GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Terjebak Dengan Drama Bersiri Teratai Kemboja di Slot Zehra TV3

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Terjebak Dengan Drama Bersiri Teratai Kemboja di Slot Zehra TV3 | Orang perempuan ni insafnya sekejap je kan... Konon dah tak nak tengok drama bersiri... sekali terjebak lagi...

MF ni mudah terjebak kalau ada mak mentua yang dok melayan sama... hehe... ni mak mentua la tengok dulu, lepas tu macam best je kan... mula la melayan sekali... pastu melekat la pula.

Drama bersiri kali ni kat Slot Zehra TV3. Padahal lama dah tak tengok drama kat TV3 ni... bukan boikot tapi takde yang best nak tengok. Tapi tak sangka boleh terjebak pula kali ni. Mungkin sebab pelakon dan jalan ceritanya yang menarik selain tengok pengarah juga kan.

Drama bertajuk Teratai Kemboja ini ada 21 episod diarahkan oleh Along Kamaludin.

Terjebak Dengan Drama Bersiri Teratai Kemboja di Slot Zehra TV3

Para Pelakon

Adi Putra, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Nafiz Muaz, Fezrul Khan, Nadia Brian, Jaja Iliyes, Noralbaniah, Fauzi Nawawi, Ikhlas Jalil, Sabhi Saddi, Azzahra Ahmad, Damia Qaissarah

Ringkasan drama Teratai Kemboja

Drama Bersiri Teratai Kemboja di Slot Zehra TV3

Sinopsis Teratai Kemboja

Teratai Kemboja mengisahkan mengenai Fikri (Dato’ Adi Putra), seorang usahawan yang berkahwin dengan Hanani (Elly Mazlein) sewaktu mereka sama-sama masih menuntut di universiti. Hanani masih belum bersedia untuk mempunyai anak dan mengambil pil perancang kerana mahu menumpukan pengajian tahun akhir mereka. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani tetapi Hanani tetap dengan keputusannya. Dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah demi menjaga hati Hanani.  
Konflik semakin meruncing apabila Hanani semakin tidak menghormati Fikri sebagai suami lebih-lebih lagi apabila perniagaan Spa Hanani kini semakin maju. Situasi ini menyebabkan Fikri sangat tertekan dan diserang sakit jatung ketika memandu dan telah melanggar Taufik. Mujur kecederaan Taufik tidak serius namun dia tetap di tahan di hospital. Selama mereka dirawat di hospital, Taufik selalu datang melawat Fikri di wadnya.  
Fikri bertanyakan tujuan Taufik yang juga seorang guru agama di Kemboja datang ke Malaysia. Taufik menceritakan dia mencari seseorang dan dalam masa yang sama berjumpa dengan pihak NGO yang banyak menyumbang keperluan asas seperti pakaian, buku, alat tulis terutama yang berkaitan dengan perkembangan Islam dan pendidikan kanak-kanak di kampungnya. Fikri tertarik dan mahu mengikut Taufik pulang ke Kemboja. 
Melihat kehidupan yang daif di kampung Taufik, Fikri tersentuh dan ingin menetap lebih lama di situ. Fikri juga tertarik dengan peribadi Nurhidayah (Fasha Sandha) yang juga anak kepada Taufik (Hasnul Rahmat), tetapi Fikri masih ingat akan statusnya yang sudah berkahwin. Taufik juga turut menceritakan asal usul mereka dan kenapa dia membawa Nurhidayah lari ke Kemboja. Tanpa diduga, Taufik melamar Fikri untuk menjadi suami kepada Nurhidayah.  
Fikri bingung. Namun dalam masa yang sama, Fikri juga mahukan zuriat sebagai pewaris keturunannya dunia akhirat. Nurhidayah pula, seorang anakyang baik hanya menurut permintaan bapanya. Akhirnya Fikri dan Nurhidayah disatukan. Taufik meminta Fikri untuk menjaga Nurhidayah dan mencari Maryam, ibu kandung Nurhidayah sekembalinya mereka ke Malaysia nanti. Dapatkah Nurhidayah menemui Maryam dan bagaimana pula penerimaan Hanani terhadap Nurhidayah?
Kredit: Kepala Bergetar

Banyak juga konflik dalam drama ni.. berpusing-pusing juga... kena tengok tak boleh skip... Kalau skip memang tak faham nanti.

Dah mak yang tengok, anak mesti terjebak sama la kan... Suami MF pun layan sama... haha... kadang dia yang emosi lebih.. terutama tang babak Elly Mazlien kurang ajar dengan suami dia...

Cuma MF rasa watak Elly Mazlein tu jadi kurang ajar dengan suami tu memang dibuat-buat... kurang menjadi watak tu... Tapi jalan cerita best juga la drama ni... Fasha Sanda jadi watak baik je... bertudung ayu... mungkin sebab dia pegang watak gadis kemboja, jadi pengarah kena cari pelakon wajah kacukan la kan...

Apa pun, drama ni belum habis lagi.. tengah ditayangkan kat TV lagi... baru episod 14, ada lagi separuh..

Awal-awal tak tengok, tapi dah tengah tu baru layan... sebab kadang drama awal-awal bosan.. dah sampai klimaks baru best kan drama bersiri ni...

Bagi yang tonton kat TV boleh tengok kat Slot Zehra TV3 setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 hingga 10 malam. 

0Ulasan