GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Martabat Seorang Guru di Sisi Islam!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Guru sangat mulia... Dan sangat dimuliakan dalam Islam...
Antara hadis-hadis sahih mengenai martabat Seorang Guru...


Rasulullah ﷺ juga memperakui bahawa sebaik-baik manusia adalah mereka yang menuntut ilmu terlebih dahulu dengan tujuan kemudiannya untuk menjadi guru. Sabda Rasulullah ﷺ :

(خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ- رواه البخاري (5027

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari – 5027)

.

Di dalam Hadis yang lain Rasulullah ﷺ bersabda:

إن الله وملائكته وأهل السماوات والأرض حتى النملة في جحرها ، وحتى الحوت ، ليصلون على معلم الناس الخير. رواه الترمذي (3685

“Seseungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia.”(Hadis Riwayat Tirmizi (3685) disahihkan Al-Albani.)

Dalam beberapa hadits isebutkan "jadilah engkau sebagai guru, atau pelajar, atau pendengar, atau pencinta, dan janganlah kamu menjadi orang yang kelima, sehingga kamu menjadi rosak". Dalam hadis Nabi yang lain:"Tinta para ulama lebih tinggi nilainyadaripadadarah para shuhada". (H.R Abu Daud dan Turmizi).

Pentingnya Menjadi Guru
العلم خازائن، ومفتا حها السؤال، فاسألوا يرحمكما الله، فانه يؤجر فيه اربعة – السا ئل، والمستمع، والمحب لهم (رواه ابو نعيم عن على)

Ertinya:Ilmu adalah gudang dan kunci pembuka gudang tersebut adalah pertanyaan/ permintaan. Maka kalian bertanyalah (pada guru / ulama) maka kalian akan di rahmat Allah, sesungguhnya ada empat orang yang akan pendapat / diberi pahala yaitu, orang yang bertanya, yang mengajarkan, yang mendengarkan, dan yang mencintai pada orang-orang tersebut. (H.R. Abu Nua’im dari Ali)مختارالاحاديث

قال النبي صلى الله عليه وسلم: قوام الد نيا بأربعة اشياء: او لها بعلم العلماء والثانى بعدل الأ مراء والثالث بسخاوة الأغنياء والرابع بدعوة الفقراء ولو لا دعاء الفقراء لهلك الأ غنياء ولوعدل الأمراء لأ كل بعض الناس بعضا كما يأ كل الذنب الغنم (الحديث)

Ertinya:“Berdiri tegaknya dunia dengan empat hal: 1) dengan ilmu para ulama (guru) 2) dengan adilnya pemimpin, 3) dengan murahnya agniya (orang kaya), 4) dengan do’anya orang fakir. Jika bukan / tidak kerana ilmunya ulama (guru) maka rusaklah orang-orang bodoh, dan jika bukan kerana murahnya orang kaya maka rosaklah orang-orang fakir, dan jika bukan kerana do’anya orang fakir maka rosaklah orang kaya, dan jika tidak dengan adilnya pemimpin maka manusia satu sama lain akan saling tindas dan binasakan / saling terkam, seperti serigala menerkam kambing”.


4 Martabat Guru

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.

2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.

4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.


Satu lagi tentang hadis Rasulullah ﷺ untuk guru-guru dan bakal guru boleh amalkan.

Maksud hadis :

“Apabila matinya anak adam akan terputus amalannya kecuali tiga perkara :-

1. Sedekah jariah.

2. Ilmu yang manfaat.

3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”

.

Hikmahnya ketiga-tiga perkara ini ada pada seorang guru.

1. Sedekah bukan sahaja hanya pada wang semata-mata, tetapi seorang guru setiap hari menyalurkan sedekah ilmunya, masanya, wang ringgitnya, pengorbanannya dan sebagainya.

2. Guru-guru yang menyampaikan ilmunya, anak-anak muridnya akan bertambah dan akan terus menyampaikan ilmu yang diajarnya, walaupun dia telah meninggal ilmunya tetap kekal.

3. Guru-guru sentiasa mendapat doa daripada anak-anak muridnya dan seluruh insan yang sayang padanya.

Lihatlah begitu besar pahala seorang guru yang ikhlas, pahalanya sentiasa mengalir dan menjadi bekal dialam barzah serta menjadi hujah pendiding menyelamatkannya dari api neraka.

Sumber: Pembacaan di Internet dari sumber yang boleh dipercayai 

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ