Mood berblog ke laut betul seminggu dua ni. Sibuk dengan tugasan hakiki... Tapi blog tak boleh juga nak tinggal berhabuk.. Sebab risau takde hasil nanti.. Hasil dunia dan hasil akhirat... Insha Allah...

Jadi, update lah juga sehari sekali dengan guna telefon je. 


Sebelum ni MF manual je update guna browser Chrome di smartphone. Memang leceh la sikit. Nak kecilkan dan besarkan.. Nak masukkan gambar. Adoi.. Mencabar kot. 


Tapi gigih buat juga tau. 


Baru-baru ni page view jatuh dari kebiasaan... Sedih juga. Tapi salah sendiri sebab jarang share atau ping entry dan juga jarang blog walking... Sibuk kan..


Jadi, salah satu usaha mudah ialah ping entry.. Nak ping guna browser kat smartphone ada yang rabun lelama nanti.. 


So, carilah aplikasi untuk ping entry... Jumpa lah satu aplikasi ni... Nama dia Blog Pro. Try lah download.. Lagipun tak ramai lagi guna ni. 1k pun tak sampai. Cuba je.. Tak best uninstall je la kan.. 

Sekali install, try la guna.. Wow. Akhirnya inilah aplikasi yang MF idamkan.. 


Macam dashboard blogger... Senang nak buh gambar, nak setting alignments tulisan...

Tak berat loading dan cepat publish.. 

Memang best... Senang nak up entry dah guna smartphone.. 

Kalau blogger yang sibuk tu... Boleh guna ni. Untuk entry SEO, update la kemudian guna laptop kan... 

Sekurang-kurangnya blog korang tak berhabuk sebab leceh nak buka pc bagai... 


Just up gambar dan bebel sikit... Dah cukup untuk satu entry sehari.. Nanti edit lah kemudian... 


Ni cara MF juga untuk kekal dalam menulis Blog. Blog ni tak boleh cuti menulis.. Nanti lemau dan lemah nak update.. Takde idea.. Cari lah gambar yang ada dan post.... Biar tak panjang tapi ada manfaat.. Sebab entry mesra SEO bukan perlu buat setiap masa. Ikut perkongsian blogger otai... Seminggu atau dua minggu sekali ada 1 atau 2 entry mesra SEO iaitu panjang dan ikut format SEO. 


Best guna aplikasi ni.. Tak berat dan senang nak guna.. Try lah download.. Sambil baring pun boleh up entry lepas ni.. Terutama blogger mak-mak kan..


Selamat mencuba... 😊

6 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. bagus app ni dah takpayah bukak laptop. saya baru je download apps ni

    BalasPadam
  2. Bagusnyaa, iphone punya takde.. wawa guna yang blogger je..

    BalasPadam
  3. wah..baru tau. tq for sharing..terus install kat hp dah. nak try gak.. tq tq..

    BalasPadam
  4. nak try..dulu penah gak donlod apps untuk update entry mcm ni tapi slow..nak masuk gambor,jenuh...terus uninstall..lecehnya..ni boleh la cuba...

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama