GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Ajar Anak Beradab di Rumah Tetamu!

Sumber: google images

Rimaskan, bila anak umur 2-5 tahun, yang agak hyperaktif... nak bawa berjalan dan melawat rumah sanak saudara dan rakan taulan. Anak seusia begini, mencabar kerana kadang-kadang sukar mendengar arahan... Hasilnya, kita memlih untuk berkurung kat dalam rumah... Namun begitu kita mungkin boleh cuba amalkan tips di bawah dalam mendidik anak supaya beradab di rumah tetamu. 

1. Sebelum pergi berziarah, maklumkan dahulu kepada anak dan minta mereka agar bersikap sopan nanti.

2. Ajar anak supaya bersalaman dengan tuan rmah ketika pergi berkunjung dan selepas pulang.

3. Apabila makan, ingatkan mereka supaya mengambil makanan yang perlu sahaja dan jangan berlebihan agar tidak membazir. Makan dengan tertib dan di tempat yang betul. Apabila selesai makan, kemas dan letakkan semula pinggan atau cawan di tempat yang sepatutnya.

4. Tegur anak-anak dengan cara yang berhemah dan mengawal setiap pergerakan anak-anak sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini seperti gelas atau piring pecah, minuman tumpah di atas karpet dan sebagainya. Jika bermain sekali pun, pastikan barang mainan tidak bersepah dan minta agar mereka mengemaskannya semula sesudah selesai main.


5. Ketika hendak pulang, pastikan anak-anak mengucapkan terima kasih dan jangan biasakan mereka meminta duit raya pada tuan rumah.

6. Jika anda membenarkan anak anda keluar bersama kawan-kawannya, pastikan anda menasihati dan memaklumkan kepada mereka adab-adab berkunjung di rumah jiran agar ridak menyusahkan tuan rumah.

7. Beri pujian kepada anak-anak sekiranya mereka dapat berperilaku sopan dan baik agar mereka rasa dihargai dan akan terus bersikap sopan jika berkunjung ke mana-mana.

Langkah awal ialah bersikap sopan... cuma cabaran sekarang ialah berebut barangan seperti tablet atau gadjet.. itulah yang anak-anak dok hadap zaman sekarang... kena latih anak supaya tak ambil barangan orang lain tanpa minta izin... 

Nak latih anak beradab memang mencabar, tapi cara mudah adalah dengan diri kita sebagai ibu bapa... Insha Allah... bagaimana acuan, begitulah kuihnya... jadi tak susah mana jika kita mula lakukannya.. 


12Ulasan

  1. nak didik anak mmg dari rumah..bila dah besar ssh plak nak dengar cakap kita..sabar je lah..

    BalasPadam
  2. setakat ni alhamdulillah
    anak-anak saya tak ada masalh berkunjung ke rumah orang

    BalasPadam
  3. Kalau umur tu mana la diorang peduli, nakal bukan main, kepala ibu bapa pun pening..

    BalasPadam
  4. thanks tips..cabaran ada anak kecil..camni la kan

    BalasPadam
  5. Nak latih anak kecik ni mmg mencabar tapi kena usaha utk jadikan anak kita lebih baik

    BalasPadam
  6. Semua dah dipraktikkan tapi anak-anak tetap tidak terkawal.
    Ermmm..harap lama-lama akan faham juga:)

    BalasPadam
  7. Tuan rumah pun mungkin serik untuk terima tetamu jika anak-anak tetamu yang datang tu kurang beradab...so, eloklah kita pantau anak-anak dengan baik kan..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ