GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Tips Mudah Ajar Anak Cepat Membaca!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Zaman sekarang ni semuanya mak bapak nak anaknya cepat itu ini... Cepat membaca... Pernah sampai jadi viral, seorang ibu risau anaknya yang berumur 4 tahun tak reti baca... Yang jadi viral sebab ada yang beri komen sinis kepada pertanyaan ibu muda ini... Apapun.. itulah realiti zaman sekarang... Mak-mak ni suka bandingkan anak-anak dengan anak orang lain.. dan risau jika anaknya ketinggalan.. 

Apa pun, dalam setiap sesuatu yang nak cepat tu kena ada usaha... Macam mana nak usahakan anak cepat membaca??? Zaman sekarang pun memang anak-anak kena tahu membaca sebelum masuk alam persekolahan berumur 7 tahun. Ini pendedahan dari guru sekolah rendah. Jika darjah 1 tak reti membaca, anak itu akan dimasukkan ke kelas pemulihan khas. Ini yang buatkan rata-rata ibu ni tertekan... 

Ok, apa usaha yang ibu bapa boleh buat untuk anak cepat membaca??? Usia berapa sepatutnya ajar anak membaca??? Kaedah apa yang patut digunakan untuk menggalakkan anak cepat membaca??? Jom ikuti 10 tips mudah ini, untuk anak cepat membaca.

1. Ajar anak ikut waktu yang sesuai
Dalam pembelajaran, perlu pilih waktu yang sesuai untuk belajar. Waktu pagi, selepas maghrib dan sebelum zohor atau waktu dhuha adalah waktu yang sesuai untuk ambil masa 10-15 mengajar anak membaca. Waktu ni, otak fresh... Caranya, dengan membaca bersama, atau ajar secara formal macam cikgu ajar kat sekolah. Tapi biasanya tak lama la kalau anak-anak ni kan... 10 hingga 15 minit dah memadai untuk setiap sesi pembelajaran.

2. Pilih tempat yang santai
Ajar anak pilih tempat yang sesuai dan santai... Macam MF akan pilih bilik tidurlah untuk belajar... Kalau di meja makan pun boleh juga... ketika mandi pun boleh... Selalunya kaedah santai ni MF gunakan tak kira masa dan tempat juga... Tengok apa sahaja, kemudia ajar eja dan ikut. 

3. Boleh gunakan teknologi
Zaman teknologi, gunakan secara bijak.... Ada kalanya MF bagi guna tablet sendiri. Pastikan tutup sambungan internet dan hanya download aplikasi membaca yang boleh didapati di Play Store... Banyak sangat... Tapi MF pilih aplikasi Didik Manja sebab berbahasa Melayu Malaysia... sebab kebanyakannya bahasa Indonesia... 

4. Gunakan video pembelajaran
Kaedah ni pun MF gunakan untuk galakkan anak cepat membaca... video pembelajaran MF download dari Youtube dan pasangkan di TV...Untuk video pembelajaran MF tak galakkan guna tablet. 

5. Gunakan kaedah pembelajaran fonetik dan suku kata...
Kaedah fonetik ni MF guna gabungan suku kata.  MF ada buat flash card suku kata dan ajar secara berkala. Untuk video pembelajaran suku kata, boleh gunakan VCD Abu Ada Ayam untuk ajar anak mengeja suku kata dengan mudah.

6. Tampal poster di bilik tidur atau pintu bilik
Poster ABC, dan suku kata memang ditampal sejak usia anak MF beberapa bulan... Biasakan dia lihat dan main... 

7. Baca bersama
Kaedah ni MF buat juga... baca buku cerita atau buku suku kata... Tapi bab baca ni tak lama biasanya... 5 minit kira lama dah tu.

8. Menyanyi riang bersama
Ini aktiviti feveret anak beranak kami setiap hari... Menari dan menyanyi setiap hari.. lagu kanak-kanak Didi and Friends, Upin Ipin, Badanamu antara koleksi lagu pilihan untuk dinyanyikan bersama. Selain tu, kumpulan nasyid dan doa kanak-kanak juga diperdengarkan setiap hari.

9. Soal jawab
Bersoal jawab dengan anak... Banyakkan bertanya untuk biasakan otaknya berfikir... Jika dia tanya soalan, jawab dengan soalan ...jangan terus beri jawapan jika anak tanya... Ini untuk biasakan otaknya berfikir.. 


10. Pilih buku yang terbaik
Buku yang MF beli ialah buku Bacalah Anakku... Tapi buku ni, tak nak sangat dia guna.. Sebab kalau buku ni, si kakak suka sendiri bukan nak ikut sangat apa yang di ajar. Apa pun.. setakat ni, buku ni yang terbaik untuk ajar anak membaca. Tetapi banyak sangat buku lain serta set pantas membaca yang lain... Ibu-ibu dan bapa-bapa boleh rujuk SIRI CEPAT MEMBACA untuk lihat pelbagai jenis buku dan set bacaan cepat untuk anak-anak.


Inilah antara perkongsian dari pengalamann MF sendiri untuk galakkan anak membaca. Jika anak tak mampu membaca lagi sebelum usianya jangan panik... kerana usaha berterusan akan membuahkan hasil. Lagipun setiap anak ni istimewa perkembangannya. Anak MF pun belum boleh membaca... baru mengenal huruf je.. Tapi ada kelebihan lain yang Allah berikan kepada dia... syukur seadanya... Alhamdulillah... Jangan terlalu memaksa anak untuk cepat membaca... asalkan dia ada kemahuan, pasti ada jalan untuk dia... insha Allah.


Lagi satu, jangan lupa, amalkan doa... moga terang hati anak ketika belajar... insha Allah.

3Ulasan

  1. good tips! kids sometime tak suka karangan buku cerita yang berderet2, tgk gamba ja mereka suka ahah..

    BalasPadam
  2. Tips yang berguna.setuju
    Untuk yang baru mula membaca, bagi saya gambar perlu menarik.
    Grafik lebih sikit dari perkataan.

    Dari gambar, timbul.minat untuk membaca pula.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ