Ticker

6/recent/ticker-posts

Today is Purple Day | Pakai Baju Ungu Hari Ini Tanda Sokongan Kepada Pesakit Sawan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Today is Purple Day | Pakai Baju Ungu Hari Ini Tanda Sokongan Kepada Pesakit Sawan! | Hari ni adalah hari purple rupanya... Terbaca kat Google Plus la tadi, rupanya hari ni adalah hari purple sedunia... 


Kenapa purple???

Hari Ungu atau Purple Day adalah hari bersejarah yang dicipta oleh Cassidy Megan pada tahun 2008. Purple Day dicipta untuk memberi motivasi kepada dirinya supaya kuat melawan penyakit Epilepsy. Matlamat Cassidy adalah untuk mendapatkan orang bercakap mengenai epilepsi dalam usaha untuk menghapuskan mitos dan memaklumkan mereka yang mempunyai sawan bahawa mereka tidak keseorangan.

Pada tahun 2009, Anita Kaufmann Foundation and Epilepsy Association of Nova Scotia  berpangkalan di New York bergabung untuk melancarkan Hari Ungu di peringkat antarabangsa. Sebagai penaja global Hari Ungu, kedua-dua organisasi komited untuk bekerjasama dengan individu dan organisasi di seluruh dunia untuk menggalakkan kesedaran epilepsi.

Usaha-usaha gabungan AKF dan EANS telah membawa kepada penglibatan pelbagai organisasi, sekolah, perniagaan, ahli politik dan selebriti seluruh perkataan. Pada 26 Mac, 2009, lebih 100,000 pelajar, 95 tempat kerja dan 116 ahli-ahli politik mengambil bahagian dalam Hari Ungu. Penaja utama juga membangunkan bahan pemasaran dan media disediakan untuk muat turun percuma.



Pengenalan Kepada Penyakit Epilepsi

Epilepsi (epilepsy) adalah satu daripada gangguan otak pertama yang dapat dijelaskan dan dinyatakan sejak zaman Babylon purba lebih daripada 3000 tahun yang lampau. Perkataan epilepsi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud serangan. Epilepsi merupakan masalah gangguan fungsi otak pada sel saraf ataupun sel neuron tertentu yang menyebabkan otak tidak berfungsi dengan baik. Bagi pesakit epilepsi, aktiviti sel-sel neuron terganggu dan ini menyebabkan gangguan pada deria rasa, emosi dan kelakuan ataupun kadang kala sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri. Semasa berlakunya sawan, impuls daripada neuron dapat meningkat sehingga 500 kali dalam satu saat lebih laju daripada biasa di mana kadar normal 80 kali sesaat. 
Pada sesetengah penghidap penyakit ini, ia hanya berlaku sekali sekala dan pada sebahagian yang lain ia dapat meningkat sehingga ratusan kali sehari. Lebih kurang 2 juta rakyat Amerika Syarikat, 1 nisbah 100 mengalami sawan tanpa sebab ataupun didiagnosis sebagai epilepsi. Lebih kurang 8 peratus daripadanya yang didiagnos dengan epilepsi. Ianya dapat diawasi dengan perubatan moden dan pembedahan. Walau bagaimanapun 20 peratus daripada pesakit epilepsi mengalami sawan berulang walaupun menerima rawatan terbaik. Doktor memanggil keadaan ini sebagai keadaan sawan yang tidak dapat dikesan. Tidak semua yang mengalami sawan didiagnos sebagai pesakit epilepsi tetapi hanya apabila individu itu mengalami sawan dua kali ataupun lebih, ianya dianggap epilepsi. 
Epilepsi bukan sejenis penyakit berjangkit dan tidak disebabkan oleh penyakit mental ataupun terencat akal. Sesetengah pesakit yang mengalami terencat akal mungkin ada pengalaman sawan. Ramai orang yang mengalami epilepsi mempunyai kecerdasan normal ataupun lebih tinggi. Kadangkala sawan menyebabkan kerosakan otak apabila berkeadaan teruk. Namun tidak banyak sawan yang memberi kesan merbahaya kepada otak. Sebarang perubahan yang berlaku biasanya sukar difahami dan ianya tidak jelas walaupun perubahan-perubahan ini disebabkan oleh sawan itu sendiri ataupun disebabkan oleh perkara lain. 
Walaupun epilepsi sukar diubati, bagi sesetengah individu ia hilang begitu saja. Ada kajian mendapati kanak-kanak yang mengalami epilepsi yang tidak diketahui puncanya mempunyai 68 hingga 92 peratus untuk sembuh sepenuhnya selepas 20 tahun didiagnos. Kemungkinan sihat sepenuhnya adalah agak sukar bagi orang dewasa ataupun kanak-kanak yang mengalami sindrom epilepsi yang teruk. Namun ia dapat diubati dengan menggunakan teknik perubatan yang moden ataupun pembedahan epilepsi. 
Epilepsi adalah satu gangguan yang berpunca daripada banyak sebab. Apa sahaja yang menganggu aktiviti normal neuron sama ada berpunca daripada penyakit, kerosakan pada otak, perkembangan otak yang tidak normal dapat menyebabkan berlakunya sawan. Epilepsi berlaku berpunca daripada impuls otak yang tidak normal, iaitu ketidakseimbangan dalam penghantaran isyarat pada sel saraf yang dikenali sebagai penghantar impuls saraf ataupun gabungan daripada faktor-faktor yang lain. 
Para pengkaji berpendapat pesakit epilepsi pada tahap serius mengalami pencetusan penghantaran impuls saraf yang meningkatkan aktiviti neuron. Manakala pesakit epilepsi pada tahap rendah mengalami penghalang penghantar impuls saraf yang mengurangkan aktiviti neuron pada otak. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan epilepsi. 
Kajian paling popular yang dilakukan bagi penyakit epilepsi adalah gama-aminobutyric acid (GABA) yang menjadi penghalang penghantaran impuls saraf. Kajian ini mengkaji cara sejenis ubat dapat memberi tindak balas pada penghantaran impuls saraf otak dan cara otak bertindak balas . Selain daripada itu mereka juga mengkaji pencetusan penghantaran impuls saraf seperti glutamate. 
Kajian pada haiwan menunjukkan otak berterusan menyesuaikan diri dengan perubahan pada rangsangan dan perubahan kecil pada aktiviti neuron. Apabila ianya berulang berkemungkinan membawa kepada epilepsi mendadak. Para penyelidik membuat penyelidikan sama ada fenomena yang dipanggil penularan ini juga berlaku kepada manusia. 
Dalam kebanyakan kes, epilepsi juga mungkin terjadi daripada perubahan yang bukan daripada sel neuron otak yang dinamakan glia. Sel ini menyelaras kandungan bahan kimia dalam otak yang dapat memberi kesan kepada isyarat neuron. 
Lebih kurang separuh daripada semua kes sawan tidak diketahui sebabnya. Walau bagaimanapun dalam kes-kes lain, sawan secara jelasnya berkaitan dengan jangkitan, kecederaan ataupun lain-lain masalah yang dapat dikenal pasti. 
Kajian menunjukkan faktor genetik adalah faktor yang paling penting berlakunya epilepsi. Beberapa jenis epilepsi dikesan di mana terdapat keabnormalan dalam jenis gen tertentu. Kebanyakan jenis epilepsi cenderung terjadi kepada ahli keluarga, di mana gen mempengaruhi epilepsi. Lebih 500 jenis genetik yang diketahui membawa kepada epilepsi. 
Gen juga mungkin dikawal oleh aspek-aspek lain dalam badan yang bertindak balas pada ubat-ubatan dan setiap orang mudah terkena sawan. Keabnormalan pada gen yang mengawal pemindahan neuron pada peringkat kritikal dalam perkembangan otak dapat membentuk neuron-neuron yang abnormal ataupun dplasiais di dalam otak yang menyebabkan epilepsi. 
Bagi sesetengah kes, gen menyebabkan berlakunya sawan, walaupun bagi mereka yang tidak mempunyai sejarah keluarga yang mengalami gangguan sawan. Individu ini mungkin mempunyai satu keabnormalan yang baru ataupun mutasi di dalam epilepsi yang berkaitan dengan gen.
-Sumber: Majalah Sains-

Jadi sebagai tanda sokongan dan memberi semangat kepada pesakit sawan, salah satunya kita sebarkan kempen kesedaran dan sokongan penyakit epilepsi dan juga menyokong kempen ini dengan memakai baju ungu hari ini... MF baru teringat pasal ni... Balik ni nak pakai baju ungu la... sebagai tanda sokongan... Moga pesakit sawan ni cepat sembuh dan kuat menghadapi dugaan hidup... Penyakit sawan ni bukan penyakit biasa, ada yang boleh disembuhkan ada yang berlarutan hingga dewasa... Jadi sesiapa yang pernah berhadapan dengan pesakit ini tahu lah kan... kesan penyakit ni.. sangat berbahaya, bahkan boleh sebabkan kematian dan kecacatan kekal. 

Bagi bayi dan kanak-kanak yang demam mudah kena sawan... Sebab tu bila demam pastikan demam dikawal dan paling utama basahkan kepala anak sentiasa... supaya suhu tinggi tak sampai ke saraf kepala. 

Sumber rujukan: purpleday.com
Sumber gambar: google images

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Pernah kena sawan mse kecill..memang mak cakap, risauuuuu sangat..sinilah singgah

    http://nonasani.blogspot.my/2017/03/pencarian-bloglist-cikjaja-bagi-apr-dan.html

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^