Remaja OKU Yang DIjumpai Ditinggal Di Rumah Kosong Tahun Lalu, MENINGGAL DUNIA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Berita Harian Online

Masih ingatkah kepada remaja OKU yang ditinggalkan dirumah kosong di Nilai Tahun lalu. Kecoh kes tu... dan teruk ibunya dihentam kerana meninggalkan anaknya kurus kering tak terurus begitu. MF pernah juga coretkan kisah adik Mohd Firdaus ni DI SINI.

Beliau telah pun dijemput mengadap Ilahi pada tanggal 1 Muharram 1437Hijrah bersamaan 14 Oktober 2015. Allah lebih sayangkan dia... 

Al-Fatihah buat adik Mohd Firdaus, moga dia ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman... 

Sama-sama kita sedekah doa untuk beliau...

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَاعْفُ عَنْهُ وَعَافِهِ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِمَاءٍ وَثَلْجٍ وَبَرَدٍ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدخِلْهُ الجَنَّةَ وَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ


Maksudnya:  “Rasulullah SAW telah melakukan solat jenazah, lalu aku mendengar Baginda berdoa. Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. Auf berkata: Aku berharap biarlah aku menjadi mayat itu kerana doa Rasulullah SAW ke atas mayat tersebut.”

Sumber: google images


Psst: Lepas dah bahagian dia... Kita tak tahu lagi macam mana... 

Catat Ulasan

7 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^