Persiapan Balik Raya

Persiapan Balik Raya
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Persiapan Balik Raya | Raya oh raya... Hari ni last day Kerja... Ramai dah buat persiapan balik raya... 

InshaAllah... Tahun ni kami beraya kampung MF di Kedah... Perjalanan yang jauh dari Johor ke Kedah pastinya perlukan persiapan yang lebih sebab jauh perjalanan, keluarga pula bertambah... Jadi kena buat persediaan awal. 

Untuk persiapan balik kampung raya kali ini... Antara keperluan utama yang kami titik beratkan ialah, persiapan kereta... 

Minggu pertama puasa kami dah buat servis kereta untuk balik kampung.. tujuannya untuk elakkan sesak di bengkel dan pusat servis di akhir Ramadhan... 

Selain kenderaan nak balik... Semestinya.. persiapan diri, suami dan anak-anak serta bekalan makanan sepanjang perjalanan kami balik ke utara. 

Persiapan utama seperti pakaian suami isteri serta baby satu beg... Untuk anak-anak yang dah besar beg yang berasingan.. seperti back pack: Lightweight Travel Laptop Backpack Black. Walaupun beg ini untuk letak laptop tapi sesuai juga untuk letak pakaian... lebih ringan jadinya walaupun padat dengan pakaian.


Dulu, kami guna satu beg sahaja... Beg beroda... Tapi agak makan ruang... walaupun MPV... Jadi kali ni kami buat beg biasa je, tapi asingkan dengan beg Anak-anak.. 

Selain persiapan pakaian... Sebenarnya... Tool untuk kenderaan amat penting bila jalan jauh... Alatan untuk repair kenderaan, tayar dan sebagainya mesti lengkap dalam kereta.  Alatan seperti Jump Start Car Power Bank (68800mAH) & Tire Inflate device(Emergency mobile power supply) & Emergency Parking Light   sangat praktikal dan perlu ada dalam kenderaan bagi perjalanan jauh seperti kami ini...


Selain itu, untuk keselamatan jalan raya... Semestinya perlukan CCTV khas untuk kereta... Dashboard Camera Untuk kereta satu keperluan dah zaman sekarang... Sebab bila ramai-ramai balik kampung ni masing-masing nak cepat... Jadi, untuk keselamatan diri dan kenderaan... Perlu ada satu kamera khas di dalam kereta untuk rakam perjalanan itu nanti... 

Dan, MF Tak risau nak cari kat mana... Sebab kat Lazada pasti ada punya... 



Dashboard Camera Ini memang menarik... Diskaun harga yang mampu milik... Serta kualiti cara penggunaan yang fleksibel dan mudah... Ianya sesuai dipasang dalam kenderaan... Sebagai keselamatan ketika perjalanan balik raya... 

Tambah pula kalau perempuan... Mesti ada ni Dashboard camera Ni satu dalam kenderaan... Jadi apa-apa kita ada bukti yang kukuh... Tak perlu nak keluarkan telefon lagi untuk merakam... Bahkan guna telefon Semasa memandu amat berbahaya kan... Jadi, MF sarankan satu kereta ada satu Dashboard camera Ni... 

Sempena menyambut Ramadhan pada tahun ini Lazada Malaysia telah buat promosi untuk bulan menyambut Ramadhan iaitu Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale yang akan bermula dari 19 Mei 2017 sehingga 30 June 2017. Kalau korang masuk jer website Lazada Malaysia korang akan nampak banyak diskaun yang menarik sehingga 90%. Memang rambang mata dibuatnya...


Semoga perjalanan balik kampung lancar dan dipermudahkan... Jangan lupa amalkan baca doa perjalanan dan yang penting juga... Jangan pentingkan diri sendiri ketika memandu... Ingat orang lain dan keluarga tersayang...



Khas buat blogger Malaysia. Jom sertai Ramadhan Raya Blogger Contest dan menangi pelbagai hadiah sehingga RM10,000. Contest ini dari 19 Mei - 23 June 2017. Jom cepat-cepat join. Mana tahu rezeki semepena Raya tahun ini. Untuk join contest sila layari website www.lazada.com.my/blogger-contest/. Good luck blogger!!!
Share This :
Maria Firdz

Maria Firdz: Teacher, Housewife to Mr.Firdz, Mom to 3 daughters and 1 son | Lifestyle blogger, Like to sharing everything and usefull info to all of you.For any collaboration please email: myfirdaussy@gmail.com

avatar

Whoa, berguna semua barang tuh~
Nona, jumper ade dah.... camera tuh xde lg...
meh baca Nona nye
http://nonasani.blogspot.my/2017/06/persiapan-raya-nona-lazada-raya-contest.html

Delete 6/22/2017 8:33 PTG
Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^