GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Melaksanakan Korban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ibadah korban hukumnya sunat yang amat digalakkan... Jika berkemampuan... Buatlah sekali seumur hidup... Alhamdulillah... MF dah buat pada sehari sebelum MF bertukar status enam tahun lalu... 

Insha Allah, ingat ada rezeki nak buat lagi... Apa pun... Bagaimana pula bagi orang yang tak sempat buat... Boleh ke kita nak buat untuk ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia... 

Jadi MF nak kongsikan ilmu ni dari Ez Qurban... 

*****************

ADAKAH BOLEH MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN UNTUK ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA?

Inilah isu yang paling popular setiap kali tibanya musim korban. Apakah hukumnya? dan adakah EZQ menerima penyertaan bagi pelaksana yang ingin laksanakan korban bagi waris mereka yang telah meninggal dunia?

Di peringkat hukum, maka sudah pastilah jawapannya tidak harus melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kerana antara syarat-syarat pelaksanaan korban ialah individu muslim yang masih hidup, berakal, baligh dan sebagainya.

Dalam hal ini, para ulama’ dalam mazhab As-Syafie meletakkan tiga (3) syarat bagi seseorang itu melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia:

1. Korban Wasiat: Sekiranya si mati pernah meninggalkan wasiat agar dilaksanakan korban untuknya, maka waris DITUNTUT untuk melakukan korban tersebut, dan hendaklah disedekahkan kesemua daging korban tersebut kepada fakir dan miskin.

2. Korban Nazar: Sekiranya si mati pernah bernazar untuk melaksanakan ibadah korban, lalu ia mati sebelum sempat melaksanakannya, maka waris DITUNTUT untuk melakukan korban tersebut meskipun tanpa berwasiat.

3. Korban Ta’yin: Sekiranya si mati pernah berazam atau bernazar untuk melakukan ibadah korban dengan menentukan binatang tertentu yang akan disembelihnya sebagai korban, lalu ia mati sebelum sempat melakukannya, maka dalam hal ini seseorang itu atau warisnya HARUS menyembelih binatang korban bagi pihaknya sekalipun tanpa wasiat darinya.

Selain itu, jika seseorang itu melakukan ibadah korban untuk dirinya sendiri lalu ia berniat pahala korban untuk orang lain termasuklah orang yang telah meninggal dunia, maka ini diharuskan.

Hal ini sepertimana yang telah dilakukan oleh Nabi SAW tatkala baginda menyembelih binatang korbannya, lalu baginda mendoakan korban itu untuk dirinya, ahli keluarganya, dan seluruh umatnya.

Kami di EZQ TIDAK MENGGALAKKAN kepada peserta untuk melaksanakan korban atas nama si mati. Walaubagaimanapun, kami tidak menghalang untuk peserta berbuat demikian dengan cara mendaftar atas nama sendiri lalu mendoakan supaya pahalanya di terima oleh si mati.

Ini kerana ganjaran pahala adalah hak Allah. Tiada yang mustahil bagiNya.

Wallahu A'lam.
 Sumber: Page EzQurban
*******************

Harap jelas... Hukumnya pun sunat kan... Jika tak buat tak jadi masalah... Yang penting kalau orang yang dah meninggal dunia ialah hutang... Hutang dengan Allah.. Ataupun dengan manusia... Itu yang wajib diutamakan... 

Ezqurban... Salah satu syarikat yang menguruskan kurban dan aqiqah dengan mudah... MF buat aqiqah anak-anak MF menggunakan khidmat Ezqurban...


Mudah dan sesuai untuk bagi mereka yang sibuk serta badjet tak banyak nak buat kenduri aqiqah... Insha Allah...  Ada rezeki lebih nak buat korban pula... Insha Allah... 

0تعليقات