بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Lazada Online Revolution Blogger Contest | Buat sekelian kali nya Lazada Malaysia anjurkan lagi contest untuk blogger-blogger Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua contest anjuran Lazada MF join... Ada yang pernah menang, ada juga tidak... Bergantung kepada rezeki... Yang penting usaha kan...
Kali ni, Lazada anjurkan contest sempena Online Revolution yang mula berlangsung di Lazada mulai 11 November 2017 hingga 14 Disember 2017. Contest ini berlangsung bermula 1 November 2017 hingga 14 Disember 2017. Masih banyak masa untuk join sebenarnya... Tapi tak nak tunggu last minit takut terlupa nanti.. melepas sudah...

Seperti biasa, bila contest, mesti ada syarat penyertaan. Kali ni kena jawab 4 soalan wajib dalam contest ini... Antara soalan-soalannya ialah:
a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?
Adakah anda masih ingat produk pertama yang pernah anda beli dalam talian? Apa itu dan bagaimanakah pengalaman anda?
Semestinya ingat... Barang pertama yang MF beli dari Lazada ialah Mesin Jahit Portable jenama Global. MF mula membeli tahun 2015. Masa tu masih takut-takut nak guna online banking di Lazada, jadi MF beli mesin jahit tu dengan pembayaran secara COD... Penghantaran agak cepat, dalam 2 hari dah terima barang. MF ada review mesin jahit tu di >>>ENTRY NI<<<
Mesin tu dah rosak tahun lepas.. kiranya lepas 2 tahun juga la guna... Banyak juga la hasil jahitan guna mesin tu walaupun mesin jahit biasa sahaja. Tahun lepas MF beli mesin jahit lain juga beli di Lazada. Cuma kali ni lebih berjenama dan mahal sikit harganya.
b. Which types of products would you prefer buying online?
b. Jenis produk mana yang anda lebih suka membeli dalam talian?
Jika ditanya produk yang MF suka beli secara online tak mampu nak jawab sebab macam-macam MF beli... Dari barang peribadi hingga ke barang yang besar-besar. Apa pun, bagi menjawab soalan ini, barang yang MF suka beli secara online ialah barang yang murah dan susah di dapati di kedai offline.
Barang yang suka beli online di Lazada ialah barang kelengkapan rumah. Contohnya mop lantai, kipas angin, dan beberapa barangan keperluan rumah yang lain. Alasannya, sebab barang-barang sebegini susah nak dapat di kedai biasa (offline) ataupun pasaraya, jika ada pun harganya tak semurah di Lazada.
Selain tu, barangan anak-anak terutamanya lampin pakai buang juga antara barangan yang MF suka beli di Lazada,, sebab dijual secara borong dan murah harganya berbanding di pasaraya biasa.
c. Apa yang anda suka tentang membeli-belah dalam talian?
MF memang suka membeli belah dalam talian.. Boleh dikatakan shopping online ni satu hobi MF dah... Bahkan suami MF juga terjebak dah dengan perangai MF ni. Jika suami suka barangan keperluan rumah, suami pula suka beli barangan kereta dan gadjet di Lazada. Jadi, kami berkongsi minat yang sama.
Antara alasan kami suka membeli-belah dalam talian ialah:
- Mudah, hanya klik-klik dihujung jari.
- Murah berbanding pasaran biasa
- Tak perlu keluar tenaga, hanya tunggu barang sampai depan rumah je.
- Tak perlu nak bersesak dengan orang ramai.
- Sesuai untuk kami yang anak ramai... Kalau nak cari barang di kedai, memang kelam kabut dengan anak ramai ni... Jadi, beli secara online memang membantu kami dapatkan barang dengan mudah dan senang.
d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?
d. Produk manakah yang anda beli atau anda merancang untuk membeli di Lazada semasa jualan Revolusi Dalam Talian?
Soalan ni agak susah nak jawab, sebab bila disuruh pilih tak tahu nak pilih apa sebenarnya... Kalau boleh nak beli je semua... Tapi bagi menjawab soalan ini, ada 3 barang dalam wishlist MF dan suami untuk kami beli di Lazada.
1. Xiaomi Redmi 4A 2GB RAM 16GB ROM (Grey) Official Xiaomi Malaysia Set
![]() |
Xiaomi Redmi 4A 2GB RAM 16GB ROM (Grey) Official Xiaomi Malaysia Set |
2. Philips HD2136 Pressure Cooker Electric 5.0L (Silver)
![]() |
Philips HD2136 Pressure Cooker Electric 5.0L (Silver) |
3. MamyPoko Extra Dry Skin Tape L 50 (3packs)
![]() |
MamyPoko Extra Dry Skin Tape L 50 (3packs) |
Ok, itu antara 3 barangan yang MF impikan nak cuba dapatkan semasa promosi Online Revolution Sale yang bermula 11 November 2017 iaitu hari ini dan berakhir 14 Disember 2017 nanti... Banyak masa lagi ni... Standby duit gaji bulan November ni.. hehe...
Hadiah yang ditawarkan semestinya menarik. Antaranya:
Depending on the overall number of participants there will be either 25, 50, 80 or 111 winners:
Less than 200 Participants (RM3,150 to 25 winners):
1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 9 x RM150
3rd Prize: 15 x RM100
More than 200 Participants (RM6,150 to 50 winners):
1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 15 x RM150
3rd Prize: 34 x RM100
More than 350 Participants (RM10,400 to 80 winners):
1st Prize: 1 x RM750
2nd Prize: 35 x RM150
3rd Prize: 44 x RM100
More than 500 Participants (RM14,500 to 111 winners):
1st Prize: 1 x RM1,000
2nd Prize: 50 x RM150
3rd Prize: 60 x RM100
Lagi ramai join, lagi banyak peluang untuk menang. Jom blogger, jom join ramai-ramai...
Klik link di bawah untuk lihat cara menyertai contest ini...
https://www.lazada.com.my/blogger-contest/
Share This :
comment 0 komentar
more_vertSyukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^