Orang Tua Berlagak Muda!

1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sesi berkongsi ilmu...
Jom kembali koreksi diri...bahawa dunia ini hampir ke penghujungnya... Kerana semua tanda-tanda akhir zaman dah berlaku... Kebanyakan tanda memang jelas nampak.

Salah satu tanda kiamat yang lain... Ialah.
Orang Tua Berlagak Muda!!!

Macam mana yang dikatakan berlagak tu???
Jom lihat hadis sahih ini...


Daripada Ibnu Abbas r.a., katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Pada akhir zaman kelak akan ada orang-orang (tua) yang sudah beruban mewarnakan rambutnya dengan warna hitam,mereka tidak akan mencium bau syurga."

Dapat kan lihat di akhir zaman... Ramai yang takut tua... Tak kira lelaki atau perempuan... Kalau perempuan tak habis dengan make up dan supplement nak awet muda sentiasa... Sehingga tabbaruj melebihi hukum dah. .

Si lelaki pula sanggup warnakan uban sebab tak nak nampak tua... Padahal haram warnakan uban... Sebagaimana hadis Nabi s.a.w: Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Qufahah yang beruban rambutnya “Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam” (HR Muslim).

Jadi, tanda akhir zaman dan kiamat kecil ialah golongan veteran dia tak rasa dia veteran.. Masih jiwa muda... Risau dengan uban dan kedut.. Padahal Allah ciptakan uban sebab nak ingatkan kita kepada kain kapan...

Renungkanlah... Dunia dah nak berakhir dah...

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan