div id='header-inner'>

Biar Tak Kaya, Asalkan Tak Meminta-minta

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kerja keras dapat sedikit, itu lebih baik daripada meminta-minta

Sumber: Google images


Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam bersabda:

لَأَنْ يَغْدُوَ أَحَدُكُمْ، فَيَحْطِبَ عَلَى ظَهْرِهِ، فَيَتَصَدَّقَ بِهِ وَيَسْتَغْنِيَ بِهِ مِنَ النَّاسِ، خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ رَجُلًا، أَعْطَاهُ أَوْ مَنَعَهُ ذَلِكَ، فَإِنَّ الْيَدَ الْعُلْيَا أَفْضَلُ مِنَ الْيَدِ السُّفْلَى، وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ

“Jika salah seorang di antara pergi di pagi hari lalu mencari kayu bakar di punggungnya (lalu menjualnya), kemudian bersedekah dengan hasilnya dan merasa cukup dari apa yang ada di tangan orang lain, maka itu lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang lain, baik mereka memberi ataupun tidak. Kerana tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah. Dan mulailah dengan menafkahi orang yang engkau tanggung” (HR. Bukhari no. 2075 , Muslim no. 1042).

Keutamaan Islam ialah berusaha atas kaki sendiri dalam mencari rezeki... Biar hidup tak kaya asalkan tak meminta-minta ihsan dari orang lain.

Kerana itu, pengangguran sangat dilarang dalam Islam... Bekerja dan berusaha selagi mana mampu dalam mencari rezeki yang halal.

Biarlah kerja itu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang asalkan hidup tak mengharapkan belas kasihan orang. 

Catat Komen

0 Ulasan