GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Niat Nak Membujang dan Tak Nak Kahwin, Salah ke?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Niat Nak Membujang dan Tak Nak Kahwin, Salah ke? | Zaman sekarang, nak kahwin fikir 100 kali. Kos segala kos tinggi... Tambah pula dengan gembar gembur hal rumahtangga kat Facebook dan Kisah Rumah Tangga, buatkan yang bujang jadi takut nak kahwin.

Tapi,

Jika ada niat nak membujang sebab takut nak kahwin, duit tak cukup... susah nak cari jodoh... baik hentikanlah niat tu... sebab Nabi s.a.w melarang perbuatan dan keinginan untuk membujang....

Larangan Membujang

Larangan Membujang


Sa'ad bin Abu Waqqas berkata;

'Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang Utsman bin Mazh'un untuk membujang. Jika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengizinkan (membujang) baginya, maka kami akan mengebiri (kasi) diri kami sendiri'." - Sahih: Muttafaq 'alaih

Abu Isa berkata, "Hadith ini hasan sahih."

(Sahih Sunan at-Tirmidzi)

Matan Arab;

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْخَلَّالُ وَغَيْرُ وَاحِدٍ قَالُوا أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ رَدَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عُثْمَانَ بْنِ مَظْعُونٍ التَّبَتُّلَ وَلَوْ أَذِنَ لَهُ لَاخْتَصَيْنَا

Kredit : Page Jalan-Jalan Cari Ilmu


Maksud kasi ialah memandulkan ... 

Maksud Kasi menurut Kamus Dewan 
sudah dihilangkan alat jantannya; tidak ada sifat jantannya lagi; kembiri: Tuan laksana lembu ~, galak saja melawan tidak. mengasi menghilangkan alat jantannya; mengembiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Larangan Membujang
sumber: google images

Jadi, yang lelaki ke, perempuan ke jangan ada niat nak membujang.

Teruskan usaha mencari Jodoh,... Jangan percaya sangat dengan kisah rumah tangga.

Banyak aje kisah manis dan indah rumah tangga yang tak digembar gemburkan...

Nak cari Jodoh, kena usaha.... Jangan terlalu memilih nak cari mr. atau mrs. perfect...

Baikkan diri kita sendiri, insha Allah yang dapat juga akan baik-baik...

Niatkan nak kahwin itu, kerana Allah... Nak dapat pahala lebih... Nak ikut sunnah Rasulullah s.a.w dan meramaikan umat Islam untuk kemaslahatan umat... Insha ALlah, Allah akan permudahakn. 

3Ulasan

  1. Antara yang menakutkan² golongan bujang nak berkahwin ialah page page rumahtangga dilaman sosial yg kerap mengisahkan isu rumahtangga yg negetif sahaja.Terima kasih berkongsi :)

    BalasPadam
  2. Best lah blog ni..terbaik saya dah link kan ya di blog saya

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ