GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bila Nak Tambah Anak Lagi???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Artikel yang MF jumpa di Facebook... Bagi yang sedang dilema nak tambah anak lagi... dan soalan ini juga dilema bagi orang yang anaknya dah besar... mEsti orang mula tanya " Bila nak tambah anak lagi?".. ehh... orang pula yang sibuk kan... apa pun... bagi yang nak tambah anak atau dalam perancngan nak tambah anak... Jom baca tambah ilmu... Perkara yang perlu diteliti untuk menambah anak... 


Nak Anak Lagi? - Dr.Harlina Hj.Siraj (Pakar Sakit Puan PPUKM) 
#TanyalahUstazah
#familyplanning

- Islam sangat mementingkan perancangan dan strategi, apatah lagi dalam soal melahirkan nyawa baru di dunia ini

- Sebaik-baiknya setiap kehamilan itu 'dirancang, dikehendaki, dan ditunggu-tunggu' (planned, intended, wanted). Kiranya bila dapat tahu mengandung lagi, rasa gembira nak sujud syukur. Bukan mengeluh atau tak rasa apa-apa.

***

- Waktu terbaik hamil: usia 20-35 tahun. Waktu ni badan kuat dan risiko rendah. Lepas usia tu penat lain macam. Tapi bergantung la, kalau kahwin umur 36 nak buat camne. Hehe

- Sebaik-baiknya jarak 2 tahun macam dalam Quran. Kan bagus tu ada panduan sangat jelas dari Allah. Kalau tak penting takde la sebut dalam Quran kan. Dlm 2 tahun, ibu bapa sempat bagi perhatian secukupnya kepada anak dan ibu juga sempat sembuh. Dr. Harlina cadangkan lepas 2 tahun, cerai susu, kemudian baru cuba lagi. Kiranya kalau dapat adik tu bila abg/kakak dah umur 2++

***

-Kaedah merancang: semulajadi dan cara moden (boleh Google). Kehamilan tidak dirancang selalu berlaku bila ibu bapa rancang di mulut saja "hmmm kami nak tunggu lagi 2 tahun" tapi bila doktor tanya nak guna kaedah apa, mereka jawab tak nak guna.

- "Anak itu rezeki, jadi kita tak patut tolak rezeki (tak patut merancang)?" 
Rezeki anak itu ada dengaan Allah. Yang akan menguruskan rezeki adalah ibu bapa. Kalau ibu bapa tak pandai mengurus, anak seorang dua pun tak terjaga kebajikannya. Dalam soal ni kena tengok kemampuan kewangan, kesihatan isteri dan kepandaian mengurus keluarga. Kerana anak adalah amanah.

- Dr.Harlina cadangkan juga pengantin baru untuk honeymoon dulu dalam 6 bulan, kemudian baru cuba dapatkan anak. Supaya boleh saling kenal hati budi dlm keadaan sihat. Kalau dah morning sickness bagai tak boleh undur dah. Hihi. Tapi ni bergantung la pada kehendak masing-masing.

- Kehamilan tak dirancang bukan hanya bagi kesan fizikal kepada ibu malah kesan emosi. Macam ada patient Dr.Harlina yg belum lagi anniversary ke-4 tapi dah mengandung kali ke-4. Kiranya tak sempat berehat langsung! Akhirnya kena jumpa dengan psychiatrist sebab wanita tu dah mula benci suaminya

- Pil perancang memang utk digunakan oleh para isteri, tak boleh diguna utk orang yang nak berzina (teringat masa kat Australia asyik dispense pil perancang je.. Kadang-kadang kena kaunseling utk morning after pill. Pengalaman yg menarik..)

- Allah marah orang *membunuh* anak kerana takut miskin. Merancang keluarga bukanlah membunuh anak. Sebab anak itu masih belum ada dalam rahim. Cuma kena jelas niat merancang: bukan "saya taknak anak dah" tapi "saya nak ambil berat dengan anak-anak yang sedia ada.."

Kesimpulan
1. Tanya diri
2. Tanya keluarga (suami)
3. Tanya doktor

Ini pula artikel mengenai perancang keluarga dan waktu sesuai tambah anak menurut Dr. Zubaidi Ahmad:

Institut Alan Guttmacher di Amerika Syarikat mencadangkan kepada ibu di sana supaya jarak anak pertama dan kedua dan seterusnya ialah 30 bulan. Ini berdasarkan kajian yang telah dibuat.

Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Journal of the American Medical Association, jarak masa untuk hamil semula kurang dari 18 bulan selalunya menyebabkan bayi yang kedua dilahirkan akan lahir pramatang (premature), dan kurang berat badan.

Ini kerana ibu yang baru hamil memerlukan masa untuk rehat dari stress dan kekurangan makanan,rehat dan tidur semasa kehamilan kali pertama. Faktor seperti ketahanan tubuh wanita yang semakin berkurangan apabila memasuki umur 35 tahun juga perlu diambil kira.

Begitu juga kajian yang dijalankan oleh University of California di San Francisco mendapati jarak masa yang sesuai bagi menjarakkan anak ialah antara 24 hingga 35 bulan. Bayi yang dilahirkan pada jarak masa kurang 24 bulan didapati mempunyai kurang berat badan.

Jadi apa sebenarnya yang mempengaruhi pembesaran anak yang sempurna dan masa yang sesuai untuk menambah bilangan anak?

Umur anak anda sekarang: Seperti yang dinyatakan bahawa banyak doktor di US mencadangkan agar jarak antara anak pertama dan kedua ialah 30 bulan bagi ibubapa memberikan tumpuan kasih sayang dalam membesar dan mengembangkan potensi anaknya. Di samping itu ia memberikan masa untuk seorang ibu berehat dan mengembalikan kesihatannya.

Keadaan kesihatan/fizikal anak anda sekarang: Jika pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental anak anda yang sekarang tidak memuaskan dan memerlukan perhatian yang khusus, tentunya agak sukar untuk mempunyai seorang lagi bayi kecil yang memerlukan banyak tumpuan perhatian. Tunggulah sehingga anak anda sekarang mampu untuk berdikari agar kita mampu memberikan perhatian pada seorang anak dalam satu masa.

Umur ibubapa sekarang: Umur ibubapa adalah faktor yang penting sebelum memikirkan untuk menambah bilangan ahli keluarga, terutamanya wanita yang bakal hamil dan diharapkan menjaga bayi itu. Jika umur wanita itu sudah 38 tahun, maka tiada peluang untuk menjarakkan anaknya sehingga 3 tahun. Tentunya wanita itu tidak punya masa yang banyak untuk menanti anak ke dua. Tetapi kalau wanita itu berumur 30 tahun ke bawah, dan tidak mempunyai masalah perubatan yang menyukarkan dirinya untuk hamil, sudah tentu ianya tidak menjadi masalah. Jadi berbincanglah dengan suami atau isteri mengenai perancangan di masa tua.

Gaya hidup sekarang: Menambah seorang lagi anak akan mengubah gaya hidup kita. Isu siapa yang akan menjaga anak kecil itu di samping siapa yang akan berjaga malam dan membuatkan susu adalah isu yang harus difikirkan. Jika ibubapa berkerjaya, tentulah seorang pengasuh diperlukan untuk membantu menjaga bayi yang baru lahir itu. Dan bagaimana pula dengan ‘masa bersama’ isteri atau suami ?

Ingatlah bahawa bayi yang bakal dilahirkan akan merubah rutin hidup kita. Pastikan kita mempunyai masa dan tenaga untuk menjaga bayi yang baru dilahirkan.

Lihat kedudukan kewangan anak sebelum menambah anak. 

Wang bukan segalanya”, tetapi realitinya kita memerlukan wang untuk membesarkan anak dan keluarga. Jika mahu menambahkan ahli keluarga haruslah menimbangkannya dan sama-sama berbincang. Duduk berbincang. Mungkin ambil masa beberapa hari. Pastikan kedua-dua setuju setelah meneliti isu-isu yang berkaitan.

Buatlah solat Isthikarah. Keputusan ini adalah keputusan besar dalam kehidupan. Jangan dengar arahan kawan atau termakan cerita mereka. Kita sendiri yang menentukan masa depan kita.

Jangan terburu-buru untuk mendapatkan anak kedua. Walaupun ada seruan untuk meramaikan anak, tahap kesihatan isteri yang bakal hamil dan menjaga bayi juga harus diambil perhatian terutama jika isteri juga bekerjaya.

Secara keseluruhannya masa yang sesuai untuk menambah anak kedua ialah selepas 18 bulan. Jika hamil kurang dari jarak 18 bulan, dibimbangi kelahiran pramatang anak kedua dan berat bayi itu tidak mencukupi (low birth weight).

Ia juga adalah masa yang sesuai untuk seorang ibu mengumpulkan kembali kekuatannya dan menyembuhkan organ dalaman yang tercedera ketika melahirkan. Jadi sebelum merancang untuk anak haruslah menjalani pemeriksaan kesihatan agar kesihatan badan ibu tidak terjejas. 

Olahan dari sumber: Dr.Zubaidi Ahmad

Jadi, nak tambah anak, jangan nak fikir sangat mulut orang... sebab yang nak tanggung kita... kita punyai sebab tersendiri kenapa dan mengapa kita merancang...cuma dalam Islam jangan merancang sebab takut takde duit, miskin dan sebagainya... Tapi kalau atas alasan nak menyusu, nak bagi perhatian, untuk kesihatan diri dan emosi... tak jadi kesalahan... 

Jadi, bila nak tambah anak lagi??? Insha Allah... bila sampai waktunya kan... insha Allah kita tambah lagi... jika diizinkan Ilahi...

4Ulasan

  1. Klau ikutkan hati nak lagi sorang,tapi bila doktor tak sarankan akak mengandung lagi,tu yang berbelah bagi tu

    BalasPadam
  2. tu la..kalau boleh biar jarak anak dua atau setahun..biar anak pandai dulu bawk diri..nad plan gitu

    BalasPadam
  3. Belum ada perancangan untuk rambah anak..Tapi kalau Allah nak bagi rezeki saya terima dengan hati terbuka..:)

    BalasPadam
  4. Terima kasih perkongsian ini cikgu MF...persoalan demi persoalan semenangnya tidak pernah habis daripada orang sekeliling..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ