GuidePedia

1

Pemberi Syafaat

Puasa dan Al-Quran Menjadi Pemberi Syafaat 


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ


Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (Musnad Ahmad No: 6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1. Puasa dan Al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.


2. Orang yang berpuasa semasa di dunia, Puasa akan menolongnya dan memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah menahan diri daripada makan dan minum di siang hari serta mengekang nafsunya.


3. Orang yang menyibukkan diri dengan Al-Quran (membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), Al-Quran akan menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.


4. Ambilah kesempatan melaksanakan ibadat puasa dengan iman dan ikhlas serta membaca Al-Quran sebanyaknya.

 

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyebutkan:


حَدَّثَنِي أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِقْرَءُوالْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ


“Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada ahlinya” (Sahih Muslim No: 804) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih


5. Sempena mengingati peristiwa Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan ini, marilah kita berusaha menyemarakkan budaya al-Quran seperti yang dilaksanakan di Negeri Johor. 


6. Rebut peluang bertadarus sepanjang Ramadan dan membanyakkan membaca al-Quran.  


Berusahalah menjadikan al-Quran sebagai hidayah dan panduan hidup. Moga al-Quran menjadi penolong kita di akhirat nanti.


RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH


Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram

Thanks for reading: Penolong Akhirat yang datang setahun sekali

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top