div id='header-inner'>

Sedekah Paling Besar Ganjaran Pahala

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



أَبُو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الصَّدَقَةِ أَعْظَمُ أَجْرًا قَالَ أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْغِنَى وَلَا تُمْهِلُ حَتَّى إِذَا بَلَغَتْ الْحُلْقُومَ قُلْتَ لِفُلَانٍ كَذَا وَلِفُلَانٍ كَذَا وَقَدْ كَانَ لِفُلَان

Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata,: "Seorang laki-laki datang kepada Nabi SAW dan berkata,: "Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?". Baginda menjawab: "Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menunda-nundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya). (HR Bukhari No: 1330)

Sumber: google images


Pengajaran:

1. Sedekah yang paling besar pahalanya ialah sedekah ketika kita sihat dan berasa sayang dengan harta tersebut malah kita bimbang harta akan berkurangan apabila bersedekah dan kita pula berhasrat dengan mengumpul harta itu untuk menjadi kaya.

2. Bersedekah perlu disegerakan.  Jangan ditunda kerana bimbang kematian menjemput kita!.

3. Segera bersedekah, jangan tunggu nyawa dah sampai dihalkum. – bila kita mati, harta yang ditinggalkan akan menjadi harta waris untuk difaraidkan, bukan milik kita. Bila ia menjadi hak orang lain, ia tidak mendatangkan manfaat kepada si mati.

JOM merebut peluang mendapat ganjaran pahala sedekah yang besar dengan bersedekah ketika kita sihat, ketika kita sayang kepada harta dan ketika kita bercita-cita untuk menjadi kaya dengan harta tersebut. 

Yang kekal menjadi milik kita sehingga hari kiamat ialah sesuatu yang kita sumbangkan kepada orang lain. Itulah antara harta yang akan menjadi aset pahala kita. 

Bersifat RAHMAH dengan memiliki sifat dermawan untuk menyumbang dan bersedekah.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

Catat Komen

3 Ulasan

  1. Ingat mengingati macam ni memang baik.
    Nampak simple tapi bukan semua orang ingin buat.

    BalasPadam
  2. BERSEDEKAH MEMENAFAATKAN DIRI SENDIRI

    BalasPadam
  3. terima kasih ye atas perkongsian. supaya menjadi amalan kita

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)