GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Air Yang Boleh Diminum Ketika Berpantang!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Air, zaman berpantang sangat diperlukan... Kalau ikut orang zaman dahulu... Cara pantang lama... Ibu berpantang ni tak digalakkan minum banyak air... Takut kembang urat... Mak MF kata... Minum air pun bersukat... Minum air lepas makan sahaja... Waktu lain.. Kalau nak minum secawan je...

Fuhh... Straight betul peraturan berpantang zaman dulu... Tapi zaman sekarang tak leh nak ikut dah cara tuh... Tambah dengan cuaca dan nak menyusu lagi kan... Tambah dengan penyakit Jaundice lagi.. Jadi,  ibu berpantang digalakkan minum banyak air...

Antara air yang digalakkan minum oleh ibu berpantang ialah...

Jus lobak merah
Baik untuk mata... Tambah mak-mak zaman sekarang ni kan..takde nak pantang macam dulu... Kalau dulu, ibu berpantang dilarang membaca, menjahit, tengok tv dll... Tapi zaman sekarang.. Hadap pc, gadjet dan tv..tambah kalau Blogger macam MF ni kan... Memang hadap la kan... Hehe... Jadi, jus carrot sesuai untuk ibu dalam pantang. 

Air suam
Sumber air utama dalam berpantang..  Kenapa air suam... Sebab kalau air sejuk takut badan masuk angin...Dan tak bagus untuk wanita dalam pantang.. Kembang dan sakit urat saraf nanti... Tak sekarang tapi mungkin akan datang... 

Susu coklat
Ni minuman kegemaran MF masa berpantang..  Macam ketagih pula rasanya... MF biasa bancuh susu coklat suam... Susu tepung biasa tambah dengan oligo... Bancuh suam atau panas.. Cicah dengan biskut kering... Fuhh.. Sedap kan.. 

Susu kambing 
MF tak lalu plak nak telan susu kambing tanpa perisa..  Jadi, yang biasa MF ambil ialah kopi susu kambing 5 dalam 1 keluaran Bioasli... Alhamdulillah... Sedap dan berkhasiat..  Tapi takdelah ambil selalu..  Dua hari sekali je.. Atau bila rasa nak minum dan ubah selera je...

Madu
Tak dinafikan...madu ni penawar dan pengganti gula... Tapi kalau tak tahan panas.. Jangan pula amalkan selalu... Macam MF amalkan susu kambing tu.. Dah ada madu sekali.. 

Itu 5 jenis minuman yang digalakkan minum oleh ibu berpantang... Elakkan ais dan minuman sejuk... Teh pun tak digalakkan.. Walaupun ada yang tak alah... Tapi teh ni bersifat sejuk dan berangin... Kecuali ada teh herba untuk lepas bersalin itu tak masuk dalam kategori teh biasa la kan...  

Air yang mencukupi akan menyegarkan tubuh dan memperbanyakkan susu badan. 

3Ulasan

  1. mil saya pon cakap, air takleh minum banyak..
    sudahnya, buasir saya sebab waktu pantang suka minum milo.
    milo ni macam milk booster pada saya, minum waktu pagi confirm air susu melimpah2..
    lepas tu, takdelah saya nak sukat2 minum air.
    telan je la berapa banyak pon.
    huhuhu..

    BalasPadam
  2. susu coklat tu kire mcm air milo ke? heheheh akak biasa air suam je

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ