Segmen: Blogwalking By YangBaik

Segmen:  Blogwalking By YangBaik
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Syarat Penyertaan Segmen

Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengikut syarat-syarat yang dinyatakan di bawah.  Kalau tak ikut jangan marah tau bila tidak dimasukkan dalam senarai.  


1.  Letakkan banner di atas di entri penyertaan.  Tujuannya supaya semua orang kenal ini adalah segmen blogwalking dari blog YangBaik. mudahkan untuk diingat ... ke macam mana.  Terpulang, janji syarat pertama mesti letak banner di atas.

2. Tajuk entri Segmen:  Blogwalking By YangBaik dan linkkan ke entri ini.

3.  Di dalam entri berkenaan terangkan secara ringkas mengapa anda join segmen ini dan apakah kebaikan blogwalking mengikut pandangan peribadi korang.  Kalau korang ambil idea orang lain bagilah kredit sikit...panjang karangan sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.

4.  Ceritakan juga serba sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia.  

5.  Lima peserta bertuah akan mendapat limited edition vanilla coffee scrub by Segobugo. :) [Support kawan-kawan wehhh]

Itu saja!  Senang kan?  

Tarikh tutup ? 25 Ogos 2016.  jam 6 petang ! 


************************

Kenapa saya join segmen ini:
1. Sebab beri sokongan kepada rakan blogger yang anjurkan mana-mana segmen, terutama segmen ringkas begini saya suka join. Takde syarat yang ketat dan banyak sangat.
2. Dapat berkenalan dengan blogger baru dan lama.
3. Memanjangkan hubungan silaturrahim dan sekaligus ianya sangat baik untuk prestasi blog kita juga.
4. Blogwalking juga salah satu aspek yang utama jika nak kekal lama dalam berblog sebenarnya... Tapi malangnya tahun 2016 ni nampak suram sikit aktiviti blogwalking dan kunjung mengunjung antara blogger.. mungkin sibuk dengan komitmen masing-masing... Tapi itu tak jadi masalah jika kita join segmen seperti ini... habis sangat takde idea, atau tak tahu nak blogwalking ke blog mana, boleh saja bertukar-tukar link URL dengan rakan blogger yang join segmen yang sama... Kan bagus tu..meramaikan kawan. 

Harapan Kemerdekaan:
Saya harap Malaysia terus kekal merdeka bukan sahaja dari segi fizikalnya (maknanya tidak dijajah), tapi bebas merdeka warga Malaysia ini dari segi rohani, intelek dan juga sosial. 


Share This :
Maria Firdz

Maria Firdz: Teacher, Housewife to Mr.Firdz, Mom to 3 daughters and 1 son | Lifestyle blogger, Like to sharing everything and usefull info to all of you.For any collaboration please email: myfirdaussy@gmail.com

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^