Ticker

6/recent/ticker-posts

10 Fakta Tentang Antibiotik Yang Perlu Kita Tahu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


10 Fakta Tentang Antibiotik Yang Perlu Kita Tahu | Apa yang kita faham bila sebut pasal antibiotik? Dalam fikiran kita akan kata antibiotik ni ubat untuk lawan penyakit.

Tapi sebenarnya, tak semua faham tentang antibiotik. Bahkan bila pergi klinik sebab demam atau sakit tekak, doktor akan terangkan.. Owhh.. Sakit ni tak perlukan antibiotik... Hanya ubat biasa. Kadang kala kita confused kan.. Kenapa doktor bagi antibiotik dan kadangkala tak bagi...

Sumber : Google image 

10 Fakta Tentang Antibiotik Yang Perlu Kita Tahu


1. Antibiotik adalah ubat untuk melawan jangkitan kuman.

2. Namun Antibiotik tidak berkesan untuk jangkitan VIRUS.

3. Antibiotik hanya untuk melawan jangkitan daripada kuman BAKTERIA.

4. Oleh itu batuk & selesema tidak memerlukan Antibiotik kerana ia disebabkan oleh virus bukan bakteria.

5. Jika ahli perubatan membekalkan ubat Antibiotik, anda perlu bertanya "Antibiotik ini perlu ke?" Untuk mendapatkan penjelasan rasional disebalik pemberian antibiotik tersebut untuk diri & anak-anak anda.

6. Antibiotik adalah ubat dalam senarai B Akta Racun. Pesakit memerlukan preskripsi ubat untuk membeli atau mendapatkan Antibiotik.

7. Mencegah lebih baik daripada merawat. Elak daripada terkena jangkitan kuman bakteria seperti;
I. Menjaga kebersihan diri.
II. Membasuh tangan sebelum makan.
III. Menutup mulut ketika bersin atau batuk.
IV. Memilih premis menjual makanan yang bersih.

8. Bateria kebal telah wujud. Ia wujud sebab kerintangan antibiotik. Sebab kerintangan antibiotik berlaku.
I. Tidak rasional dalam pemberian antibiotik menyebabkan ia digunakan secara berleluasa dalam manusia mahupun haiwan.
II. Tidak menghabiskan jadual pengambilan antibiotik yang dibekalkan. Bila sudah sihat antibiotik tidak diambil lagi. Ini merupakan amalan yang tidak betul dan harus dihindari. Habiskan jadual pengambilan dis antibiotik seperti yang diarahkan.
III. Menggunakan antibiotik untuk haiwan peliharaan yang dibeli di kedai-kedai haiwan peliharaan tanpa nasihat ahli veterinar.

9. Setakat ini tiada lagi kajian untuk menghasilkan jenis antibiotik yang baru terutama untuk melawan jangkitan bakteria kebal ini.

10. Adalah berisiko tinggi jika pesakit dijangkiti oleh bakteria kebal ini. Boleh membawa maut kerana tiada antibiotik yang dapat melawannya

Dengar nasihat ahli farmasi ini berkaitan antibiotik dan kerintangan antibiotik. Moga bermanfaat buat semua.

Sumber : Facebook

Namun begitu, bila sakit kita boleh ambil antibiotik semula jadi... Banyak tumbuhan yang ada bahkan barang dapur kita tu sebagai sumber antibiotik semula jadi seperti halia, bawang, dan madu.

Semoga bermanfaat... 

Catat Komen

3 Ulasan

  1. selalunya kita pikir kalau tak baik sakit kene mkn antibiotik... gitu je dlm pikiran kita sedangkan kadang tak perlu pun antibiotik

    BalasPadam
  2. Saya selalu tak habiskan makan ubat antibiotik nie sebab bila dah sihat sikit dah lupa nak habiskan..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^