Tatkala - Salam Aidilfitri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tatkala orang menabur kebencian,
biarlah diri kita menguatkan kesabaran.

Tatkala orang merancang perpecahan,
biarlah kita mempererat persatuan.

Tatkala orang menyinggung perasaan,
biarlah kita belajar memaafkan.

Tatkala hidup dinaungi keraguan,
biarlah kita menguatkan keimanan.

Tatkala di sekeliling kita dinaungi kegelapan,
biarlah kita cuba membawa setitik pelita penerang.

Saudaraku,
takkan jatuh harga diri kita karana memaafkan.

Takkan jatuh martabat kita karana kebaikan.

Sesungguhnya akhlak mulia akan membawa kita kepada keindahan bukan karana kecantikan dan ketampanan,

namun karana terbentuknya peribadi mulia yang menawan.


Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas.
Maaf Zahir Dan Batin.
Salam Lebaran Buat Semua Sahabat dan Pembaca blog www.mariafirdz.com. 😊

Kredit : Bahagian Dakwah Jakim 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)