Serangan Asma Pembuka Tahun 2020

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Serangan Asma Pembuka Tahun 2020 | Tahun 2020 takde yang terbang, cuma MF terbang melayang kerana Allah sayang lebih awal tahun ni.

Tahun 2020 kami sambut di klinik... 3 dari 4 anak diserang demam, batuk dan asma... dan MF sendiri pun diserang asma awal tahun ni setelah lebih 2 tahun tak kena...

Apa pun.. Alhamdulillah.. segalanya berlalu dengan mudah...

Tahun 2020, lebih 30 tahun dah hidap penyakit ni cuma lepas dah kahwin ni sangat jarang kena asma.. Hikmah berkahwin kan...

Apa pun, MF share sikit info pasal asma... dan asma bukanlah satu penyakit biasa sebenarnya walaupun kedengaran biasa...

5 TANDA SERANGAN ASMA YANG ANDA PERLU TAHU, SIMPTOM-SIMPTOM SERANGAN ASMA
Sumber: Google images

5 TANDA SERANGAN ASMA YANG ANDA PERLU TAHU

Apa itu asma?? Asma atau lelah adalah penyakit saluran pernafasan kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar daripada paru-paru yang menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas. Asma menyebabkan salur pernafasan menjadi merah, bengkak dan menghasilkan lendir berlebihan.


Asma terbahagi kepada dua iaitu Asma Alahan Dan Asma Bukan Alahan

🔎Asma Alahan

Asma ini terjadi disebabkan penyedutan bahan-bahan tertentu yang biasa tidak membahayakan individu sihat.

Akan tetapi bagi individu yang ada alahan atau alergik kepada bahan tertentu akan mendapat ASMA. Contohnya habuk, bulu haiwan, spora kulat dan bahan makanan.

🔎Asma bukan alahan

Asma ini terjadi disebabkan oleh cuaca sejuk, asap rokok, bau cat, gasolin, infeksi atau jangkitan serta tekanan psikologi adalah antara faktor yang boleh mencetuskan keadaan asma ini.

SIMPTOM-SIMPTOM SERANGAN ASMA

1.Batuk. 

Biasanya asma dikalangan kanak-kanak bermula dengan batuk berpanjangan diwaktu pagi dan waktu malam. Pada masa ini mereka selalunya berkahak yang menyebakan batuk dan muntah. Biasanya batuk yang dialami adalah basah dan berkahak

2.Nafas berbunyi. 

Disebabkan batuk yang berterusan menyebabkan nafas berbunyi dan semput. Setiap kali bernafas akan mngeluarkan bunyi wheezing. Bagi asma yang teruk bunyi wheezing boleh didengar apabila duduk disbelah bayi tanpa letakkan telinga ke dada bayi tersebut.

3. Susah untuk menghembus nafas

Mengalami kesukaran untuk menghembuskan nafas dan tersekat-sekat. Yang ni doktor ajar, tengok lekuk kat leher tu... kalau dalam tu maknanya tu antara tanda serangan asma.

4.Bernafas dengan laju

Saluran yang sempit ini menyukarkan paru-paru anak untuk berfungsi dengan baik untuk menukarkan gas oksigen dan karbon dioksida. Maka pesakit terpaksa bernafas dengan lebih laju untuk menambah kadar pertukaran oksigen sehingga paru-paru boleh menjadi penat (dan pesakit akan kekurangan oksigen.

5.Denyutan jantung cepat

Disebabkan bernafas dengan laju, jantungnya akan berdegup kencang daripada biasa untuk menyalurkan oksigen yang cukup ke tubuhnya.

Jika ada tanda-tanda seperti diatas segeralah berjumpa doktor atau segeralah berubat sebelum terlambat. Jangan biarkan.

Asma ni nak kata takde ubat, macam-macam ubat MF try dah... cuma kekerapan kena serangan tu tak boleh dijangka.

Cuma apa yang MF boleh kongsikan. Kalau anak ada asma, elakkan ada permaidani, benda berbulu, habuk... jaga juga pemakanan, elakkan makanan yang manis dan jajan.

Semoga ini jadi permulaan, akan berakhir lah untuk tahun ni.... Huhu... Moga sihat-sihat sahaja untuk tahun 2020 ni...

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Semoga cepat sembuh buat semua ..

    BalasPadam
  2. moga lepas ni takde kene serangan asma beramai-ramai gitu ye dik, bukan apa kelam kabut juga jadi nya... moga terus sihat semuanya

    BalasPadam
  3. Allahu. Semoga diberikan kesihatan baik sediakala oleh Allah Taala. Aamiin

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^