperti laser pointer... Main dalam bilik sebelum tidur... Selimut dan suluh dia... dan main buka dan tutup lampu suluh tu berulang kali. Ini akan merangsang perkembangan otak dia agar dia faham, apa itu on and off, buka atau tutup lampu. 

Barang terbuang
Pemegang tisu gulung, kotak bijirin, perca kain, plastik bubble dan tisu boleh dijadikan bahan kreatif yang menarik seperti robot, orang mumia, teropong dan bermacam lagi. Daripada bahan-bahan tersebut dibuang ada juga manfaatnya diberikan kepada anak untuk merangsang kreativiti mereka. Dengan cara ini secara tak langsung kita dapat menghabiskan masa berkualiti dengan anak. Tapi jangan marah kalau rumah anda bersepah dengan bahan-bahan kreatif ciptaan anak anda ya! Biasanya kotak biskut, kertas tisu gulung, kain perca antara mainan yang biasa diberi untuk anak-anak cipta kreativiti mereka. 

Buih sabun
Kanak-kanak memang suka memerhatikan perbuatan orang tua mereka. Mereka gemar meniru kelakuan ibu ayah membuat kerja rumah. Tugas membasuh pinggan mangkuk di sinki dapur antara yang paling dinantikan oleh si kecil. Beri peluang mereka basuh sendiri cawan dan pinggan plastik. Peluang bermain air dan buih sabun memberikan mereka kegembiraan mengalahkan bermain permainan video di telefon pintar papa dan mama! Yang ni MF tak pernah bagi main lagi... sinki pun tinggi, tapi mandi kolam kertas atau kat bilik air pernah buat... memang tak nak masuk rumah la kan.. tapi sesekali je permainan ni.. Tak elok biarkan anak-anak di dalam tandas lelama kan.

Mangkuk dan senduk
Kanak-kanak memang suka pergi ke kawasan dapur terutama apabila ibu sibuk memasak di dapur. Agaknya mereka rasa di dapur ada banyak perkara yang boleh diteroka. Apa kata berikan sahaja si kecil bermain dengan sudu, sudip, mangkuk dan lain-lain lagi alatan yang selamat untuk mereka. Pasti si kecil khusyuk bermain meniru gaya ibu memasak dan yang pasti ibu juga mudah membereskan kerja. Yang ni memang biasa sangat. Sebab tu kalau mangkuk ke sudu ke, garpu kuali hilang...takde kat rak pinggan, tengok aje kat ruang tamu..mesti ada.,... 

Pakaian lama
Sesekali biarkan sahaja si kecil berimaginasi. Dengan memberikannya tudung, topi, kasut dan pakaian lama ibu dan ayah, alatan mekap ibu untuk anak perempuan, mereka boleh berangan untuk menjadi apa sahaja. Biarkan berseronok dan bereksperimen sepuasnya. Ia membantu kreativiti diri anak. Yang ni pun satu kemestian... ada aje digayakannya... 

Jika dilihat aktiviti di atas semua akan menyebabkan rumah bersepah dan lebih 10 kali sapu dan kemas rumah setiap hari. Tapi sabar dan biarkan.. biarkan anak-anak membesar ikut perkembangan mereka. Biarkan mereka berseronok dan berimiginasi... Untuk kemas, ajak anak kemas bersama.. itu pun satu aktiviti yang menyeronokkan juga. 

Sumber rujukan: Karangkraf

April 28, 2015

Cara Buat Warna Air Untuk Anak-anak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Perkongsian dari Dr. Mahani Razali..
Cara buat warna air yang lebih selamat dan jimat untuk anak-anak yang sedang membesar.

Bahan-bahannya:
3 Sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu tepung jagung
2 cawan air
pewarna makanan

Cara membuatnya:
Adunkan ke semua bahan. 
Panaskan sehingga bahan-bahan tersebut agak pekat.
Sejukkan dan masukkan ke dalam botol.

Memang menarik... Mesti anak-anak suka kan..

April 24, 2015

Tengah Malam Diajak Berjalan!

Kisah pasai anak jap la... Lama tak kisah pasai anak kat sini... Hehe...

Si anak solehah kedua... Buat pasai di tengah malam... Ajak berjalan-jalan... Muhahaha... Memula si abinya bawa juga la round nek moto.... Tapi tetap ditahan mata... Ni si uminya pula bawa tido dalam kereta...

Hadoii... Bila anak pandai tahan mata..  Memang parah la mata kita juga... Bertahan je la... Memang layankan aje la... Cuma dia tak menangis je... Tapi terlebih aktif...

Adik oh adik... Jom la tido... Kira nak jalan je kejenya... Jenuh la nak melayan... Geram tapi tak boleh nak marah sebab dia pandai buat muka menggoda... Geram je... Habis sangat kena gigit je pipi dia tu... Eee.... Adik oh adik...