Aku Bukan Anti Sosial

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Aku Bukan Anti Sosial | Tetiba pula entry ni… sebenarnya nak tulis kat facebook, tapi panjang sangat, baik buat entry blog.

Lama tak buat entry personal macam ni… Ni kira nak ambil mood la ni tulis entry ni… Kembali menulis seperti dulu.

Aku Bukan Anti Sosial


Kenapa tajuk tu pelik? Aku bukan anti sosial…

Maaf, entry ni MF guna kata ganti nama diri “aku” sebab nak bercerita kan, sedap sikit bunyinya. Seolah-olah entry ini adalah monolog hati…

Ya, Aku bukan anti sosial tak bergaul dengan orang… Aku suka je berkawan dengan siapa sahaja… Kalau tak aku tak jadilah blogger. Sebab aku suka berkawan, semua laman sosial aku ada… bermula dulu zaman chatting dan friendster, hingga ke tagged dan Yahoo Massenger… Aku suka berkawan dengan semua orang. Aku bukan anti sosial.

Disebabkan itu, aku jumpa jodoh juga di laman sosial…

Jadi, aku dan suami bukanlah anti sosial.

Bahkan aku dulu, join segala aktiviti luar… Suami aku pula siap ada group dan geng kereta… Gethering di mana sahaja.. Konvoi  tak payah cerita…

Itu menunjukkan chemistry kami itu ada… Suka berkawan dan bergaul dengan sesiapa sahaja. Bahkan lepas sehari kahwin, kami join pula konvoi ke Perlis, dan seminggu lepas tu join pula AGM kelab kereta merangkap honeymoon sekali ke PD.

Patutkah kami digelar anti sosial?

Tapi segalanya berubah bila kami mula ada anak… Masa anak sulung, masih lagi berjalan dan travel ke sana sini…

Masuk anak kedua dah mula kurang… sebab kami diuji dengan anak yang kuat menangis… Jadi, minat kami untuk travel, konvoi dan gathering tu.. dipendam sahaja.

Masuk anak ketiga, semakin kurang waktu nak gathering… Apatah lagi masuk anak keempat tanpa dirancang… Bertambah lagilah mood nak berkurung dalam rumah tu… sampaikan beli barang pun beli online sekarang nih...

Ya, orang akan nampak kami anti sosial… sebab jarang bergaul dengan orang lain. Tapi sebenarnya kami tak anti sosial… Jiran-jiran terdekat kami masih bertegur sapa…

Cuma, segala jenis jemputan dan gathering kami tak dapat nak hadir…

Kami tak dapat join… Bukan tak nak join walaupun teringin, tapi pertama kali, kami nak ucap tahniah dan syukur kalau korang yang tak pernah merasai nikmat anak istimewa macam kami. Memang Allah nak uji kami.

Ya, sejak anak keempat, lain sangat perangainya… Kalau tak masakan kami boleh pergi ke KL balik hari… mau pitam kot jauh drive tu… memang sakit badan. Tapi kami terpaksa balik juga sebab memang menangis sepanjang malam… Tak boleh tidur orang lain nanti…. Mujur juga di kampung takde masalah sebab ada buai untuk pujuk dia... tapi tetap dia menangis tengah malam.. cuma masih under control… Alhamdulillah…

Dan sepanjang tu jugalah kami tak join mana-mana event…
Bahkan sepanjang berkhidmat, tak pernah join Family Day…

Mungkin orang kata, “alah… biasalah anak-anak”… "biasalah anak-anak, memang buat perangai.."
Tapi kami tak biasa… Kami bukan jenis yang penyabar nak lihat anak-anak menangis dan merengek... boleh sakit kepala dan migrain dibuatnya.

Sebab tu tak sabar tunggu anak besar sikit… Yang bongsu tu dah reti uruskan emosi… pun dah kira ok dah... Insha Allah, kami nak travel je lepas ni… Insha Allah, moga direzekikan Allah dengan kesihatan yang baik untuk menghubungkan silaturrahim.


Yang pasti, jangan judge orang tu anti sosial sebab dia tak join event yang dijemput… Pasti ada sebab tersendiri… Jangan mengata keluarga orang, baik jaga keluarga sendiri.

Kita tak berada kat kasut orang tu, jadi kita tak merasa… Cuba bersangka baik… dan fikir positif saja… itu lebih mudah dan tenangkan diri.

Sekian, cukuplah setakat itu… entry personal hari ni… Walaupun entry ni tak 100% menjawab persoalan anti sosial tu, yang pasti… moralnya jangan judge keluarga orang lain kalau kita tak berada tempat dia… dan paling penting, jangan samakan keluarga kita dengan keluarga orang lain… sebab kehidupan kita tak pernah sama… begitu juga dengan pengakhiran hidup kita… tak tau lagi bila…


P/S: Mak MF pun pernah dapat gelaran ni dulu... Tak bercampur dengan orang masa anak-anak kecik dulu... Tapi sekarang anak dah besar semua, hah.. kalau kenduri kendara dia orang paling sibuk sekali. Sebab tu jangan mengata orang... nanti kena kat diri sendiri balik pula nanti...

Berlangganan update artikel terbaru via email:

3 Responses to "Aku Bukan Anti Sosial"

  1. Be strong. Semoga dipermudahkan. Jangan peduli kata orang. Allah lebih tahu :)

    BalasPadam
  2. Bukan semua orang faham apa kita rasa kan, tak kena batang hidung mula la buat assumption bukan-bukan

    BalasPadam
  3. Allahu yuftah alaik.

    sisadiq.wordpress.com

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel